Friday, March 27, 2009

Khutbah Jumaat (27 Mac 2009)


جباتن كماجوان إسلام مليسيا

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM)

" فميمفين برتلاضه رعيت برفخه "

PEMIMPIN BERTELAGAH RAKYAT BERPECAH

(27 مخ 2009 / 30 ربيع الأول 1430 )

27 Mac 2009/ 30 Rabi’ul awal 1430 Hijrah

ساي برفسن كفد ديري ساي دان مثرو كفد سيدغ جمعة يغ دكاسيهي سكالين, ماريله سام2 كيت منيغكتكن كتقوائن كفد الله سبحانه وتعالى دغن فنوه كيقينن دان كإخلاصن دغن ملقسناكن سضالا فرينتهث دان منجاءوهي سضالا لارغنث. موده-مودهن كهيدوفن كيت دبركتي ددنيا دان دأخيرة. فد هاري اين منبر اكن ممبينخغكن خطبه برتاجوك: " فميمفين برتلاضه رعيت برفخه ". Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jemaat yang dikasihi sekalian, marilah kita sama - sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melaksanakan segala perintah-nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah - mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Pada hari ini khutbah mimbar membincangkan tajuk ’Pemimpin Beertrelagah Rakyat Berpecah’.

سجق ببراف تاهون كبلاكغن اين بوكن ساج منبر اين تتافي راماي فيهق يغ وارس ملاهيركن راس بيمبغ مغناءي فركمبغن فوليتيك واغ اتاو رشوة فوليتيك دنضارا اين. برداسركن فمرهاتين منبر, فغضوناءن واغ اونتوق مندافتكن فغاروه كفيمفينن دان فوليتيك تله منجادي بودايا سضلينتير درفد فميمفين مشاركت.

Sejak beberapa tahun ke belakangan ini bukan sahaja mimbar ini tetapi (bahkan) (ramai) banyak pihak yang waras melahirkan rasa bimbang mengenai perkembangan politik wang atau rasuah politik di negara ini. Berdasarkan pemerhatian mimbar, penggunaan wang untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan dan politik telah menjadi budaya segelintir daripada pemimpin masyarakat.

دالم ايسو اين, مريك يغ كاي-راي دان برنفسو بسر دالم فوليتيك تنفا مراس مالو ملانتيق فروكسي اتاو ايجين ترتنتو اونتوق منجالنكن كيمفين ممبلي اوندي, مناوركن ضنجاران, كمودهن, دان سباضايث سخارا تيدق صح دالم اوسها مندافتكن فثوكوغ دان كواس.

Dalam isu ini, mereka yang kaya raya dan bernafsu besar dalam politik tanpa merasa malu melantik proksi atau agen tertentu untuk menjalankan kempen membeli undi, menawarkan ganjaran, kemudahan dan sebagainya secara tidak sah dalam usaha mendpatkan penyokong dan kuasa.

برداسركن كيمفين سغيت دالم تيمفوه برتاهون2 مغضوناكن فوليتيك واغ اين, سبنرث تله ممبوقتيكن سيكف تيدق امانه دان منيمبولكن فرفخهن دكالغن فميمفين. افابيلا فميمفين عاشيق برتلاضه مربوت جاوتن هيغض لالاي دان لوفا تغضوغجواب ممبيلا نصيب رعية مثببكن رعية مراس بوسن. كأداءن بوسن يغ برتروسن اين ممفو مغضوضت سيستم برنضارا كران رعية سوده هيلغ كفرخاياءن كفد فميمفين.

Berdasarkan kempen sengit dalam tempoh bertahun - tahun menggunakan politik wang ini, sebenarnya telah membuktikan sikap tidak amanah dan menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin. Apabila pemimpin asyik bertelagah merebut jawatan hingga lalai dan lupa tanggungjawab membela nasib rakyat menyebabkan rakyat merasa bosan. Keadaan bosan yang berterusan ini mampu menggugat sistem bernegara kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin.

دالم سجاره سيلم تمدون إسلام, دافت دسقسيكن باضايمان فميمفين يغ ترليبت دغن فوليتيك واغ, طمع كواس, مغوتاماكن فواق دان كلوارض, دان ضيلا وانيتا اداله فثبب اوتام تومبغث كراجاءن أوميّة, عبّاسية دان عثمانية. فرسوءالن بسر تيمبول اياله جك فميمفين سنديري برفخه بله دان ترليبت فولا دغن عملن2 بوروق, مك باضايمان اي ماهو مثوروه رعية برساتو فادو دان برأخلاق موليا؟.

Dalam sejarah silam tamadun Islam, dapat disaksikan bagaimana pemimpin yang terlibat dengan politik wang, tamak kuasa, mengutamakan puak dan keluarga dan gila wanita adalah penyebab utama tumbangnya kerajaan Uamayyah, Abasiyyah dan Usmaniyyah. Persoalan besar timbul ialah jika pemimpin sendiri berpecah belah dan terlibat pula dengan amalan - amalan buruk, maka bagaimana dia mahu menyuruh rakyat bersatu padu dan berakhlak mulia?

رسول الله r منضه اومت إسلام درفد ممينتا-مينتا اونتوق منجادي فميمفين دالم اوروسن فنتدبيران نضارا. إمام بخاري دان مسلم مروايتكن بهاوا ساتو كتيك عبدالرحمن بن سَمُرَة تله دتضور اوليه رسول الله r:

مفهومث: " واهي عبد الرحمن بن سَمُرَةَ, جاغنله اغكاو ممينتا دأغكت منجادي فغواس دسوات ولايه. كران جك يغ دمكين دبريكن كفد اغكاو لنترن فرمينتاءن, نسخاي اغكاو دبياركن, تيدق دبري فرتولوغن. تتافي جك دبريكن كفد اغكاو بوكن كران اغكاو ممينتاث, نسخاي اغكاو دبري فرتولوغن ".

Rasulullah Muhammad s.a.w. menegah umat Islam daripada meminta - minta untuk menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan, bahawa pada satu ketika Abdul Rahman bin Samarah telah ditegur oleh Rasulullah , mafhumnya:

Wahai Abdul Rahman bin Samarah, janganlah engkau meminta diangkat menajdi penguasa di suatu wilayah, kerana jika yang demikian diberi kepada engkau lantaran permintaan (engkau), nescaya engkau dibiarkan, tidak diberipertolongan, tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya diberi pertolongan.

حديث اين منجلسكن بهاوا دالم إسلام, جاوتن فميمفين اداله ساتو تغضوغجواب يغ برت. اي بوكن سوات ستاتوس يغ دربوت باضي مندافتكن سنجوغن دان كأيستيميواءن ترتنتو. اوليه سبب ايت, إسلام منضسكن بهاوا جاوتن كفيمفينن تيدق بوليه دتاضيه-تاضيه مغيكوت دسقن نلوري دان نفسو سمات-مات. بهكن, دالم فروسيس فميليهن فميمفين اتاو فنتدبير هندقله دلاكوكن دغن عاديل يغ براساسكن كفد كلايقن, كاريسما دان خيري كفيمفينن سفرتي برتقوى, برأخلاق تيغضي, برتغضوغجواب, صبر, بوليه مرانخغ دان بيجق ملقسناكن توضس.

Hadis ini menjelaskan bahawa dalam Islam, jawatan pemimpin adalah satu tanggungjawab yang berat. Ia bukan suatu status yang diredbut bagi mendapatkan sanjungan da n keistimewaan tertentu. Oleh sebab itu, Islam menkhaskan bahawa jawatan kepimpinan tidak boleh di tagih - tagih mengikut desakan naluri dan nafsu sema - mata, bahkan, dalam proses pemilihan pemimpin atau pentadbir hendaklah dilakukan dengan adil yang berasaskan kepada kelayakan, karisma dan cirri - cirri kepimpinan sepertt bertakwa, berakhlak tinggi, bertanggungjawab, sabar, boleh merancang dan bijaak melaksanakan tugas.

الله سبحانه وتعالى تله مغيغتكن بهاوا كفيمفينن يغ فاليغ بركسن اياله كفيمفينن ملالوءي تلادن سباضايمان يغ دخونتوهي اوليه رسول الله r. فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة التوبة ايات 128:

مقصودث: " سسوغضوهث تله داتغ كفد كامو سأورغ رسول دري ضولوغن كامو سنديري, يغ منجادي ساغت برت كفداث سبارغ كسوسهنمو, يغ ساغت ايغينكن كباءيقكن باضيمو, (دان) امت بلس لاضي فثايغ كفد اورغ يغ برايمان. "

Allah SWT mengingatkan, bahaw kepimpina yang paling berkesan ialah kepimpinan melalui teladan sebagaimana firman Allah SWT yang dicontohi oleh Rasulullah dalam Quran, surah At Taubah ayat:128, maksudnya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri , yang menjadi angat berat kepadanya sebarang kesusahan kamu, yang inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman.

ايات تادي مغاجر كيت بهاوا فميمفين يغ برسيكف بلس كاسيهن, فثايغ, فريهاتين ترهادف كباجيقن رعيت اداله بوقتي كتيغضين ايمان مريك. جوسترو, منبر ايغين مغيغتكن بهاوا ممضغ كواس ملالوءي كمنغن فوليتيك واغ هاث ممبري كسرونوقن سمنتارا وقتو اونتوق ديري سنديري دان ببراف كرت كونخو2 مريك, تتافي ممبري كسن فندريتاءن جغك فنجغ كفد نضارا دان رعيت جلات.

Ayat tadi mengajar kita bahawa pemimpin yang bersikap belaskasihan, penyayang, perhatin terhadap kebajikan rakyat adalah bukti ketinggian iman mereka. Justru, mimbar ingin mengingatkan bahawa memegang kuasa melalui kemenagan politik wang hanya memberi keseronokan sementara waktu uantuk diri sendiri dan beberapa kerat kuncu - kucu mnereka, tetapi membrei kesan penderitaan jangka panjang kepada negara dan rakyat jelata.

كيت فرلو إنصاف دان سدر بهاوا بودايا فوليتيك واغ اكن مواريثكن فميمفين يغ تيدق بركواليتي, فميمفين كوروف (korup), تيدق برأخلاق, دان تيدق براينتيضريتي. سلاءين ايت, عملن فوليتيك واغ اكن منوتوف فروسيس ديموكراسي سخارا صيحة كران اورغ يغ بردوءيت سهاج برفلواغ منجادي فميمفين بسر, ماناكالا مريك يغ تيدق بردوءيت ترهالغ والاوفون ممفوثاءي كاريسما دان بنر2 لايق منجادي فميمفين.

Kita perlu insaf dan sedare bahawa budaya politik wang akan mewariskan pemimpin yang tidak berkualiti, pemimpin korup, tidak berakhlak, dan tyidak berintegriti. Selain amalan politik wang akan menutup proses demokrasi secara sihat kerana orang yang berduit sahaja berpeluang menjadi pemimpin besar, manakala mereka yang tidak berduit terhalang alaupun mempunyai karisma dan benar - benar layak menajdi pemimpin.

كأداءن اين جك ترجادي مروفاكن ساتو كروضين بسر كفد اضام, نضارا دان رعيت جلات. ايسو2 فوليتيك واغ دكالغن فميمفين اين اكن مثوكركن اوسها اونتوق مثاتوفادوكن اومت إسلام دنضارا اين. كيت فرلو ايغت بهاوا كلمهن كفيمفينن إسلام مثببكن فيهق ترتنتو مغمبيل فلواغ ممفرهيبتكن تكنن يغ منخابر اينستيتوسي راج سباضاي كتوا اضام إسلام, ممفرتيكاي إسلام دالم فرلمباضاءن, دان فلقساناءن اوندغ2 إسلام دنضارا اين.

Kedaan ini jika terjadi merupakan satu kerugian besar kepada agama, negara dan rakyat jelata. Isu - isu politik wang di kalangan pemimpin ini akan menyukarkan usaha untuk menyatu padukan umat Islam di Negara ini. kita perlu ingat bahawa kelemahan kepimpinan Islam menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan yang mencabar institusi raja sebagai ketua agama islam, mempertikai islam dalam perlembagaan, dan perlaksanaan undang-undang islam di negara ini.

دالم فرينسيف كتيض فندكتن إسلام حضاري اد منتفكن بهاوا سسبواه كراجاءن فرلو برلاكو عاديل دان برامانه. اونتوق منخافاي متلامت اين مك عملن بوروق دالم برفوليتيك سفرتي فوليتيك واغ, مثالهضونا كواس, رشوة, دان سباضايث هندقله دتولق دان دهافوسكن. سواجرث مريك يغ مغعملكن بودايا اين تيدق دبري رواغ سباضاي فميمفين.

Dalam prinsip ketiga pendekatan Islam Hadhari ada menetapkan bahawa sesebuah kerajaan perlu brlaku adil dan beramanah untuk mencapai matlamat ini maka amalan buruk dalam berpolitik seperti politik wang, menyalahgunakan kuasa, rasuah dan sebagainya hendaklah ditolak dan dihapuskan. Sewajarnya mereka yang mengamalkan budaya ini tidak diberi ruang sebagai pemimpin.

سباضاي كسيمفولن, منبر ايغين منصيحتكن كفد فميمفين يغ دبري كفرخاياءن سوفايا مميكول امانه دان تغضوغجواب دغن ملتقكن هالا توجو نضارا سلاري دغن القرءان دان السنة سرتا ممستيكن رعيت هيدوف برساتو فادو. واسفاداله دغن فثوكوغ يغ خوبا مروسقكن كيت كران فميمفين يغ برويباوا تيدق موده ترفغاروه دغن تكنن فثوكوغ يغ روسق.

فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة الأعراف ايات 142:

مقصودث: "دان بركتاله موسى كفد سوداراث هارون: ضنتيكنله اكو دالم (اوروسن مميمفين) قومكو, دان فرباءقيله, دان جاغنله اغكاو منوروت جالن اورغ يغ ملاكوكن كروسقن. " Sebagai kesimpulan, mamba ingin menasihatkan kepada pemimpin yang diberi kepercayaan supaya memikul amanah dan tanmggunghjswab dengan meletakka n halatuju Negara selari dengan Al Quran dan As Sunnah serta memastikan rakyatb hidup bersatu padu, waspadalah dengan penyokong yang cuba merosakkan kita keranaq pemimpin yang berwibawa tidak mudah terpengaruh dengan tekanan penyokong yang rosak (moral) Firman Allah SWT dalam Quran, surah Al A’araaf: 142, maksudnya:

Dan berkatalah Musa kepada saudaranya, Harun: gantgikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah dan ajanganlah engkau mneurut jalkan orang yang melakukan kerisakan.

No comments: