Oleh: Mokhtar Petah
Pada tahun 1970-an, seorang pegawai tinggi polis Diraja Malaysia menjadi rakan akrab saya, iaitu Ketua Polis Perak, mendiang Khoo Chon Kong, beliau telah berkata kepada saya, ‘Kalau polis mogok penyamun menjadi menteri’ dan ‘kalau polis baik dan bijak semua rakyat jadi baik’.
Kata - kata itu saya sifatkan madah-madah hikmat yang kita perlu meneliti dan mendalaminya serta mengamalkannya oleh semua anggota polis di negara ini dan semua rakyat yang impikan keamanan.
Pada masa ini, sungguhpun daya kerja anggota polis dapat dianggap memuaskan orang ramai, tetapi sebilangan masih beranggapkan polis hanya memikul tanggungjawab sebagai ‘tukang saman, tukang tangkap orang dan tukang pasung sahaja’.
TAKUTKAN POLIS
Sebilangan besar rakayat pula polis sebagai rakan, tempat meminta tolong dan sekali gun mententeramkan mereka menjalani kehidupan pada waktu siang dan malam.
Dalam pada itu ada sebilangan kecil takutkan polis kerana mereka telah mengetahui, polis menjadi tukang pukul orang-orang yang mereka tangkap, lebih-lebih lagi setelah berlaku kejadian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahimk Nor memukul mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjara.
Walau bagaimanapun anggapan dan perbuatan polis tukang pukul, tidak menajdi perkara besar kepada orang ramai setelah mereka mendapati pada umumnya anggota polis menjadi pelindung orang ramai.
PERUNDING MASYARAKAT
Sehubungan dengan itu, saya kira Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan apat memperbaiki lagi hubungan polis dengan orang ramai, supaya orang ramai menerima polis adalah ‘penjaga keamanan, pembasmi jenayah, perunding masyarakat dan sekali gus menjadi angkatan yang memikul amanah kerajaan dan rakyat’.
Seperti yang kita maklkum, bahawa pada masa ini ramai angotan polis yang memiliki pelajaran tinggi dari universiti, kolej dan sekurang-kurangnya mereka berpelajaran setakat tingkatan
Jadikan semua anggota polis, tidak sahaja sebagai manusia tukang saman, tukang tangkap orang dan tukang pasung orang, tetapi mereka juga menjadi perunding atau kauseler dalam masyarakat majmuk. Mereka mendampingi masyarakat dan golongan muda termasuk belia yang digelar ‘Mat Rempit’ dan memberi nasihat dan tujuk ajar kepada mereka.
PENDAKWAH MORAL
Semua guru agama dalam Polis diRaja
1 - A – Aku; Setiap anggota polis mestilah
kenal diri mereka sendiri. Siapa mereka dalam
negara ini. Dalam masyarakat.Siapa mereka di jalan
raya dan siapa mereka di mana-mana.
2 - A- Allah: Allah; setiap anggota polis hendaklah
Diasakkan dengan pengetahuan tentang Allah
sehingga mereka mengetahui apa hubungan manusia
dengan Allah dan sejauh mana kuasa Allah atas
manusia.
3- I – Iman; Setelah mereka kenal akan Allah, maka
pada diri mereka ada kekuatan iman. Mereka akan
menjadi manusia yang ada kekuatan dalam dan
sekurang-kurang mereka mengakui tugas dan
tanggungjawab mereka sebagai anggota polis satu
jihad dan mesti dilaksanakan dengan tanggungjawab
dan ikhlas.
4 - I –Ihsan; ihsan terbahagi kepada dua, itu:
a . Ihsan dalam menghambakan diri kepada
Allah. Tidak meninggalkan ibadat wajib
kepada Allah. Dan setiap kali beribadat
mereka melakukan dengan jujur kerana
mereka yakin Allah dekat dengan mereka
dan sedang melihat mereka.
B . Ihsan terhadap manusia. Berbuat baik dengan
manusia. Tidak menyiksa manusia.Sebaliknya
ada kasih sayang dengan pertimbangan dengan
prikemanusiaan terhdap manusia.
5 – A – Amanah; setiap individu anggota polis mestilah
ditanam dan dibentuk dengan amanah. Amanah
kepada diri mereka sendir, amanah kepada
negara dan kepada orang ramai.Dan amanah
melengkapkan diri mereka sebagai orang
Islam atau agama –agama lain.
6 – A – Akhlak; setiap individu polis mestilah dididik
atau dibangunkan dengan akhlak yang mulia.
Setiap anggota polis dan siapa sahaja tidak lengkap sebagai seorang Islam, kalau dirinya tidak dilengkapkan dengan budi pekerti mulia atau akhlak mulia.
Jika setiap anggota polis dilengkapkan dengan 2-A,2-I dan 2 – A di atas ini akan menjadikan mereka manusia kami,maanusia perundind manusia dan tidak melakukan perbuatan yang merosakkan diri mereka dan orang ramai,seeperti rasuah dan sebagsainya.
‘Polis menjaga keamanan dan rakan orang ramai dan penyamun tidak menajdi menteri’.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment