Thursday, March 12, 2009

NIKH AZIZ

TIDAK MAHU BAJET MINI DIPOLITIKKAN

TANAH MERAH: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong penuh jika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menepati kenyataannya untuk mengetepikan soal politik dalam melaksanakan pakej rangsangan ekonomi RM60 bilion yang diumumkan kelmarin.

Mursyidul Am Pas itu, berkata beliau berharap bajet yang dibentangkan itu bukanlah satu gimik politik tetapi keihklasan untuk membantu rakyat dalam menempuhi kegawatan ekonomi dunia yang turut menjejaskan ekonomi negara.

“Saya sokong jika kenyataan Najib itu benar-benar ikhlas bahawa pakej rangsangan ekonomi itu untuk faedah rakyat seluruhnya tanpa dipolitikkan,” katanya selepas merasmikan perletakan batu asas pembinaan Kompleks Tarbiyah Islamiah Chetok, di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya pakej rangsangan itu, Nik Aziz berkata, jika kerajaan benar-benar ingin menunjukkan ketelusan semua projek kerajaan hendaklah dilaksanakan secara tender terbuka.

Beliau juga berharap kerajaan pusat dapat menyiapkan dengan segera projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra kerana beliau difahamkan tender projek itu diberi bukan secara terbuka dan kini ia terus tertangguh selepas dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Nik Aziz menyambut baik cadangan kerajaan untuk melaksanakan dasar ekonomi secara Islam kerana ia selari dengan matlamat dan dasar perjuangan Pas.

“Justeru, penting setiap rakyat dan pemimpin diberi penekanan soal tarbiah Islam kerana melalui tarbiah itulah dapat mendidik seseorang itu mengikut landasan Islam sebagaimana diterima oleh Nabi,” katanya.
Ditanya mengenai kawasan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang disifatkan polis mempunyai beberapa kawasan panas, Nik Aziz berkata, keadaan itu dapat disejukkan jika pengundi dan rakyat sendiri sedar dan mempunyai pegangan berasaskan kepada tarbiah Islamiah. (Berita ini diambildari Bernama online 13 Mac 2009).


No comments: