Letak jawatan, kata Dr Latif...
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mencadangkan semua Menteri dan Timbalan Menteri meletakkan jawatan seiring dengan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Menurutnya, beliau mencadangkan perkara itu kerana merasakan Najib perlu diberikan ruang dan kebebasan untuk memilih barisan kabinetnya. Kata beliau, Menteri dan Timbalan Menteri perlu memberikan ruang kepada Najib untuk membentuk 'pasukan impiannya' yang mempunyai integriti, kebolehan, kesesuaian serta kesetiaan.
KDN gantung permit akhbar PAS dan PKR
Kementerian Dalam Negeri (KDN) Isnin menggantung permit dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kedua-dua akhbar tersebut didapati melakukan kesalahan berdasarkan aliran pemberitaan yang jelas melanggar garis panduan kementerian dan syarat-syarat permit.
(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 23 Mac 2009)
No comments:
Post a Comment