Oleh: Mokhtar Petah
Sesiapa pun bersuara supaya UMNO bekerjsama dengan PAS di Negeri Perak atau seluruh
Baru-baru ini, mungkin dengan ikhlas atau mungkin juga memandang kecil akan perjuangan dan ideologi PAS, anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dato’ Mukhriz Mahathir telah menyarankan supaya PAS Perak menyertai Barisan Nasional bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan membentuk kerajaan negeri yang lebih mantap.
Jika PAS sedia bekerjsama dengan UMNO dalam kerajaan Negeri Perak atau Kerajaan
* Jika PAS mahu menyesuaikan dirinya menjadi
sepasang kekasih dalam arena politik dengan
UMNO, maka ia terpaksa mengorbankan ideology
Islamnya (Islamisme), cita-cita dan perjuangannya
untuk menubuhkan negara Islam di muka bumi milik
orang Melayu ini.
PAS terpaksa menerima pegangan Nasional – kapitalis
seperti yang diamalkan oleh UMNO pada masa ini.
* Jika UMNO mahu bekerjasama dengan PAS,maka ia
terpaksa mengorbankan pegangannya,nasionalis –
kapitalis dan berpegang pada Islamisme serta berjuang
menegakkan Negara Islam di Malaysia.
Saya prcaya, UMNO sanggup membina berjuta masjid di
PAS yang telah pernah bergabung dengan UMNO dalam Barisan Nasional pada tahun 1971 – 1972, tetapi entak kerana lemah paduknya atau entah kerana keras kepalanya, maka pada tahun 1977 PAS telah bercerai dengan UMNO. Semenjak itulah mereka mengulang balik ‘tabiat’ saling tuduh menduh sehingga masing-masing seolah – olah tidak mengendahkan nasihat dan suruhan Allah dalam Quran yang maksudnya seperti berikut:
Berpegang eratlah kalian semua dengan tali Allah dan jangan berpecah belah… (Ali Imran: 103).
Jangan kalian serupa dengan mereka yang berpecah belah dan beselisih, setelah dating kepada mereka bukti-bukti yang terang.Mereka akan memperoleh azab yang besar. (Ali Imran: 105).
Para pengemis di Bandar
Cina Komunis akan ketawa jika mereka mendengar orang
bercakap Amerika Syarikat akan bekerjasama dengan Rusia
atau Cina dalam sebuah pemerintahan yang baru.
Demikian juga para ahli sains politik Islam ketawa atau
menyebunyikan senyuman jika mereka mendengar ada orang
mengajak PAS bekerjsama dengan UMNO untuk
memperkuatkan sesebuah kerajaan negeri atau negara
Perhatikan betapa sanggahan pihak PAS terhadap usaha menyatukan UMNO dengan PAS seperti brita berikut ini:
PAS Perak diharap tidak terpengaruh dengan cadangan pemimpin Umno yang mengajak parti itu bergabung di atas nama perpaduan Melayu. Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Haji Ramli Abu Bakar berkata, PAS perlu melihat sejarah silam, di mana parti itu telah ditendang keluar oleh Umno selepas mendapat mandat besar pada 1977. "Pada tahun 1971 dan 1972 PAS bergabung dengan parti itu dan ditendang keluar selepas Umno mendapat sokongan kuat pada 1977," katanya di sini. Beliau mengulas Exco Pemuda Umno, Dato' Mukhriz Mahathir yang menyarankan PAS Perak menyertai BN bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan membentuk kerajaan yang lebih mantap. Ramli yang juga bekas Adun Wakaf Bharu berkata, hasil kerja jahat Umno di Kelantan, PAS hanya memenangi dua kerusi pada pilihan raya umum tahun 1978. "Kita kena ingat tentang sejarah itu, bukan sahaja PAS Kelantan atau Perak, sejarah hitam tersebut mesti dipahat dalam jiwa kita," ujarnya. Menurutnya, sekarang pemimpin Umno berjanji lagi setelah sokongan rakyat semakin berkurangan kepada Umno pada pilihan raya umum lalu. Katanya tindak tanduk pemimpin Umno tidak lebih sebagai retorik politik. Beliau juga turut mengingatkan penyokong PAS supaya mengingati pesanan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan menolong Umno seumpama melepaskan anjing tersepit. - Harakah Daily 16 Februari 2009. |
Walau bagaimanapun suka UMNO bekerjasama dengan PAS, tetapi jika masing-masing dapat bertolak ansur, seperti PAS telah bertolak ansur dengan DAP dan PKR mungkin kerjasama itu boleh dilaksanakan juga.
Namun jika kita melihat pendirian PAS dengan Negara Islam dan undang-undang jenayah dalam Islam – Hudud yang telah menimbulkan bangkangan pihak DAP, maka kerajama UMNO dengan PAS akan menajdi sulit.
Jika pihak UMNO ikhlas untuk bekerjasama dengan PAS dengan tujuan untuk mencapai perpaduan orang Melayu dan umat Islam, kesetabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat Malaysia, maka UMNO perlulah ‘berkorban’, iaitu menolak ‘nasionalis – kapitalis’ yang menjadi pegangannya dan beralih kepada ‘nasional – islamisme’, iaitu bangsa Melayu atau bangsa Malaysia dan berdasarkan Islam.
UMNO dan PAS sama-sama bekerjasama menubuhkan Negara Islam di Malaysia dengan keyakinan, bhawa hanya dengan Negara Islam dapat menyatukan semula orang Melayu dan ummah.
Dengan cara ini juga akan menjami UMNO akan terus kekas sebagai sebuah parti politik yang akan terus hiduo subur di Malaysia. Tetapi kalau tidak berlaku demikian, maka jaminan UMNO akan hidup subur pada masa akan datang agak sukar, kerana parti politik Melayu itu dihimpit dan terhimpit di antara perjuangan ummah untuk menegakkan Negara Islam dan perjuangan rakyat bukan orang Islam bersama orang Islam untuk menegakkan negara sosio-demokrasi di bumi pusaka Melayu ini.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment