Wednesday, February 18, 2009

SEBILANGAN BESAR ORANG MELAYU

MINTA ABDULLAH BADAWI TANGGUH

Oleh:Mokhtar Petah

Seseorang letua kerajaan atau pemerintah bagi mana-mana negara, walaupuna dia lahir dari parti politiknya, namun dia tidak sahaja pemimpin kepada ahli-ahli partinya sahaja, tetapi hakaikatnya, dia adalah pemimpin semua rakayat negaranya.

Demikian Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, walaupun beliau dari UMNO dan BN, tetapi beliau adalah ketua kepada semua rakyat di negara ini, tidak kira mereka dari parti-arti pembangkan dan yang tidak berparti politik.

Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketua kepoada semua rakyat keantan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketua kepqada semua rakyat Negeri Seangor dan begitulah pemimin negeri-negeri lain.

Rakyat yang berbudi bahasa dan beretika hidup perlu menerima hakikat ini, jika tidak mereka boleh dianggap rakayat yang menderhaka kepada kerajaan atau pemerintah.

Apabila Abdulah Badawi mengumumkan peralihan kauasa yang akan diadakana pada hujung Mac mendatang ini, semua rakyat terasa hampa dan kecewa.

MUrdisul am PAS dan mentgeri besar Kelantan, Nik Aziz telah meinta Abdulah Badawi mengekalkan jawatanya, seperti berita dari Harakah Daiay berikut ini:

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.

Ini kerana PAS melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang semalam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang

Oleh itu beliau berkata, Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.

"Kalau Dato' Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Saya tak faham politik Umno sekarang," ujar beliau.

Katanya tidak menjadi halangan beliau terus kekal sebagai ketua kerajaan di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno(Harakah Daily 17 Februari 2009).


Suara nik Aziz itu adalah suara seorang dari ulama Islam yang ikhlas. Walauapun beliau berbeza fahaman dan ideologi politik dengan Abdullah Badawi,tetapi atas kesedaran sebagai manusia cendekiawan dan berperikemanusiaan beliau meluahkan rasa hatinya kerana kepentingan negara dan rakyat.

Malangnya sauara keikhlasan Nik Aziz itu telah terlewat, Abdullah Badawi akan pergi jua, walaupun rakyat menangis dengan air mata darah sekalipun.

Sebagai pemimpin berhemah yang tahu ‘siapa suka dan siapa benci’ kepadanaya, langkah yang diambilnya itu adalah lebih baik dari menunggu. Orang tua-tua Melayu ada menasisahati anak cucu mereka, ‘ matahari timbul kerana orang jaga dan matahari tenggelam kerana orang mengantuk’ dan kancil tahu dimana harimau dan beruang berada dalam rimba.

Semenjak Abdullah Badawi rmemegang kuasa sebagai Perdana Menteri, kelihatan beliau sependapat dengan Nik Aziz tentang Islaam dan tanggungjawab umat Islam kepada agama Allah itu.

Walaupun doktrin Islam Hadhari ysnmg dikemukakan oleh Ab dull;ah Badawi ditentang oleh Datuk haji Abdul Hadi Awang, tgetapi pada hakikatnaya Islam Hadhari sama dengan yang diperjuangkan oleh PAS sejaka duu hingga kini.

Tetapi berlaku di mana-mana di kalangan umat manusia di seluruh dunia, kalau orang yang dianggap musuh memberi nasihat tidak diterima walaupun nasiahat itu menyelamatkannya, tetapi kalau nasihat itu dari orang yang dikasihinya, walaupun nasiahat itu membawanya ke dalam lubuk, namun diikutinya juga.

Dalam UMNO terdapat sebilangan ahlinya tidak sukakan usaha Abdullah Badawi memperkuatkan Islam untuk menjadi peraturan bagi kehidupan rakyat Malaysia.

Setelah Abdulah Badawi meninggalkan Kerajaan Malaysia, maka mahu tidak mahu rakyat terpaksa mengikuti langkah dan rentak tarian pemimpin baru yang menggantikan tempat beliau.

(Tamat).

No comments: