Sunday, February 8, 2009

KRISIS PAKATAN RAKYAT DENGAN SULTAN

DURIAN DENGAN MENTIMUN

NIZAR JAMALUDDIN JADI KORBAN

Oleh: Mokhtar Petah

Sikap keras Dato’ Seri Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak, saya menganggap, beliau telah menjadi korban kawan-kawan seperjuangannya dalam PAS dan Pakatan Rakyat dan sekali gus meletakkan dirinya seabagai ‘mentimun dengan durian’.

Dalam Perlembagaan Negeri Perak termkatub ‘Sultan ada ketua agama Islam dan adat istidat Melayu’ negeri tersebut. Kekebalan (immunity) Raja Melayu yang dihampuskan oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad tidak menghapuskan kekebalan (immunity) sebagai Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu’.

Maka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menitahkan Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin dan anggota-anggota Exconya meletakkan jawatan serta merta, adalah hak baginda dan tidak boleh dicabar di mana-mana mengikut kuasa agama Islam dan adat Istiadat Melayu Perak.

RAJA DAN RAKYAT BERBEZA

Mengikut ajaran Islam, Ir. Mohammed Nizar telah melakukan kesalahan seperti fatwa Kerajaan Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, “ …perkara itu sudah jelas disebut di dalam Quran kerana Raja dan rakyat berbeza dari segi kedudukan dan darjatnya. Kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada Raja Pemerintah sesebuah negeri.”

“Kalau dah tidak tunjuk taat, maka itu adalah derhaka,” tambah Mufti.

Nabi Muhaammad s.a.w. telah menitahkan umat Islam mentaati pemimpin beriman kepada Allah, kitab-kitab Allah dan hari akhirat, walaupun peminpin itu kepalanya seperti buah anggur kering.

Adat Istiadat Melayu Perak menuntut rakyatnya mentaati Raja dengan tidak berbelah bahagi. Jika rakyatnya tidak mentaati Raja, maka dia dianggap derhaka. Pada zaman silam, di negeri Perak, rakyat yang derhaka kepada Raja dihukum pancung oleh Dato Panglima Pancung Tak Bertanya.

BERKUASA DI PUNCAK NEGERI

Sikap Ir. Mohammed Nizar tidak taat kepada Sultan, tentulah kerana emosi atau sentimennya sebagai orang yang berkuasa di puncak negeri, atau kerana taat kepada parti politiknya dan dijadikan korban oleh rakan-rakan seperjuangannya dalam DAP, PKR dan PAS.

Ir Mohammed NIzar Jamauddin juga mesti menginsafi dan dengan rela mengakui, bahawa di segi Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak, beliau telah menderhaka dan melanggar sumpat taat setianya pada ketika mengangkat sumapat dia hadapan Sultan Perak dulu.

Saya kira tindakan beliau dan para anggota Exconya boleh didakwa dalam Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak atau tuduhan menderhaka kepada Raja dan melanggar sumpah.

DALAM MAHAKAMAH TINGGI

Mungkin kes Sultan Perak menitah perintahkan beliau dan para anggota Exconya meletak jawatan dan diaira telah meletak jawatan boleh dicabar dalam Mahkamah Tinggi dan akan diterima oleh hakim atau beberapa orang hakim, tetapi untuk mendapat kemenangan amat tipis.

Para hakim tentulah tidak memandang di sudut constitution (perlembagaan) sahaja. Mereka tentulah melihat dan menimbangkan di sudut convention (kelaziman) Adat Istiadat Melayu dan Agama Islam.

Apabila seseorang rakyat sesebuah negeri beraja mengheretkan Raja ke mahkamah, maka bererti dia telah mencemarkan atau menghina atau mencemarkan duli Raja. Tindakan itu menderhaka namanya.

DERHAKA KEPADA RAJA

Sejah hari dititah perintah meletakkan jawatan Menteri Besar dan jawatan Exco para pengikut bekas Menteri Besar itu, maka di segi adat istiadat Melayu jawatan itu telah tidak menjadi milik mereka dan mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi.

Langkah dan tindakan Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin bukan sahaja memalukan dirinaya, membebankan dirinya sebagai derhaka kepada Raja, bahkan menjadi PAS dan parti–parti politik dalam Pakatan Rakyat menderhaka kepada Raja Melayu.

Sebagai Rakyat Negeri Perak, bekas Menteri Besar dan para anggota Exco mestilah menyedari diri masing-masing dengan Sultan Perak, laksana durian dengan mentimun - durian bergoleh mentimun rosak, timun digolek, timun juga rosak.

MAKAN BUAH BELOLOK

Untuk mengelak diri jatuh ke dalam bahaya – bukan kerana mempertahanakan agama Allah dan kerajaan Islam -, maka eloklah Ir. Mohammed Nizar Jamauddin mengundurkan diri dengan bermaruah. Jangan kerana umbuk-umbukan kawan, diri sendiri menjadi seperti peribahasa Melayu, ‘dengar cakap enggan makan buah belolok, dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Apa diharap kepada Karpal Singh; dia orang Pulau Pinang, Datuk Seri Anwar ibrahim orang Pulau Pinang, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang; orang Terengganu. Yang tinggal terkatung–katung awak sendiri rakyat Negeri Perak

BILANG DENGAN JARI

Mana ada orang bukan Melayu dalam DAP dan Pakatan Rakyat menyertai tunjuk perasaan membela bekas Menteri Besar itu. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari sahaja.

Yang bersorak kita, yang salah kita, yang rugi kita. Dan kita juga menang sorak kampung tergadai.

Mungkin kita boleh menginsafi diri kira; politik menjadikan orang lupa diri dan kemanusiaan. Hidup dan menarik nafas dalam negeri monarki; taat setia kepada Raja mesti ada, kalau tidak diri dianggap derhaka. Akibatnya kita akan menjadi orang yang ketawa sedikit menangis banyak..

(Tamat)

1 comment:

Anonymous said...

Kamu tidak berada di dalam PAS maka kamu tak akan dapat merasai hubungan sesama ahli di dalam PAS...

Nak tanya satu Mahkamah Tinggi Syariah Perak ada ke? apa hukuman yang paling maksima yang boleh di jatuhkannya