PIMPINAN ALLAH
Siapa yang dipimpin oleh Allah, maka dialah yang mendapat pimpinan yang benar dan siapa yang dibiarkan sesat oleh Allah, kamu tidak akan mendapat pemimpin-pemimpin untuk mereka selain dari Allah. Dan mereka kami akan kumpulkan pada hari kiamat dengan muka mereka (telungkup), berkeadaan buta, pekak dan bisu; tempat mereka ialah neraka jahanam, setiap kali api itu akan padam, Kami tambah lebih bernyala untuk mereka. – Al Isra: 97.
HADIS
BERMUKA DUA
Muhammad Rasul Allah telah bersabda: Anda mendapati manusia itu laksana logam (mempunyai unsur sendiri – sendiri untuk menjadi kebanggaan masing-masing), maka sebaik-baik mereka pada masa jahiliah itu pula baik pada masa Islam, jika mereka benar-benar memahami agama (Islam). Dan anda mendapati sejahat-jahat manusia ialah mereka yang bermuka dua, (iaitu) yang datang ke mari dengan satu muka dan (pergi) ke
- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.
PETUA
Orang yang berani kerana benar kerana hatinya bersih dan orang yang tunduk kepada kebatilan paling hina di antara manusia - manusia yang hidup di dunia ini. Maka, berdirilah sebagai manusia berani kerana benar dan takut kerana salah.
No comments:
Post a Comment