Wednesday, March 18, 2009

KUASA RAJA - RAJA KITA

TUGAS RAJA - RAJA PERLEMBAGAAN

BOLEHKAH SULTAN PECAT MB?

Mukaddimah

[Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah seorang Raja Melayu yang memiliki ilmu pengetahuan yang paling tinggi di bidang undang - udnag. Baginda dihormati kerana bijaksana dan mampu melakaku sesuatu keputusan itu dengan berani dan saksama.

Apabila berlaku krisis antara Pakatan Rakyat (PKR) – Istana Negeri Perak, ekoran dari Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah memecat Dato Sri Mohamed Nizar Jamaluddin dari jawatran Menteri Besar dan para anggota Eksco dan menggantikan dengan Dato’ Zambry Abdul Kadir dan anggota - anggota Eksco yang baru, maka sebilang besar rakyat menjadi keliru tentang kuasa memecat seseorang dari jawatan Menteri Besar.

Dari kekeliruan yang tidak sudah - sudah itu, telah berlaku dimonstrsi jalanan - bukan menentang Sultan, tetapi tidak puas hati dengan keputusan Sultan memecat Nizar Jamaluddin dan anggota- anggota Exco PKR, sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok rending, menanam lima batang pokok symbol sejarah dan berbagai lagi, hatta ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.

Berikut ini kami menyiarkan sebuah artikel ditulis oleh Ketua Hakim Semenanjung (Negara) Raja Tun Azlah Shah (kini Sultan Perak), bertajuk, Bidang Kuasa Raja – Raja Kita. Tugas Raja –Raja Perlembagaan: Perspektif Malaysia untuk orang Kebanyakan, dalam Journal Undang - Undang; Vol 9 Jun – Disember 1982, yang kami pindahkan dari buku Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, oleh: Mokhtar Petah (1993).

Mudah - mudahan artikel ini akan dapat menjadi panduan dan pegnetahuan bagi mereka yang masih keliru tentang masalah yang telah berlaku di Negeri Perak. – Editor: Petah Shahrir Aidid.)

RAJA BERKETURUNAN

Malaysia mempunyai seorang Yang Dipertuan Agong yang dilantik, sembila raja – raja berketurunan dan empat Yang Dipertua Negeri yang dilantik (dulunya digelar gabenor).

Yang Dipertuan Agong dilantik tetapi dalam negerinya sendiri Baginda adalah Raja berketurunan. Baginda bukanlah dilantik mengikut resam sejagat sebagai pemilihan ahli - ahli Parlimen , tetapi dilatik oleh Raja – Raja lainnya (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 34(3). Tempoh pelantikan Baginda ialah lima tahun. Baginda boleh dipecat dari takhta.

Tiap –tiap negeri di Sembilan Negeri Melayu itu mempunyai seorang Raja yang memerintah seumur hidup. Di Perlis Baginda digelar Raja dan di Negeri Sembilan gelarannya Yang Dipertuan Besar. Di negeri-negferi lain Baginda digelar Sultan. Hak mewarisi takhta pula berbeza dari negeri ke negeri.Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dilantik oleh empat orang Undang dan Tunku Besar Tampin. Di Perak hal mengambil alih takhta diberi kepada putera sulung (Sultan) yang masih hidup

Empat negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak mempunhyai Yang Dipeetua Negeri atau Gabenor. Tempoh perlantikan Gabenor ialah empat tahun.Gabenor dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dengan nasihat Ketua Menteri masing – masing (Perlembagaan, Jadual VIII, Fasal 19A (i). Berbeza dengan Raja – Raja, seorang Gabenor boleh dari orang kebanayakan dan semestinya seorang Melayu. Pertimbangan – pertimbangan politik mungkin mempengaruhi perlantikan seorang Gebenor tetapi tidak pada prlantikan seorang Raja. Seorang Gobenor boleh dipecat. Tetapi beliau juga boleh dilantik semula bagi tempoh kedua atau berikutnya.

Bidang kuasa Yang Dipertuan Agong meliputi seleuruh Persekutuan. Ketika menjadi Yang Dipertuan Agong Baginda tidak boleh melaksanakan tugas sebagai Raja negerinya kecuali Ketua Agama Islam (Perlembagaan, Perkara 34 (i). Sebagai Yang Dipertuan Agong, Baginda juga adalah Ketua Agama Islam dan empat negeri, iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak (Perlembagaan, Perkara 3 (3)

Bidangkuasa Raja terhad kepada negerinya sahaja. Tetapi sebagai anggota Majlis Raja – Raja, Baginda juga menimbang dan memutuskan hal – hal yang membabitkan seluruh Persekutuan

(Perlembagaan, Perkara (38).

Dalam banyak hal, tugas gabenor adaalah serupa dengan tuga Raja –Raja. Tetapi ada juga beberapa perbezaan. Seorang Gabenor bukanlah ketua agama Islam di negerinya. Beliau menjadi anggota Majlis Raja – Raja, tetapi bukan di persidangan yang tujuannya ada kena mengena dengan perlantikan atau penecatan Yang Diertuang Agong atau Timbalan Yang Dioeertuang Agong atau yang sama berkaitan dengsan keistimewaan, kedudukan, maruah dan martabat Duli – Duli Tuanku atau amalan, acara –acara atau istiadat agama (Islam).

Dua Latar Belakang Sejarah

(a) Tugas Tradisional

Kesukltanan Melayu boleh digalurkan ke zama Hindu (agama Hindu). Bagaimanapun, kerana sangat sedikit diketahui mengenai tuga Raja – Raja Melayu di zaman Hindu dan kerana sangat sedikiit kaitan dan hubungannya dengan tugas Raja – Raja sekarang, zaman itu tidak dibincangkan di sini.Saya mulai dengan tugas Sultan – Sultan Melayu pada zaman Melaka. Di zaman itulah Kesultanan Melaka sampai di kemuncaknya.

Pada zaman Melaka seorang Sultan Melayu mempunyai kauasa mutlak (tidak demokrasi – mp) dan rakyat Baginda dan memberikan taat setia yang mutlak juga (Zainal Abidin Wahid, Gilmpses of Malaysian History, (1970) Bab 4; dan lihat juga Chandra Muzaffar, Protectgor? (1979), Bab (1). Hikayat Hang Tukah dan Sejarah Melayu memberikan banyak kisah kesetiaan rakyat Malayu yang tidak terbatas kepda Sultan. Sultan mengisytiharkan perang, memutuskan hidup atau mati rakyat baginhda , mentadbirkan kadilan, peraturan dan undang – udang (Zainal Abdidin Wahid, Gilmpsesd, hl 19).

Menyamar

Menurut sejrah Melayu,Sultan Alauddin Riayat Shah pernah keluar waktu malam dengan menyamar diri untuk memastikan adanya keadilan dan peraturan dan udang – undang dikuatkuasakan (Shellabear, Sejarah Melayu (1977) hl, 127 – 8)

(b)Pengaruh Islam

Islam tidak memperkenalkan sistem beraja tetapi hanya membiarkannya (tolerate). Dalam Islam, ketua Negara Islam adalah ketua kerajaan (pemerintahan)[1] yang juga ketua agama (Islam). Beliau disifatkan sebagai pengganti Rasulullah. Beliau mestilah orang - orang yang arif tentang ajaran - ajaran Islam (A.Hasjmy, Di mana Letaknaya Negara Islam, (1970), hal 151 – 77. Beliau dilantik dengan persetujuan ramai. Dalam hal negara dan agama (Islam), beliau mempunyai kata pemutus. Melalui rudingan dengan alim ulama beliau menentukan undang - undang, bila sesuatu undang - undang itu tidka jelas, beliau menjadi imam waktu sembahyang.

Tetapi beliau tidak mempunyai kuasa mutlak. Beliau brtanggungjawab kepada Allah dan tertakluk kepada prinsip - prinsip Islam. Seorang pemerintah (Negara) Islamn tidak boleh mengharapkan taat setia daripada rakyatnya jika dalam menjalankan perintah rajanya ia terpaksa melanggar nilai – nilai moral agamanya. Kerana seperti yang riwayatkan, Nabi Muhammad pernah bersabda:

“Tidak ada taat setia dalam dosa. Taat setia ada hanya pada perkara kebajikan.” (Chandra Muzaffar, Protector? Hal. 32).

Waktu Saidina Abu Bakar As Siddiq menggantikan Rasulullah sebagai khalifah yang pertama, baginda menberitahu masyarakat Islam:

“Perhatian, aku telah dipertanggungjawabkan memimpin kerajaan (pemerintah Islam). Aku bukanlah oranb trerbaik antara kamu; aku perlukan nasihat dan pertolongan kamu sekalian. Jika aku melakukan yang baik sokonglah aku; jika aku melakukan kesalahan, nasihatilah aku … Kerana aku menurut perintah Allah dan Rasul-Nya, ikutilah aku; jika aku mengabaikan Undang - Undang Tuhan dan Rasul-Nya, aku tidak berhak menuntut taat setia kamu sekalian.” (Chandra Muzaffar, Protector? Lihat juga Prof. Dr. Ahmad shalaby, Sejarah Kebudayaan Islam, (1970 hal.273.

Memanglah pada tempoh – tempoh akhir sejarah Islam, jawatan khalifat menjadi institusi keturunan. Dalam beberapa kes tertentu gelaran ‘Sultan’ telah digunakan. Kerana pada kebiasaannya Sultan - sultan mengikut darah dan keturunan dan bukanlah ulama dan tidak mempunyai sifat- sifat Khalifah terawal, tugas mereka, sekurang - kurangnya sebgai ketua agama (Islam), hanyalah pada nama sahaja. Tugas mereka diambil alih oleh pegawai - pegawai mereka.

‘Sultan tidak bebas pilih Menteri Besar’

Mengenai kesultanan Melaka, Profesosr Ahmad Ibrahim menulis:

‘Kesultanan itu adalah hasil asimilasi tradisi kerohanian dan keagamaan yang pada mulanya dikaitkan dengan institusi khlifah yang kuasa keduniaan semata-mata iaitu sultan: yang tersebut kemudia itu dengan demikian selain dari menjadi seorang Raja berdaulat menurut erti duniawi juga muncul untuk mengekalkan perhubungan rapat dengan rakyat dan bertanggungjawab atas syariah.’ (Suffia, Lee dan Trindade, The Malayhsia Constitution: Its Development; 1957 – 1977, (1978) hal 47.

Bersambung esok:

Sultan tidak bebas pilih Menteri Besar.

‘ … Ramai yang mengetahui bahawa Sultan Perak dan bekas Menteri Besarnya Tan Sri Ghazali Jawi, tidak sekata. Tetapi kerana Menteri besar mendapat kepercayaan parti, Sultan tidak boleh bertindak untuk menggantikannya dengan Menteri Besar baru. Sultan ‘enggan menghdiri sesuatu majlis yang dihadiri oleh Tan Sri Ghazali.’ (Tunku Abdul Rahman, As a Matter of Interest (1981) hl. 30.)



[1] Kerajaan - negara yang di bawah Raja. Pemerintah – negra tidak beraja atau republic.

No comments: