HAMBA DAN TUAN
Dan Allah membuat perumpamaan, iaitu seorang abdi kepunyaan (orang lain) yang tidak berkuasa apa-apa, dan seorang yang kami kurniakan kepadanaya rerzeki yang baik, kemudian dinafkahkan sebahagiannya dengan (cara) sembunyi dan dengan (cara) terangan; adakah keduanya bersamaan (tidak sama seaorang abdi dengan seorang merdeka yang mempunyai rezeki yang cukup dan dipergunakan untuk jalan yang baik)? Segala pujian untuk Allah, tetapi kebanayakan mereka (amanusia) tidak mengetahui. - An Nahl: 75
HADIS
INI JUGA RASUAH
Rasulullah telah melantik seseorang untuk mengumpul zakat (amil), kemudian pada ketika amil itu selesai mengumpulkan semua zakat, dia datang menghadapai Junjungan dan berkata: “ Junjungan, ini untuk anda (Negara Isalam)dan ini hadiah yang diberikan kepada saya.” Maka Junjungan telah bersabda:“Mengapa kamu tidak duduk di rumah bapa atau ibu kamu hingga kamu dapat melihat, apakah dengan demikian kamu juga akan mendapat hadiah atau tidak?” Kemudian pada waktu petang, selepasa solat (Asar), Junjungan berdiri dan bersabda (di hadapan sidang jemaah). Setelah membaca kelimat syahadat dan memuji Allah dengan pujian, “Dialah pemilik pujian itu.” Junjungan besabda lagi: “Adapun setelah itu, bagaimanakah hal bila seorang amil yang kami serahkan tugas lalau dia datang dan melaporkan kepada saya seraya berkata: Ini hasil tugas dari anda, dan ini bahagian yang dihadiahkan kepada saya, mengapa dia tidak duduk di rumah bapa atau ibunya sahaja, hingga dia dapat melihat apakah dia akan diberi hadiah atau tidak. Demi Alalah yang diri Muhamamad berada dalam genggaman Nya (Allah), tidaklah kalian melakukan sesuatu pengkhianatan (rasuah), kecuali pada hari ahairat nanti dia akan memikul beban (dosa) dipondaknya. Jika yang diterima rasuah itu seekor unta, maka dia datang dengan suara unta. Jika dia menerima rasuah seekor lembu, maka dia datang dengan melengoh sekor sapi, bila dengan deekor kambing dia datang mengebik seperti kambing.”.
- Perawi: Imam Bukhari dan Abu Humaid As Sa’di.
PETUA
RASUAH DAN KESANNYA
Rasuah itu perbuatan keji dan dilaknat Allah. Pemimpin dan pegawai menerima hadiah (berbeza dari hadian kejiranan atau kaum kerabat) atas sebab jawatannya, hadiah itu adalah rasuah.
Pemimpin dan pegawai yang melakukan perbuatan rasuah boleh diperhatikan pada wajahnya. Di antara tanda - tanda: Wajahnya lelihatan muram, tidak bersih, iaitu seperti orang Islam yang tidak sembahyang atau berubah dari wajah asalnya (sama adaa terjadi atau sebab-sebab lain) disebabakan dosa pada dirinya.
Jika berhadapan dengan orang - orang ini, baca: Wallahi, Kaau Maha Kuasa, Kau melakanati orang yang melakukan rasuah, tunjukkan kepadaku akan bukakti dia melakukan perbuatan terkutuk itu kepada wajahnya.
t
No comments:
Post a Comment