Friday, February 20, 2009

ZAMBRY SANGKAL SPEAKER
PDF Print E-mail
Written by Administrator
Friday, 20 February 2009

IPOH:drzambry.jpg Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mendakwa Speakar Dewan Undangan Negeri, V Sivakumar melakukan pembohongan besar kerana mendakwa beliau dan barisan Ecxo Kerajaan Negeri gagal memberikan penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang bersidang baru-baru ini.

Menurut Dr Zambry, tidak timbul pihaknya gagal memberikan sebarang penjelasan, sebaliknya isu yang paling besar ialah cara Speaker, V Sivakumar bertindak.

"Beliau telah menyalahgunakan sepenuhnya kuasa sebagai speaker dan pihak kami akan bertindak mengikut saluran undang-undang," katanya sebagai mengulas tindakan Speaker yang mengantung beliau dan barisan Exco daripada menghadiri sidang DUN.

Menurut Zambry, Speaker patut menyedari sama ada tindakan yang dilakukan itu benar-benar mengikut undang-undang.

(Berita ini diambil dari Watan net 20 Februari 2009)

No comments: