Friday, March 20, 2009

BIDANG KUASA RAJA - RAJA KITA

PARTI POLITIK TERPAKSA MENGALAH

(Sambungan semalam)

Ada satu peristiwa menarik yang berelaku di Pahang dalam tahun 1978. Tengku Arif Bendahara adik Sultan mengumumkan hasratnya hendak menyertai politik dan membenarkan dirinya menjadi calon Menteri Besar. Sultan mengumumkan bahawa baginda enggan melantik adiknya sebagai Menteri Besar dan mendakwa bahawa ’mengikut Perlembagaan Negei (Pahang) baginda berrhak menentang perlatikan itu.’ (Tunku Abdul Rahman, hal.28), Kenyataan Sultan itu dikritik dengan pedasnya oleh Tunku Abdulk Rahman, Perdana Menteri pertama (Tunku Abdul Rahaman, Bab IV). Bagaimanapun krisis itu dapat dielak kerana Tengku Arif tidak menyeretai politik.

Satu lagi peristiwa membabitkan Sultan Johor dan Menteri Besarnya, Dato Haji Othman bin Saad. Melalui laporan - laporan akhbar nampaknaya Saultan tidak dapat bekerjasama dengan Mentgeri Besart. Sehingga Duli Baginda memerintahkan Menteri Besar supaya pindah daripada pejabatnya kerana Baginda hendak menggunakan pejabat itu. Mentri Besar pun berpindah. Tetapi kerana waktu pilihan raya umum sudah dekat, Menteri Besar tidak meletakkan jawatan. Bagaiamanapun beliau tidak lagi bertanding.

Pemimpin - pemimpn parti perlu diberi tahnih kerana kerelaan mengalah demi untuk mengelakkan dan menyelesaikan karisis Perlemabagaan yang besar dengan Raja - Raja. Raja - Raja juga sepatunya membalasnya.

Tunku juga mengingati suatu peristiwa bila seorang utusan dari sebuah negeri di Tijur Tengah meminta Yang Dipertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman, supaya memecat Tunku daripada menjdi Perdana Menteri. Utusana itu terperanjat apabila Yang Dipertuan Agong menjawab; ” Oh, tidak boleh kerana rakya yang melantik beliau, bukan beta.” (Tengku Abdul Rahman, Looking Back (1977), hal. 205) Tentulah secara undang - undang, ayat terakhir itu agak berlebihan.

Peristiwa di Perak dan Pahang disebutkan itu tidak berlarutan dan tidak menyebabkan terjadi krisis Perlembagaan yang berat kerana parti pemerintah mengalah. Sebenarnya memang umum mengetahui apabila parti menyembahkan nama calon Menteri Besar ia selalu mengambil kira penerimaan Raja terhadap calon itu ( lihat Dr. Tan Chee Koon, The Star, 12 April 1982 dan 13 April 1982). Jelas betapa pentingnya tugas Raja - Raja sekalipun dalam perkara - perkara yang baginda tidak mempunyai budibicara mutlak, walaupun tindakan mereka itu kadang kala susah hendak dimenangkan (justify).

Pemimpin parti perlu diberi tahniah keran kerelaan mengalah demi untuk mengelakkan dan menyelesaikan krisis Perlembagaan yang besar dengan Raja - Raja. Raja - Raja juga sepatutnya medmbalasanya. Seperti yang dikatakan oleh Tunku:

”Rakyat yang setia sudah menerima institusi ini, dan apa lagi. Raja - Raja telah memberikan hak yang daripada yang pernah mereka menikmati pada zaman penajajahan British, sekurang - kurangnya bagi Sultan - Sultan di negeri- negeri Melayu bersekutu, Raja - Raja perlu membalasanya untuk menunjukkan penghargaan mereka dan untuk menjalankan tugas yang diharapkan dari mereka, dan yang memang telah mereka jalankan yang diharapkan dari mereka, dan yang memang telah mereka jalankan dengan cemerlang sejak merdeka.” (Tunku Abdul Rahman, As a Matter of Interest, (1981) hal. 31).

Ketika saya menulis rencana ini satu lagi peristiwa berlaku di Selangor.

(Pada bahagian akhir artikel Raja Azlan shah, esok, akan memaparkan: Dato Harun juga berkata yang beliau tidak memastikan sama ada Sultan akan menrima atau menolak cadangan itu kerana keputusan itu adalah hak Sultan. Editor. Petah Shahrir Aidid).

No comments: