SEALAGI BELUM WUJUD NEGARA ISLAM
Oleh:Mokhtar Petah
Semalam, pada ketika beritah kepada umat Islam dalam perhjimpunan menyambut maulidufr Rasul 1439, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menyeru dan mengingatkan semua kalangan tidak memandang remeh akan isu perpaduan ummah, di negara ini.
Baginda menekankan, bahawa perpduan menjadi tonggak kekuatan, kesetabilan dan kemajuan negara ini.
Menurut Baginda, segala dasar yang dirangka ke arah menjadikan negara dan seluruh rakyat sebagai masyarakat maju, tidak akan mencapai kejayaan, jika aspek kesatuan atau perpaduan dipandang ringan.
Titah Baginda,"Usaha untuk menyatupadukan masyarakat mesti dilakukan secara berterusan."
Baginda telah bertitah dihadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan para inteletual Islam yang menghadiri perhimpunan tersebut.
"Menyingkap kembali sejarah Rasulullah, ada beberapa isu perpaduan dan kesatuan menurut perspektif Islam yang menjadi tonggak kekuatan yang amat penting. Penghayatan Islam yang diterjemahkan melalui sejarah kegemilangannya membuktikan umat manusia suatu ketika dulu pernah bersatu di atas paksi kebenaran.
"Ketika itu wujud keharmonian, kestabilan dan kesefahaman. Namun, apabila sebahagian umat manusia dijangkiti sikap tamak dan mementingkan diri serta tidak lagi mempedulikan nilai mulia dalam mengejar kepentingan duniawi, maka berlaku pelbagai bentuk malapetaka dan kemusnahan yang menimpa manusia lantaran kemurkaan Allah," titah Baginda sebagai Raja Agong umat Islam dan rakyat Negara ini.
PENYELEWENGAN
Saya tertarik hati akan titah Baginda, iaitu Islam mengharamkan sebarang bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi, sebaliknya menganjurkan keamanan, hak kesamarataan dan saling bantu membantu. Islam juga mewajibkan perlindungan dan hak sama rata ke atas setiap lapisan masyarakat.
Baginda mahu seluruh umat Islam berusaha dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan serta mempertingkatkan penghayatan terhadap al-Quran dan Sunnah sehingga menjadi ummah yang bersatu padu, terbilang dan sentiasa mapan mendepani cabaran semasa.
Titah baginda itu adalah Titah Rasmi - titah berdaulat yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu yang beragama Islam di negara ini.
KAMPUNG
Sebenarnya umat Islam di negara ini bersatu padu. Mereka bersatu dalam masjiud, surau, majlis-masjli berusur Islam dan pendeknya tidak ada perpecahan ummah, jika kita melihat ke bawah - di kampung, felda dan di mana - mana.
Sayangnya dalam titah Baginda itu tidak ditunjukkan bagaimana cara yang kongkrit untuk menyat-padukan ummah di negara ini. Orang ramai masih berkeadaan ‘ si buta kehilangan tongkat’ pada ketika mendengar titah Diraja itu.Saya memelihat, perpecahan umat berlaku di kalangan mereka dalam parti – parti politik dan mereka yang mengikut (bukan ahli) kedua-dua parti politik orang Melayu itu.
Saya berpegang kepada keyakinan muktamad, umat Islam di Negara ini tidak akan bersatu secara ‘skop nasional’ selagi dua buah parti politik terbesar orang Melayu atau ummat, iaitgu UMNO dan PAS tidak bersatu, tidak bersefahama dan tidak berjuang menegakkan satu ideologi,iaitu Islam.
PERJUANGAN
Sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan hingga pada hari ini, UMNO tidak pernah bersuara untuk mewujudkan Negara Islam tulis, sebaliknya parti itu menentang habis – habisan akan perjuangan PAS untuk menegak negara keredaan Allah itu.
Ertinya, UMNO hendaklah bersatu dengan PAS dan sama-sama meneruskan perjuangan menegakkan ngara Islam di bumi pusaka bangsa Melayu ini.
Seperti titah Yang Dipertuan Agong, “Penghayatan terhadapa Al Quran dan Sunnah sehingga menjadi ummah yang bersatu padu.” Ertinya orang Melayu dalam apa jua harakah dan parti politik mestilah menghayati (mempraktik petunjuk, arahan dan perintah Allah dalam Quran dan hikmah Nabi Muhammad dalam Sunnah).
INDIVIDU
Menhayati Al Quran dan Sunnah ialah setiap individu Melayu dan ummah – dalam UMNO, PAS, parti - parti politik lain dan mereka di luar parti berjuang menegakkan Negara Islam tulin di bumi ini.
Faktor ideologi; sebuah parti berideologikan Islam dan sebuah lagi masih berpegang kepada asobiah – kebangsaan dan masih mengikut sidetem kapitalis sama ada dslam kereajaan, politrik, skonomi dan sebagainya.
Saya berpedapat,walau 100 kali lagi menyambut Maulidur Rasul dan sebanyak itu juga Yang Dipertuan Agong menyeru orang Melayu supaya bersatu, tidak akan mencapai kejayaan.
Perpaduan akan tercapai dan Berjaya, kalau semua orang Melayu dalam parti-parti politik dan mereka yang tidak berparti politik kembali kepada Quran dan Sunnah, iaitu sama - sama bekerjasama untuk menubuhkan Negara Islam di bumi ini.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment