ADAKAH OBAMA MEWARISI KAUM BUSH?
Oleh: Mokhtar Petah
Sesungguhnya penduduk Negeri Saba (sebuah negeri Yaman pada zaman Ratu Balgis, iaitu sezaman dengan Nabi Sulaiman) di itu mempunyai keterangan tentang tempat tinggal mereka, iaitu dua taman (ladang) di kanan dan di kiri. Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya! Negeri yang bertuah (indah dan makmur) dan Tuhan yang Pengampun. (penduduknya terhindar dari kemiskinan, kekacauan dan kelemahan.)
Sesungguhnya, kita dari umat Islam dan rakyat Malaysia yang menganut apa jua agama saban saat berkehendakkan negara kita ini dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan dan keredaan dari Allah.
Malaysia, mengikut falsafah Rukun Negara, adalah sebuah negara menganut kepercayaan kepada Tuhan. Negara dan rakyatnya tunduk di bawah kehendak dan kuasa Tuhan. Malaysia bukanlah sebuah negara menafikan kewujudan Tuhan atau tidak ber Tuhan, seperti mereka yang menganut atheisme dan komunisme.
Sebagai sebuah negara yang berpegang kepada ‘ kepercayaan kepada Tuhan’, maka setiap rakyat negara ini adalah hamba Tuhan. Setia dan beriman kepada Tuhan. Mengikut sifat-sifat kemuliaan yang ada pada Tuhan.
Allah menuntut hambanya dari apa bangsa, keturunan dan apa jua agama supaya saling berhubungan, hormat-menghormati dan bekerjasama. Tuntutan ini terkandung dalam firman-Nya dalam Quran seperti berikut:
Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, dan mereka kembali dengan mendapat murka dari Allah dan ditimpakan ke atas
mereka kelemahan (hilang kuasa) demikian itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat (keterangan) Tuhan dan membunuh Nabi- nabi dengan tidak patut. Mereka menderhaka dan melanggar batas. - Ali Imran: 112
HAMPIR MUFLIS
Pada hari ini kita melihat di mana- mana sahaja negara besar, mempunyai kekuatan bersenjata, teknologi dan ria dengan kemakmuran sedang menuju kepada kehinaan dan mungkin akan menjadi sebuah negara yang hampir muflis kebendaan, kerohanian dan moral, disebabkan mereka tidak menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
Orang-orang yang berkuasa dalam negara-negara itu melanggar peraturan Tuhan, menyerang negara-negara lain, menyeksa dan membunuh umat manusia yang tidak berdosa.
Umat manusia yang menganu agama Yahudi dan kaum Bush telah melakukan fasad –kebinasaan keata muka bumi ini. Mereka membunuh umat manusia di Palestin, Afghanistan, Iraq, Pakistan dan negara – negara lain.
Adakah Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama akan mewarisi sikap angkuk dan zalim orang-orang Yahudi dan kaum Bush? Atau beliau akan mencari cara menegakkan kemanusiaan sejagat. Memupuk persahabatan antara semua umat manusia di seluruh dunia. Kalau beliau tidak tuduk kepada golongan Yahudi dan tidak memwarisi kaum Bush, maka beliau adalah satu-satunya Presiden Negara kapitalis dunia itu yang berperikemanusiaan.
MASYARAKAT HAIWAN
Seseorang pemimpin negara yang berperikemanusian sahaja yang berjaya menghapuskan ‘haiwan dalam masyarakat manusia’ dan menyayangi haiwan, kerana dalam masyarakat haiwan tidak ada manusia.
Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah – makmur dan aman. Negara dan rakyat kita belum tiba ke tahap kehinaan. Tetapi kalau para pemimpin kita dan rakyatnya mengetepikan ‘hubungan dengan Tuhan’ dan ‘hubungan dengan manusia’, maka sama-samalah kita tunggu akibat dari perbuatan kita itu. Kita akan mengalami kehancuran dan kehinaan.
Muafakat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh dua pemimpin kita – Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak -, amat membanggakan kita. Kemuafakatan dan kerjasama mereka itu telah menjadikan rakyat negara ini yakin kepada kerajaan, mencintai satu sama lain, sama-sama cintakan kedamaian dan keharmonian.
TUNAS MUDA
Tetapi apakah Najib memang jujur kepada Abdullah Ahmd Badawi dan apakah Abdullah Badawi tahu apa peranan Najib. Mungkin mereka sama – sama jujur. Tetapi dalam sejarah negara,pada zaman Perdana Menteri Tenku Abdul Rahman Putra dan timbalkannya, Tun Abdul Razak ada kisah lain yang bebeza dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi dengan Najib.
Pada masa Abdullah Badawi belum ditakdirkan oleh Allah naik ke atas, ramai rakan-rakan seperjuangannya yang seolah-olah memandang beliau sebagai ‘batang buruk yang hanyut dalam sungai banjir’. Apabila beliau mulai naik seperti pokok yang tercantas baru tumbuh tunas- tunas muda, ada yang datang seperti ulat koyak daun untuk merosakkannya, ada yang seperti ‘anjing bencikan kucing’ memandangnya.
Pendeknya ramai yang mahu putera Kepala Batas itu terus moyok dan terbenam dalam lumpur sawah di sana. Tetapi beliau adalah manusia yang kenal dirinya, kuat imannya kepada Tuhan, tegun amanah dalam dirinya dan murni akhlaknya, maka beliau melalui segala duri dan dura yang merintangnya itu dengan pertolongan Allah.(Baca buku:Datuk Abdullah Ahmad Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat).
Setelah Abdullah naik ke atas, berada di atas kerusi Perdana Menteri dan Najib Tun Razak berada di atas kerusi Timbalan Perdana Menteri, maka kita mendapatinya mereka bermuafakat, menerima rakan dan musuh politik mereka duduk bersama di bawa satu bumbung. Sama-sama ‘buang yang keruh dan ambil yang jernih’. Sama-sama satu hasrat, satu tekad dan satu perjuangan demi negara, bangsa dan agama.
Dan Tuhan mempusakakan negara, rumah dan harta benda mereka kepada kamu, dan juga negeri yang kamu belum injak. Dan Tuhan itu berkuasa atas segala sesuatu. - Al Ahzab: 27
Demi (perhatikan waktu. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Selain dari mereka yang beriman (kepada Allah, para malaikat,kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya dan hari akhirat) dan mengerjakan perbuatan baik, dan mewasiatkan (memesan atau menasihat) satu sama lain dengan kebenaran, dan mewasiatkan satu sama lain supaya berhati teguh (sabar).’ - Al Asr: 1,2, 3
KELINGKING BERKAIT
Sesuai dengan perpaduan di kalangan pemimpin dan rakyat jelata, adalah diharapkan tidak akan wujud lagi perbuatan yang menjadi falsafah orang Melayu, iaitu ‘ gunting dalam lipatan’, ‘telunjuk lurus kelingking berkait’, ‘ bunga diberi najis dibalas’, ‘wajah semanis madu, hati sepahit empedu’, ‘mencangkul atas belakang orang lain’ dan ‘menangkap bercat dalam telaga buta’(rebnut peluang dari orang yang jujur atau orqng yang lemah).
Jika semua falsafah itu kita dapat mendalaminya dan mengamalkannya untuk mencari kebaikan bersama, maka insya Allah, kita, para pemimpin kita dan negara kita dalam keredaan Allah. Aman dan damai, dan tidak terjerumus ke dalam kehinaan.
Saya menulis buku ini dalam tempoh yang singkat, kira-kira dua bulan, dengan harapan semua yang saya paparkan dalam buku ini menjadi bahan sejarah negara kita, pengajaran, contoh, teladan dan nasihat yang berguna kepada mereka yang jujur, separuh jujur dan tidak jujur agar kembali menjadi manusia yang cintakan negara, bangsa, agama dan keharmonian sesama rakyat negara ini dan manusia sejagat.
BATU PEJAL
Sesungguhnya, kita telah terlalu banyak menelan hasil negara ini, tetapi sedikit benar dari kita yang mencintai negara ini dengan sepenuh hati, jujur dan bertanggungjawab. Mengapa? Kerana mereka tidak yakin kepada diri( tidak ada cita-cita dan tujuan hidup), tidak beriman kepada Tuhan(selalu kecewa), tidak ada ihsan (zalim dan tidak berperikemanusiaan), tidak beramanah (pengamal rasuah, penyangak dan penjarah), dan tidak berakhlak mulia (bongkak, riak dan tiada semangat kemanusiaan sejagat).
Saya dan pembaca seolah-olah berada dalam sebuah gua tua. Dinding gua yang mengepung kita batu pejal di bawah kuasa Allah. Kita hanya tahu diri kita, Allah mengawal dan menolong kita dan kita tidak lupa firman awal Allah kepada Rasul-Nya, Muhammad s.a.w., ‘Iqra – baca (dan tulis) dengan nama Tuhan kamu yang menciptakan. Dan telah mencipta manusia dari segumpal darah’.[1] Dalam gua itu kita sedar dan insaf; Siapa kita sebenarnya?
(Tamat)
No comments:
Post a Comment