Friday, February 6, 2009

TAHNIAH

DATO' DR.ZAMBRY ABDUL

KADIR

Saya mengucap Tahniah kepada Dato’ Dr. Zamberi Abdul Kadir kerana dengan kurniaan Allah, budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah ahmad Badawi memilih beliau dan perkenasn Sultan Perak, beliau telah naik ke puncak sebagai pemimpin utama dan Menteri Besar Negeri Perak.

Saya teringat, pada satu majlis sastera anjuran Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS), di dewan Masjid, di Jalan Dairy, Ipoh, kira - kira tiga tahun lalu, saya telah membisikkan kepada beliau: “Dato’ ada masa depan ayang cerah …, menjadi MENTERI Besar Perak.”

Beliau senyum. Wajah dan sinar matanya ada cahaya keyakinan akan takdir Allah. Beliau menyahut, “ …insya Allah.”

Mulai hari ini, Jumaat - jam 3.30, setelah mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Dato’ Dr. Zambry dengan rasminya menyandang jawatan Menteri Besar yang ke - 9 bagi Negeri Perak.

Catatan:

Menteri Besar sejak 1957

Pertama: Tan Sri Mohd.Ghazali Jawi (Lenggong - Hulu Perak; Melayu keturunan Melayu Pattani.

Kedua: Dato Ashaari Shafiee (Lintang, Sungai Siput); Melayu keturunan Melayu Melayu Perak - Sumatera, Indonesia.

Ketiga: Dato Sri Haji Ahmad Said (Lenggong); Melayu keturunan Melayu Pattani.

Keempat: Dato seri Haji Kamaruddin bin Haji Mat Isa (Batu Kurau); Melayu Keturunan Melayu Pattani.

Kelima: Tan Sri Mohd. Ghazali Jawi (Menteri Besar kali yang kedua).

Keenam: Dato’ Seri Wan Mohammed bin Haji Wan The (Grik); Melayu Melayu Pattani.

Ketujuh: Tan Sri Ramli Ngah Talib (Kampung Gajah);Melayu keturunan Melayu - Aceh.

Kelapan: Dato’ Seri Tajol Roslo Mohd. Ghazali (Lenggong); Melayu keturunan Melayu Pattani.

Kesembilan: Dato’ Dr. Zabry Abdul Kadir (Pangkor); Melayu, keturunan Melayu Perak - Pulau Pinang.

Selamat memikul amanah kerajaan dan rakyat dan selamat berjuang.Allah lupa jangan!

No comments: