BEDAH AKADEMIK PPSMI |
Harakahdaily |
BANGI, 11 Mac (Hrkh) - Rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu dijemput hadir ke seminar PPSMI yang akan dibentangkan lima tokoh terkemuka di Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dekat sini, pada hari Sabtu 14 Mac 2009. Dato' Dr Hassan Ahmad, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan, Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain dan Profesor Dr Mat Rofa Ismail akan membentangkang kertas kerja mereka dalam seminar yang sehari yang akan bermula jam 8.00 pagi itu. Seminar dijangka lebih menarik apabila perjuangan orang-orang Melayu bagi mempertahankan hak dan ketuanan bahasa sendiri, dinafikan oleh Umno yang melabelkan penentangan mereka sebagai didalangi elemen politik. Rakyat yang mahu mengetahui kebenaran yang lebih mendalam mengenai impak PPSMI terhadap bangsa Melayu dijemput hadir beramai-ramai. Bagi yang berminat, sila hubungi urusetia program seperti berikut:
Penganjur juga menetapkan yuran penyertaan bagi orang awam iaitu RM30 seorang, manakala pelajar ditetapkan RM15 seorang. |
(Berita ini diambildri Harakah Daily, 13 Mac 2009)
No comments:
Post a Comment