“ BANTULAH SAYA BASMI RASUAH” Abdullah.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan sekadar penjenamaan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR), tetapi suatu tindakan berani dan bertanggungjawab rombakan struktur asal untuk menjamin keberkesanannya, demikian kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau telah menegaskan dalam ucapannya kerana memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuh
Menurut beliau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
"Kerajaan sedar isu berhubung persepsi Badan Pencegah Rasuah tidak bebas, kononnya ia 'harimau tidak bergigi', penguatkuasaan terpilih, kelewatan bertindak serta penyiasatan tidak profesional, sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti badan itu sebelum ini.
Dengan itu, kerajaan mengambil keputusan untuk mengkaji semula struktur, pendekatan serta bidang kuasa Badan Pencegahan Rasuah dan mengambil tindakan wajar supaya isu negatif terbabit dapat ditangani dan ia kembali disanjungi rakyat sebagai institusi anti rasuah yang dihormati," katanya.
Abdullah telah menyampaikan surat pelantikan kepada 42 ahli yang dipilih menyertai lima jawatankuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, iaitu 12 ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah; Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah (tujuh); Jawatankuasa Aduan (lima); Panel Penilaian Operasi (tujuh) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (11).
Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hadir dalam majlis bersejarah itu.
Mereka dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memikul tanggungjawab bagi menasihati Suruhanjaya tersebut mengenai dasar dan strategi, meneliti serta memperakukan cadangan daripada suruhanjaya untuk meningkatkan kecekapan dan kemampuan dan kewibawaannya.
Suruhanjaya Penceghanan Rasuah
Beliau telah melaksanakan tanggungjawab besar itu dengan harapan UMNO – Barisan Nasional, negara dan rakyat
Pada ketiaka berucap dalam mersamikan Perhimpunan Agung UMNO yang ke – 57, di
Di dalam parti, saya telah meminta setiap seorang daripada saudara-saudari membantu saya membanteras politik wang. Kita mahukan pemimpin kerana keupayaan mereka berkhidmat dan bukan keupayaan mereka membeli sokongan. Saudara-saudari memiliki kuasa tersebut untuk memberi mesej yang jelas. Bantulah usaha saya untuk membersihkan parti dari amalan politik wang.
Dikatakan rasuah banyak berlaku; tetapi banyak yang merupakan tuduhan. Apabila diminta bukti , tidak dapat ditampilkan. Proses menangkap dan prosedur mendakwa tidak semudah yang diucapkan. Proses siasatan amatlah rumit. Proses membukti dan usaha mendapatkan saksi amatlah sulit.
Tiada gunanya mendakwa bilangan yang ramai, jika kita tidak mempunyai bukti cukup untuk dapat mensabitkan yang didakwa. Bantulah saya memerangi rasuah dengan mengemukakan bukti.
Memerangi rasuah memerlukan komitmen semua pihak. Usaha memerangi rasuah tidak dapat mencapai kemenangan jika sekadar ditumpukan kepada aktiviti menangkap dan mendakwa. Masalah rasuah tidak berakhir dengan penangkapan jika benih baru masih dibenarkan tumbuh. Laksanakanlah dalam diri masing-masing, dengan kita sendiri tidak dipengaruhi oleh wang ringgit dalam membuat pertimbangan.
Kadangkala usaha memerangi rasuah begitu mengecewakan. Saya telah melahirkan harapan supaya mahkamah memutuskan kes-kes rasuah dengan segera, atas dasar ia melibatkan kepentingan awam. Ada tanggapan mengatakan saya memperlahankan langkah menentang rasuah kerana tiada tangkapan yang dilakukan.
Tiada tangkapan tidak bermakna saya tidak terus melakukan pemantauan. Ia memerlukan usaha berpanjangan – usaha berterusan. Aktiviti pendidikan dan aktiviti menyemai kesedaran akan ditingkatkan supaya prinsip integriti dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian masyarakat. Langkah-langkah pencegahan akan terus ditingkatkan dengan memperbaiki kecekapan sistem penyampaian dan perkhidmatan awam.
Saya melihat kejayaan Abdul Badawi mewujudkan Sauruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai satu mercu tanda keyakinan beliau untuk menjadikan Negara ini bersih dari keburukan rasuan. Tetapi mercu tnda itu tidak akan mendatangkan kejayaan cemerlang, jika rakyat – kaki tangan kerajaan dan para polikut serta orang ramai tidak berpegang kepda ajaran agama Islam yang gmelarang melakukan rasuah.
Begitu juga kejujuran para individu yang diberi tanggungjawab kepada Siuruhanjaya Pencegahan Rasuah
Setiap orang Islam dan mukmin dan mukminah, wajiblah berpegang kepada ajaran Nabi Muhammad, iaitu ‘ Pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang mrnjadi perantaraan (antara orang yang melakukan rasuah) di laknat Allah’.
No comments:
Post a Comment