“ PINDAHLAH TAKHTA KE MEZIUM SENI BUDAYA” – Sultan Azlan
(Oleh: Mokhtar Petah)
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu, bahawa beliau akan menjelaskan mengenai keadaan politik di Perak pada persidangan
Beliau mengakui semalam, bahawa beliau bertanggungjawab memberi maklumat berhubung pertitiwa yang berlaku di Negeri Perak dan terpulang kepada majlis berkenaan untuk membuat sebarang saranan atau keputusan.
Saya kita tujuan Abdullah Badawi itu amat baik bagi menyelesaikan keadaan yang sukar ditentukan.
Saya anggap peristiwa yang berlaku di Negeri Perak berhubungan dengan Sultan Azlah Shah telah menitah - perintahkan Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin dan anggota-anggota Majlis Mesyuarat Kereajaan Negeri (exco) meletakkan jawatan masing-masing dan kalau enggan menurut perintah, dianggap semua jawatan itu telah kosong sebagai ‘satu tragedi’ dalam sejarah negeri itu dan Malaysia.
KEPUTUSAN SULTAN
Kejadian seperti itu bukanlah pertama kali berlaku di Negara ini. Bagi Pakatan Rakyat, inilah kali pertama mereka menyanggah keputusan Sultan. Mereka mentaati Sultan tetapi mereka mahu menuntut keadilan melalui ruang Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri yang wujud dan berkuasa ke atas Raja Melayu.
Tulisan saya berikut ini sekadar sebagai menyedarkan kembali atau sebagai taklimat kepada pembaca atau orang ramai tentang peristiwa - peristiwa yang lalu, iaitu pada masa Malaysia di bawah kuasa Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir Mohammad.
Peristiwa itu telah menjadi rakaman abadi dalam sejarah
SEMANGAT PERLEMBAGAAN
‘Pada 10 Disember 1992, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Dr. Abdul Ghafar Baba sewaktu membentangkan usul mengenai Raja-Raja Berpelembagaan dalam Dewan Rakyat, telah berkata:
“Bahawa Dewan yang bersidang hari ini berasa amat sedih dan memandang serius ke atas insiden seorang rakyat Malaysia Dougla Gomez, yang telah dicederakan di Istana Johor pada 30 November 1992 oleh DYMM Sultan Johor.
Dan bahawa Dewan ini memutuskan kejadian tersebut satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan
Dan Dewan ini mengambil ketetapan segala tindakan yang perlu hendaklah diambil bagi menentukan insiden yang seumpama ini tidak berulang lagi pada masa akan hadapan.
Sekali lagi kerajaan menegaskan pendiriannya mahukan Institusi Raja Berpelembagaan dikekalkan di negara ini, walau bagaiamanpun, kerajaan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya bagi menegur dan membetulkan apa-apa jua kesilapan yang didapati telah dilakukan oleh mana-mana juga Raja-Raja Melayu.
Sejarah telah menunjukkan dengan jelas beberapa peristiwa telah berlaku dibeberapa buah ngara dalam dunia di mana rakyat telah hilang kesabaran dan mengambil tindakan di luar perlebagaan dan undang-undang untuk menjatuhkan raja-raja mereka, sehingga akibatnya apa yang berlaku sekarang ini raja-raja di seluruh dunia semakin hari semakin berkuarangan jumlahnya.
… Perlembagaan Persekutuasn dan juga negeri-negeri jelas menyatakan bahawa Raja-Raja memerintah adalah dengan mengikut nasiahat daripada Perdana menteri dan Menteri -Menteri Besar. Perkataan ‘nasihat’ yang ditulis dalam Perlembagaan itu tidak bererti Raja-Raja ada mempunyai pilihan sama ada mahu menerima atau pun menolak nasihat yang diberi oleh Pertdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar. Dengan lain - lain perkataan, pemerintah sesebuah negeri itu adalah terletak sepenuhnya di tangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Perkataan dalam Perlembagaan yang mjengatakan ‘Raja memerintah bagi sesebuah negeri’ itu hanya merupakan suatu istilah untuk menghormati kedudukan Raja-Raja itu sahaja. (halaman: 33)
MANDAT KERAMAT
Dengan wajah yang gembira dan optimis, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad telah bercakap kepada para wartawan dalam dan luar negeri, di luar Dewan Rakyat, sebaik-baik sahaja kerajaan memperolehi mandat keramat itu (mansuh immunity – kekebalan - raja Melayu).
Katanya, tumpuan kerajaan selepas ini ialah untuk meminda Perlembagaan bagi menentukan kekebalan Raja tidak ada lagi.
“Hasil perbincangan hari ini, adalah jelas semua pihak termasuk pembangkang inginkan tindakan diambil khususnya tindakan supaya tidak ada lagi kekebalan untuk sultan berhubung hak rakyat,” katnya.
“Dalam hal ini nampak jelas semua pihak tidak senang dengan apa yang telah berlaku,”katanya lagi.
“Dari dulu lagi kita mendengar tentang banyak insiden yang melibatkan Raja dan rakyat, tetapi kita tidak mendapat laporan sahih mengenainya,”terangnya.
Selanjujtnya beliau mengatakan, “ Hanya kali ini rakyat benar-benar bersuara mengenai isu ini terutama kes hoki,lebih-lebih lagi apabila disusli dengan kes Gomez …,”terangnya lagi.
Sambil menampakkan senyuman seorang yang berkuasa, beliau menegaskan, “ …nampaknya perasaan ini begitu meluap sehingga kita melihat tiada pendapat yang berbeza mengenainya.”
MEMINDA PERLEMBAGAAN
‘… sebaik-baik sahaja selesai mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada malam yang sama, Dr.Mahathir Mohamad memberitahu, mesyuarat itu bersetuju meminda Perlembagaan; iaitu seksyen 181 (2) dan 38 (4) bagi memansuhkan kekebalan Raja-Raja.’ (halaman: 61 – 63)
‘Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad telah disanjung oleh semua peringkat rakyat jelata kerana beliau berani mempertahankan dan menunjukkan ‘kekuasaannya’ bersama rakyat dalam menghapi krisis antara Raja-Raja dengan kerajaan pimpinan beliau sebagai pemimpin tertinggi UMNO.
Beliau telah bercakap menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada hari terakhir (Ahad) itu, telah menampakkan beliau seorang yang berani mempertahankan power di tangannya sebagai seorang pemimpin parti dan kerajaan yang mendapat mendat daripada rakyat umum.
SEBUAH REPUBLIK
Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad menegaskan,
Penegasan beliau itu ditambah dengan pengakuan, bahawa UMNO dan Barisan Nasional mempertahankan corak kerajaan seperti sekarang kerana ‘UMNO masih sayangkan Raja-Raja’.
“Kita memberi nasihat kerana kita berada di tahap yang boleh kita menegur,”katanya.
Beliau berkata dengan nada meninggi, “ Bila rakyat sudah berhimpun beramai-ramai di
KUCING GANAS
Sambil mengingatkan kata-kata seorang wakil dalam perhimpunan itu yang menceritakan kisah tikus hendak menggantung loceng pada leher kucing ganas, beliau berkata, “ … nampaknya tikus inilah sekali lagi yang nak pergi pasang loceng tahun ini.” (halaman: 69).
‘Menteri Besr Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin – seorang Menteri Besasr yang terhimpit di antara politik dan Raja; mengumumkan, bahawa Kerajaan Johor akan mematuhi segala keputusan Kerajaan Pusat dan Dwwan Rakyat berhubung dengan kes Douglas Gomez.’ (halaman: 75)
‘UMNO Negeri Selangor menerusi seorang tokoh muda, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar merangkap Setiausaha Kerja Perhubungan UMNO Negeri, Haji Zainal Abidin Sakom telah menyerahkan sebuah memorandum yang mengandungi empat resolusi kepada Timbalan Presiden UMNO, Dr.Ghafar Baba dalam Perhimpounan Agung UMNO Malaysia, pada hari Ahad 9 November 1991.
EMPAT RESOLUSI
Resolusi itu berhubung dengan kedudukan Sultan dan Raja-Raja pemerintah. Empat resolusi itu, ialah:
* Menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat
dana menyenraikan semua harta tanah dan projek yang
telah diluluskan kepada Raja secara langsung atau
melalui ‘kapitan Cina’.
* Meminta Presien UMNO (
Mohamad) supaya bertindak tegas atau memecat
wakil rakyat yang hipokrit dan bernmuka-muka yang
terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan diri
sendiri.
* Meminda Perlembagaan, supaya kuasa mutlak
melantik Menteri Besar, ahli-ahli Majlsi Mesyuarat
Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan, Penasihat
Undang-Undang dan Pegawai kewangan negeri adalah
dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang
memerintah.
* Supaya Perhimpunan Agung UMNO (8 November
1991) memberi mandat penuh kepada Datuk Seri
Dr.Mahathir Mohamad dalam menghadapi dan
mengatasi isu Raja-Raja ini secara umumnya sam ada
menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah
yang perlu.
…dengan lantang beliau (Haji Zainal Abidin Sakom) berkata, “ada syarikat-syarikat yang tidak berdaftarf yang mendapat sokongan kuat daripada taukeh-taukeh yang tamak datang menawarkan khidmat dan bantuan kepada pemimpin-pemimpin (peringkat negeri) bagi membolehkan mereka mencocok hidung pemimpin-pemimpin itu.”
“Apabila akhidmat dan bantuan mereka tidak diterima oleh pemimpin – pemimpin, maka ‘kapitan-kapitan Cina’ menggunakan pengaruh Raja-Raja (Sultan Selangor?) untuk kucar kacirkan pentadbiran negeri,” katanya lagi.
KAPITAN CINA
…beliau memberitahu, bahawa ‘kapitan-kapitan Cina itu telah mempengaruhi Sultan (Selangor) supaya mengubah suai istana Alam Shah di Kelang dengan belanja sebanyak RM 20 juta.
Beliau juga mendakwa, setelah kerajaan tidak meluluskan peruntukan RM20 juta itu, Sultan mengambil langkah mengadakan jadual merasmikan pembukaan Siding Dewan Undangan Negeri Selangor pada hari itu (Sabtu), sedangkan Sultan tahu yang Menteri Besar dan ahli-ahli Dewan mesti hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO.
“Malangnya, setelah Menteri Besar dan ahli-ahli Dewan mengikut kehendak Baginda, Baginda sendiri pula tidak mahu berangkat merasmikan persidangan itu dan hanya menghantar wakilnya,” terang Haji Zainal Sakom.’ (halaman:109, 110).
KERETA MEWAH
Ekoran dari Sultan Kelantan membawa keluar kereta mewahnya dari Pusat Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 24 Mac 1992, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dianggap oleh para pengikutnya sebagai orang yang paling bijaksana dalam UMNO,maka dengan isu kereta Sultan Kelantan itu menampakkan beliau ‘pandai berani tetapi kurang bijaksana’.
Entah mengapa pada akhir-akhir ini setelah terjatuh dari kuda, Dauk Seri Anwar Ibrahim selalu bertindak dan bercakap sesuatu isu seperti kurang bijaksana.’ (halaman:187)
Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata rakyat Perak menjunjung kasih dan menyokong titah Sultan Selangor itu.
"Oleh itu, adalah menjadi tatatertib dari segi bagaimana cara untuk berinteraksi dengan pihak istana. Jadi, apa yang Tuanku nyatakan ialah pandangan baginda untuk menentukan bahawa negara ini mengamalkan sistem Perlembagaan beraja," katanya.
|
‘Mufti Kerajaan Perak, Dato’ Harussani bin Haji Zakaria, dalam satu pertemuan dengan saya di pejabatnya di Ipoh, pada November 1989, telah memberi pandangannya mengenai hubungan Raja–Raja Melayu dan masa depan negara kita.
Menurutnya, Raja–Raja Melayu eloklah mengkaji semula akan perlembagaan Negara Islam.
Beliau menekankan, bahawa perpecahan orang Melayu tiada harus dipandang sepi oleh Raja-Raja Melayu, kerana perpecahan itu akan mengakibatkan bangsa Melayu kucar-kacir dan Raja-Raja Melayu juga akan turut hancur.
Begitulah pandangan seorang ulama yang tidak memihak kepada mana parti politik dan kita boleh menganggap fikirannya itu menasabah dana telah tibalah masanya Raja-Raja Melayu merenung ke arah perlembagaan itu.’( halaman: 133)
Sultan Azlan (masih Ketua Hakim Negara) telah bertitah:
Takhta juga menjadikan pemerintah atau kerajaan, Raja
mempunuai kata pemutus mengenai sesuatu perkara.
… sejarah telah menunjukkan bahawa setengah – setengah Negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk menjadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih dari 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turunn satu demi satu - kepada 240 buah dalam abad kedua puluh, dan pada hari ini – pada dekat kelapan abad ke dua puluh - hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta sahaja.
Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taast setia kepada takhta, kononnya takhta merak Pahlavi telah melebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat.
Sebenarnya, penasihat-penasihat istana ini terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takahta akan tergugat.
Walau berapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menajga takhta, namun satu pun tidak akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau berapa banyak peluru bedil atau peluar meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemaraan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.
... di Malaysia, takhta akan terus dikekalkan selagi perlembagaan tidak dipinda. Dan perlembagaan tidak akan dipinda selagi rakyat masih setia kepada raja. (halaman: 236 – 238.
‘Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menasihat masyarakat Melayu di negeri ini supaya tidak mengambil tindakan yang membelakangkan ajaran agama.
Beliau berkata, tindakan segelintir mqsyarakat yang melakukan rusuhan dan demonstrasi jalanan akan mengakibatkan keadaan menajdi bertambah buruk.
“Umat Islam tidak digalakkan melakukan sesuatu perkara yang boleh mengundang keburukan,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya, umat Islam harus mentaati pemimpin selagi pemimpin itu melaksanakan tugasnya dengan baik.
Selaku Sultan Perak, kata beliau, Sultan Azlan Shah hanya melaksanakan tanggungjawab Baginda malantik Menteri Besar.
“Perlantikan Menteri besar tidak sepatutnya dijadikan isu di kalangan orang Melayu kerana ia adalah kuasa baginda,” katanya.(Utusan
Sesiapa juga yang melihat lebih jauh ke belakang dalam sejarah Malaysia dan mengikuti peristiwa kalangan pemimpin dan ahli UMNO pada tahun 1992 telah bertindak menggongcang kedudukan istana sehingga berlaku pindaan terhadap Perlembagaan Negara 181 (2) dan 38(14), maka peristiwa di Negeri Perak adalah terlalu kecil adanya tetapi tidak boleh dipandang remeh.
(Tamat).
No comments:
Post a Comment