Saturday, February 7, 2009

WARTAWAN

WARTAWAN DAN NILAI DIRI

Oleh: Mokhtar Petah

Setiap wartawan dan penulis terhitung dalam golongan cendekiawan atau intelektual. Mereka dalam golongan ini tentulah mengutamakan nilai diri masing - masing, iaitu kemanusia, keadilan, amanah, akhlak mulia.

Wartawan dan penulis yang menjaga nilai diri, hanya boleh mencapainya dengan bekerja atau berkhidmat secara bebas, tetapi kalau mereka bekerja dalam sesebuah organisasi media - surat khabar, radio atau teleivisyen dan lain, maka sukar bagi mereka untuk menjaga nilai diri.

Setiap wartawan dan penulis yang menjaga nilai diri, mereka menulis dan bercakap menyampaikan sesuatu yang benar, tidak berat sebalah, tidak menjadi hakim sendiri dan pendeknya tidak menjadi alat orang lain.

BERAT SEBALAH

Pada masa ini, sukar kita mendapat wartawan dan penulis yang menjaga nilai diri. Mereka yang menulis dan bercakap yang benar walaupun pahit. Pada umumnya mereka seperti membiarkan nilai diri mereka tercemar kerana kepentingan orang lain atau pihak lain.

Jika seseorang wartawan dan penulis itu bekerja dalam organisasi media milik kerajaan, maka nilai dirinya sebagai wartawan dan penulis menjadi kabur, kerana mereka terpaksa menulis atau bercakap berat sebelah pihak, misalnya mengagung kebenaran peranan parti politik pihak kerajaan dan melanyak atau melemparkan berbagai - bagai tuduhan atau keburukan terhadap parti-parti pembangkang.

Begitu juga wartawan dan penulis yang bekerja dalam organisasi media milik parti - parti politik, mereka sentiasa kabur nilai diri kerana tulisan dan percakapan mereka menyebelahi parti politik pemilik media itu dan menyalahkan parti-parti politik lain.

PERGOLAKAN POLITIK

Kejadian demikian telah berlaku dalam dua tiga hari berlaku pergolakan politik di Negeri Perak. Para wartrawan dan penulis dalam media kerajaan dan media yang menyokong kerajaan telah secara lantang memburuk-buruk dan menyalahkan Pakatan Keadilan - DAP, PKR dan PAS - dan Menteri Besar, Dato Sri Mohemmed Nizar Jamaluddin.

Tidak cukup dengan tenaga, fikiran dan suara mereka sendiri melanyak parti-parti pembangkang itu, mereka menggunakan (pakai sambar) beberapa peguam muda, ahli akademik - sians politik dan sosiologi - untuk membantu bagi menjadikan parti - parti pembangkang itu seperti tembakau soget atau dipandang rendah oleh orang ramai.

Begitu juga wartawan dan penulis yang bekerja dalam organisasi parti-parti politik pembangkang, mereka kabur dalam menjaga nilai diri. Tulisan dan percakapan mereka berat sebelah, iaitu melanyak dan mencerca parti pihak kerajaan dan para pemimpin parti dan ketua dan pegawai kerajaan.

TIMBANG RASA

Selama berlaku krisis politik di Negeri Perak, saya melihat semua wartawan dan penulis yang terlibat telah hilang nilai diri.

Baru semalam, saya telah ditanya tentang surat khabar milik PAS, iaitu Harakah. Pertanyaan itu ada kena dengan nilai diri, melewati peraturan dan ada kelemahan atau timbang rasa pihak Kerajaan Malaysia, iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pertanyaan itu kira - kira begiti: “Kami telah memohon akhbar untuk persatuan kami.Kami diberi syarat akhbar itu tidak boleh dijual kepada arang ramai dan kandungannya hanya mengenai persatuan kami sahaja, kalau boleh pun mengenai ilmu pengetahuan dan pengetahuan am sahaja. Tetapi kami dapati Harakah macam surat khabar bebas.

PERANAN HARAKAH

Semua orang yang memahami undang - undang tahu peranan Harakah.Ia kelihtan sebagai akhbar bebas. Ini mungkin kelemahan Kementerian Dalam Negeri mengawal peraturan atau memang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ada pertimbangan dan belas kasihan.

Kalau mengikut maruah undang-undang atau peraturan, Harakah diedarkankg pada ahli - ahli PAS sahaja dan kandungannya tidak boleh seperti kandungan akhbar bebas yang diterbitkan oleh syarikat.

Pada masa ini Harakah telah berkeadaan akhbar bebas dan mengkritik, mengcam dan sebagainya kepada pihak - pihak tertentu.

(Bersambung kepada minggu depan)

No comments: