Thursday, February 12, 2009

BERITA

PAS AKAN MENANG

Taiping: Kalangan orang ramai di sekitar kawan Dewan Rakyat Bukit Gantang dekat sini, yakin calon PAS akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan nanti kerana selera sebilangan besar pengudi ci sana cenderung mengundi calon PAS.

Pilihan raya kecil akan diadakan setelah ahli Dewan Rakyat kawasan tersebut, Roslan Shaharum dari PAS – Pakatan Rakyat telah meninggal dunia Isnin lalu.

DUN BUKIT SELAMBAU

Sungai Petani: Calon Barisan Nasional tidak ada harapan akan memengangi kerusi Dewan Undangan Negeri,Bukit Selambau, di sini, dalam pilihan raya kecil yang akan di adakan nanti, demikian pendapat para pemerhati politik di sini.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (Bukit Selambau) telah kosong setelah ahli dewan tersebut dan anggota Exco dari Pakatan Rakyat, Encik V.Arumugam telah meletakkan jawatan baru-baru ini..

Difahamkan, Pakatan Rakyat akan meletakkan calonnya dari orang Melayu, untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu nnati.

No comments: