Thursday, February 5, 2009

DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK BUBAR?

Ipoh: Menurut punca tidak rasmi dari istana Sultan Perak, bahawa ada kemungkinan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Baginda telah meminta Dato' Seri Mohammed Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan Menteri Besar.

Sultan Azlan akan bertindak demikian, kerana baginda lebih mementingkan kepentingan rakyat dan mengelak dari berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini.

Sementara itu, orang ramai di Perak lebih cenderung Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan dibenarkan Barisan Nasional membentuk kerajaan.

Mereka berpendapat, dua ahli Dewan Undangan Negeri yang mengaku akan menyokong Barisan Nasional, Mohd. Osman Jailu Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) masih dalam penyiasatan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah.

Manakala Ahli DUN (Bota), Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini keluar dari UMNO, beliau masih belum ditentukan oleh Lembaga Disiplin UMNO atas kesalahan beliau melompat dari UMNO ke dalam Parti Keadilan Rakyat dan beliau banyak mencerca UMNO setelah melompat.

No comments: