Monday, March 23, 2009

QURAN

BERLAKU ADIL

Hai orang - orang yang beriman! Hendaklah kalian menjadi orang - orang yang kuat menegakkan keadilan, menjadi saksi kebenaran kerana Allah, biarpun terhadap diri kalian sendiri, ibu bapa atau kaum kerabat kalian; ataupun kepada orang - orang kaya atau miskin, kerana Allah dekat kepada keduanya. Oleh itu jangan kalian mengikut kemahuan yang rendah (hawa nafsu) untuk tidak berlaku adil. Kalau kalian berputar atau tidak mahu menurut (iungkar), sesungguhnya Allah tahu benar apa yang kalian lakukan. - An Nisa: 135

HADIS

ORANG GAGAH

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Orang yang gagah bukanlah yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatan tubuhnya, (sebenarnya) orang yang gagah ialah yang dapat menguasai dirinya pada ketika marah.

- Perawi: Imam Bukhari, Imam Muslin para sahabat.

PETUA

ORANG RASUAH

Orang - orang yang mengamalkan rasuah dilaknat Allah, jika mereka berusaha menonjolkan diri (kempen) untuk menjadi pemimpin kerajaan dan rakyat, maka tanpa kesedaran mereka, bahawa mereka mahu kerajaan dan rakyat musnah bersama mereka.

No comments: