Friday, February 6, 2009

SAINS POLITIK

NEGARA ISLAM OSAHA SAMA DENGAN KAFIR

Oleh:Mokhtar Petah

Ada sebilangan ulama Islam yang moderet bependapat, bahawa orang Islam boleh bekerjasama dengan golongan orang kafir dalam mengendali atau memerintah Negara Islam. Pendapat ini tidak sesuai jika kita bandingkan dengan banyak pesanan, amaran dan tegahan Allah dalam Quran mengenai kerjasama itu.

Orang - orang kiafir - kafir kitabi, Yahudi dan Kristian serta kafir musyrik - tidak akan rela dan tidak akan jujur bekerjasama memerintah Negera Islam.Mereka tidak jujur kerana Islam berlawanan dengan agama mereka.

Jika orang - orang kafir mempelihatkan kerjasama bersetuju berkongsi kuasa dalam Negara Islam, maka persetujuan itu ada rahsia seperti berikut:

* Kerana kepentingan peribadi dan parti politik.

* Menunggu masa uantuk mjenguasai orang Islam.

* Mencari peluang di kalangan orang Islam.

* Menunggu ketika untuk merebut kuasa.

Allah telah memnberi peringatan kepada Nabi Muhammad dalam Quran, iaitu:

Orang Yahudi dan begitu juga orang Kristian tidak akan reda selama - lamanya kepada kamu, kecuali kamu mengikuti mereka … - Al Baqarah:120.

QURAN DAN SUNNAH

Apabila orang kafir ada kesedaran bernegara, mereka wujudkan negara kiafir. Negara mereka mengikut perlermbagaan atau perundangan ciptaan mereka sendiri atau ciptaan manusia lain yang jauh dari Quran dan Sunnah.

Mereka juga tidak akan membenarkan politik Islam dipraktikkan dalam negara mereka.

Kalau orang Islam dan parti politik Islam yang bekerjasama dengan orang-orang kafir untuk menegak dan memerintahkan Negara Islam atau rancangan menegakkan Negara Islam, maka perbuatan itu sebagai sia-sia dan berlawanan dengan peringatan Allah di atas atau beberapa perintan dan amaran dalam Quran.

Kita telah mendapat pengalaman, iaitu apabila PAS yang sama dalam Pakatan Rakyat, melaungkan hasratnya untuk menegakakan Negara Islam, mengamalkan undang - hudud dan sebagainya. Orang - orang bukan Islam dari parti politik dalam Pakatan Rakyat telah menentangnya.

MENTERI BESAR

Contok kerjasama tidak ikhlas antara orang-orang Islam dengan bukan mereka yang beragama lain, ialah seperti yang berlaku di Negeri Perak, iaitu Pakatan Rakyat - DAP, PKR dan PAS.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin dari PAS. Beliau berpegang kuat dengan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu. Tetapi golongan bukan Islam dari parti-parti dalam Pakatan Rakyat memperdaya dan memperalatkan beliau. Kelihatan seperti menekan dan mengekang beliau. Akhirnya kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak tumbang. Hasrat PAS berkecai.

Peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak itu tidak boleh menyalahkan orang lain. Tidak boleh menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional. PAS sendiri mesti melihat ke dalam dirinya sendiri, apakah mereka berjuang mengikut cita-cita awal parti Islam itu atau telah menyimpang jauh.

PAS sebuah parti politik yang terlalu dewasa, sepatutnya meneruskan cita-cita dan perjuangan awalnya untuk menegakkan Negara Islam di Tanah Melayu dengan tidak bekerjasama dengan orang - orang bukan Islam.

Mereka menegakkan Negara Islam dan semua rakyat dari semua keturunan dan memeluk berbagai agama dijaga atau ditabir dengan baik - adil.

PAS hendaklah menegakkan negara keredaan Allah.

Saya memuji PAS kerana berjaya menjadikan Kelantan sebuah negeri ala Negara Islam.

(bersambung).

No comments: