Sunday, February 15, 2009

DR ZAMBRI

TARIK DIRI KERANA TANGGUNGJAWAB

Ipoh - Langkah yang diambil Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd. Kadir menarik diri dari bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO pada Mac ini, dipandang sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan tanggungjawabnya dari politik.

Dr Zambry pada ketikia mengumumkan langkah itu, beliau memberitahu, kerana beliau baru dilantik memegang jawatan Menteri Besar Perak, maka beliau mahu menumpukan kepada kemajuan negeri Perak Zambry menduduki tempat ke-31 dalam senarai keseluruhan 72 calon yang layak bertanding jawatan MT UMNO pada pemilihan parti Mac ini.

Ketua Majlis Bertindak Melayu, Osman Bakar, disamping menyanjung sikap Dr Zambry, beliau menyifatkan Menteri Besar itu seorang yang lebih pentingkan tanggungjawabnya kepada rakyat dari kepentingan politik.




No comments: