Mokhtar Petah (03hb Julai 1934)

Selamat Hari Keputeraan yg ke-76 tahun (3 JULAI 1934 )

Akan terbit!

Mokhtar Petah

2010

Najib Tun Razak

Perdana Menteri Malaysia


Mokhtar Petah

Noh Omar

Jihadnya

Bela Rakyat Jelata


Mokhtar Petah

Biografi

Tan Sri Ishak Tadin


Mokhtar Petah

Rasuah

Musnahkan Negara


Noor Iskandar

Anwar Ibrahim

Dalam

Sejarah Alam Melayu

About Me

My photo
Mokhtar Petah
"Aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku". Berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak 1954. Menjadi Penasihat Hal Ehwal Politik Sultan Idris Shah ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak.
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2014 (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2013 (95)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (5)
    • ►  August (13)
    • ►  July (27)
    • ►  June (13)
    • ►  May (6)
    • ►  April (5)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (530)
    • ►  October (1)
    • ►  August (60)
    • ►  July (69)
    • ►  June (80)
    • ►  May (79)
    • ►  April (124)
    • ►  March (45)
    • ►  February (28)
    • ►  January (44)
  • ►  2011 (499)
    • ►  December (48)
    • ►  November (33)
    • ►  October (1)
    • ►  September (29)
    • ►  August (64)
    • ►  July (57)
    • ►  June (45)
    • ►  May (53)
    • ►  April (19)
    • ►  March (41)
    • ►  February (45)
    • ►  January (64)
  • ►  2010 (1613)
    • ►  December (44)
    • ►  November (90)
    • ►  October (63)
    • ►  September (166)
    • ►  August (34)
    • ►  July (73)
    • ►  June (79)
    • ►  May (98)
    • ►  April (168)
    • ►  March (237)
    • ►  February (257)
    • ►  January (304)
  • ▼  2009 (1867)
    • ►  December (168)
    • ►  November (169)
    • ►  October (94)
    • ►  September (168)
    • ►  August (171)
    • ►  July (161)
    • ►  June (207)
    • ►  May (171)
    • ►  April (129)
    • ►  March (152)
    • ▼  February (118)
      • SAJAK
      • ABDULLAH DAN NAJIB
      • QURAN
      • ANAK BAPA
      • SAINS POLITIK
      • HEBOH YB DITUNTUT MOHON MAAF
      • KHUTBAH JUMAAT WALAYAH PERSEKUTUAN
      • QURAN
      • CHEONG LAN SONG TERKENANG 13 ME '69
      • ZAHID JUMPA GUAN ENG, SHAHBUDIN
      • KENYATAAN SULTAN
      • A,SAMAD SAID
      • QURAN
      • KETUANAN MELAYU
      • SALAHUDDIN: SPRM ADA RUANG DIPERBAIKI
      • BASMI RASUAH
      • MAJLIS PERUNDING ANTARA AGAMA
      • QURAN
      • DIALOG
      • LAJNAH DAKWAH PAS
      • NURTAD DAN KEBEBASAN BERAGAMA
      • QURAN
      • UMNO
      • PAS
      • NEGERI PERAK
      • QURAN
      • CERPEN
      • BERITA
      • PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK
      • QURAN
      • PEMUDA UMNO MALAYSIA
      • WARTAWAN
      • SAJAK
      • PENERANGAN MANSUH PPSMI
      • TRAGEDI PERAK
      • BERITA
      • QURAN
      • SAINS POLITIK
      • ZAMBRY SANGKAL SPEAKER ...
      • SEKADAR MENGENANG
      • MUFTI PERAK
      • IBRAHIM ALI
      • HARON DIN:
      • KHUTBAH JUMAAT MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
      • POLIS
      • QURAN
      • ZAMBRY DAN SEMUA EXCO PERAK
      • QURAN
      • PENASIHAT AGAMA MENTERI BESAR PERAK
      • MAHKAMAH TINGGI
      • PERTAHANKAN PPSMI
      • SEBILANGAN BESAR ORANG MELAYU
      • QURAN
      • ELIZABETH LETAK JAWATAN
      • KERJASAMA UMNO DENGAN PAS
      • QURAN
      • NIK AZIZ
      • TENGKU RAZALEIGH HAMNZAH
      • YANG DIPERTUAN AGONG
      • RAKYAT DAN RAJA MELAYU
      • KRISIS PERAK
      • QURAN
      • CERPEN
      • DR ZAMBRI
      • QURAN
      • SAJAK
      • HAJI HADI
      • SIARAN AKHBAR SULTAN SELANGOR
      • SAINA POLIITIK
      • QURAN
      • POLIS RAKAN RAKYAT DAN PERUNDING
      • BULAN DAKWAH DIANJUR SEMULA
      • KUTBAH JUMAAT MASJID PUTRA PUTRAJAYA
      • QURAN
      • N IZAR
      • BERITA
      • KEKEBALAN RAJA MELAYU
      • QURAN
      • ORANG MELAYU
      • BERITA
      • KRISIS POLITIK
      • QURAN
      • QURAN
      • KRISIS PAKATAN RAKYAT DENGAN SULTAN
      • MENUNTUT MENUNGAN
      • KHUTBAH JUMAAT MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
      • GADIS, PROFESOR, MINYAK BELACAK
      • QURAN
      • SAJAK
      • WARTAWAN
      • QURAN
      • NIK AZIZ;
      • Dato' Dr.Zambry Abdul Kadir sedang mengangkat sump...
      • KRISIS POLITIK NEGERI PERAK
      • SAINS POLITIK
      • POLIS
      • TAHNIAH
      • QURAN
      • <!--[if gte mso 9]> Normal 0 false ...
      • TIDAK BUBAR DEWAN NEGERI
    • ►  January (159)
  • ►  2008 (652)
    • ►  December (145)
    • ►  November (96)
    • ►  October (79)
    • ►  September (7)
    • ►  August (56)
    • ►  July (87)
    • ►  June (85)
    • ►  May (77)
    • ►  April (20)







































































Sunday, February 1, 2009

PERDANA MENTERI

BUAT RUMAH TIANG PERLU ELOK

Bagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, apabila beliau melakukan reformasi dua institusi penting dalam negara iaitu pencegahan rasuah serta institusi kehakiman, niatnya jelas.

Kata Perdana Menteri, “Buat rumah elok, tiang mesti kuat”.

Tidak sukar mentafsir maksud kata-katanya itu. Ringkasnya, beliau mahu Malaysia mempunyai undang-undang yang boleh memberi keyakinan dan keselesaan kepada rakyat, pelabur mahupun peniaga pada masa depan.

Ini juga bagi membetulkan persepsi kononnya bidang pencegahan rasuah dan kehakiman di negara ini kurang berwibawa

Sebab itu, Abdullah membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) 2008 pada sidang Parlimen ini.

Beliau berkata, usaha untuk menambahbaik dua institusi berkenaan melalui perubahan undang-undang dua badan itu adalah janji kerajaan pada pilihan raya umum 2004.

Namun, bukan semua perkara baik diterima dengan mudah. Rang undang-undang SPRM dibahaskan selama dua hari sebelum diluluskan.

Ketika barisan pembangkang mempersoalkan masalah teknikal pelaksanaannya, ada pula cerita-certia dikalangan pemimpin Barisan Nasional (BN),kononnya Abdullah ada muslihat tertentu dengan pembentangan undang-undang itu sebelum peralihan kuasa Mac depan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan Agendadaily, menolak cakap-cakap bahawa undang-undang baru yang akan berkuat kuasa awal tahun depan dilasakan dalam tempoh tiga bulan sebelum melepaskan jawatan, mempunyai tujuan tertentu.

Dalam pertemuan itu, Abdullah lebih mempersoalkan sikap ahli parlimen pembangkang yang membuang masa ketika membahaskan rang itu dengan bercakap perkara-perkara lama.

“Pembangkang buang masa, mereka patut cakap terus apa yang setuju;;;tak setuju dengan rang undang-undang ini. Bagi tau pindaan, sokong atau tidak. Bukan bercakap benda-benda lama berulang kali,” ujar beliau.

Beliau melihat, perbahasan itu banyak menimbulkan perkara yang negatif.

“Kalau anggap rasuah tak baik, sokonglah SPRM kenapa nak cakap orang tu korup, orang ni salah guna kuasa,” katanya.

Abdullah menjelaskan, reformasi ini adalah bentuk modal insan melalui pendekatan Islam Hadhari bagi lahirkan manusia bermoral dan berilmu.

Beliau menjelaskan, SPRM ini merupakan value add pada undang-undang atau peraturan sedia ada.

“Macam ini, baru boleh maju. Macam orang bisnes, kena tambah nilai, baru ada peningkatan dan kejayaan,” katanya.

Perdana Menteri itu memberi gambaran pembangunan yang perlu ada keseimbangan dengan tidak tertumpu di bandar sahaja tetapi infrastruktur luar Bandar perlu ditambah bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Ini sebahagian besar (massalah) dalam pembangunan negara. Macam-macam persepsi rakyat terhadap polis, hakim dan penguatkuasa di negara ini. Buat rumah elok, tiang perlu kuat,” ujar beliau.

Katanya, inilah kekuatan dan integriti dalam pelaksanaan pencegahan rasuah serta kehakiman supaya beri keyakinan kepada rakyat.

“Kita kena fahami apa yang tersirat, bukan yang tersurat sahaja,” tegasnya.

Menurut beliau, ianya juga dapat memperlihatkan kepimpinan kerajaan dan Melayu yang adil kerana kewajipan orang Islam adalah menghakimi secara adil dan ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja.

Abdullah turut menekan betapa perlu mengubah minda supaya tidak lagi melihat rasuah hanya di sector awam sahaja sebaliknya usaha melawan rasuah perlu memasuki sektor swasta.

Katanya, penyalit dalam jiwa serta persepsi terhadap masalah ini mesti dihilangkan.

Beliau mengakui punca dakwaan rasuah di negara ini serius disebabkan ada pihak mudah mencipta persepsi sedemikian.

“Masalahnya, kita mudah cipta persepsi…tuduh kerajaan, pemimpin dan menteri korup.

Ini semua pemikiran negatif – macam-macam bermain dalam kepala,” jelasnya.

Baginya, akta pencegahan rasuah 2008 bukankah sesuatu yang perpect.tetapi Ketua Pembangkang yang juga bekas timbalan perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasannya mengakui apa yang ada kini lebih elok daripada akta BPR 1997.

Bagaimanapun, Abdullah tidak hairan jika pembangkang sentiasa menolak cadangan-cadangan atau idea dikemukakan kerajaan kerana pemikiran mereka memang begitu.

“Mereka dok fakir PM macam-macam, PM rasuah, PM salah guna kuasa dan macam-macam lagi..Kenapa tidak fakir yang positif…PM boleh buat kerja lagi,” kata beliau,.

Perdana Menteri berkata, sikap dan pemikiran pembangkang hari ini tidak sehebat seperti ketika Tan Sri Lee Lam Thye dan Tan Sri Tan Chee Koon menjadi pemimpinnya.

Mengenai Suruhanjaya Perlantikan Hakim, Abdullah berkata, isu utamanya hanyalah soal pelantikan, bukannya siapa bakal dilantik.

“Kita cadangan kaedah pemilihan yang ada ketelusan…sama ada terima atau tidak, itu kuasa prerogatif atau hak muthlak PM…dan tak akan korbankan prerogatf PM dengan pelantikan hakim yang tidak layak” jelasnya.

“ Dulu (akta) 1997..kini kita tambah nilai atau penambahbaikan.. jangan sikap buruk sangka dengan halang apa jua rancangan kerajaan. Jangan kita terperangkap dalam pemikiran negatif pada kerajaan,” pinta beliau..

Perdana Menteri yakin kedua-dua suruhanjaya itu apabila dilaksanakan kelak akan membawa perubahan dalam bidang berkenaan,.

Persidangan Dewan Rakyat, petang Selasa meluluskan rang undang-undang itu dengan pindaan kecil pada Fasal 36(1)(b), bagi meminda perkataan Pendakwa Raya kepada Pegawai Pesuruhjaya.

Rang Undang-Undang Suruhajaya Pelantikan Hakim pula masih dibahaskan.

Pada pertemuan itu juga, Abdullah menegaskan beliau akan tunaikan semua tanggungjawab yang ada selagi masih Perdana Menteri dan akan melaksanakan amanah tersebut sampai ke saat terakhir. 17/12/2008

---------------------------



Hingga saat akhir...

Menjelang tiga bulan terakhir melepaskan jawatan Perdana Menteri, banyak spekulasi yang berlegar mengenai usaha-usaha pembaharuan yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ada pandangan yang sinikal yang mempersoalkan apa yang boleh dilakukan oleh Abdullah dalam tempoh tiga bulan sebelum melepaskan jawatannya Mac depan.

Lebih khusus, usaha pembaharuan dalam bidang pencegahan rasuah dan institusi kehakiman melalui pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Kehakiman di Dewan Rakyat mendapat reaksi yang bukan sahaja daripada pembangkang tetapi juga kalangan ahli-ahli parti pemerintah sendiri.

Ada yang mempertikaikan kenapa rang undang-undang tersebut perlu diadakan, Adakah ia mempunyai muslihat tertentu daripada sudut politiknya dan pelbagai andaian lain.

Menjawab segala persoalan tersebut, Abdullah dengan tegas berkata, beliau tidak akan lari daripada amanah dan tanggungjawab yang digalasnya sebagai Perdana Menteri.

“Saya akan tunaikan semua tanggungjawab yang ada…selagi saya masih Perdana Menteri saya akan melaksanakan amanah tersebut sampai ke saat terakhir,” ujarnya sambil menegaskan, beliau tidak akan hanya berdiam diri menunggu masa untuk bersara.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan khas dengan Agendadaily di kediamannya di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur hari Selasa.

“Saya akan terus berada di sini bagi menyelesaikan apa yang telah saya janjikan,” tegas Abdullah lagi.

Pada pertemuan tersebut, Abdullah melahirkan segala hasrat dan harapan beliau untuk melihat institusi kerajaan diperkasakan dan mendapat keyakinan semula daripada masyarakat ekoran wujudnya pelbagai persepsi negatif khususnya institusi pencegahan rasuah, kehakiman dan penguatkuasaan.

Abdullah turut ditanya, apakah kekecewaan yang dirasainya dalam usaha melakukan agenda perubahan berkenaan.

Katanya, jika ada pun rasa kecewa terhadap sikap ahli-ahli UMNO dan BN dalam usaha beliau melakukan perubahan sepanjang tempoh menjadi PM ialah mereka terlalu diselubungi dengan persepsi negatif.

”Mereka hanya lihat sesuatu pembaharuan itu daripada sudut negatif sahaja tanpa mahu memahami apa yang tersirat di sebalik hasrat. Segalanya mereka lihat daripada apa yang tersurat sahaja,” jelasnya.

Rasa kecewa beliau itu lebih merujuk kepada sikap yang tidak mahu memahami hasrat serta pandangan negatif yang diberikan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Kehakiman di Dewan Rakyat.

Di sela-sela pertemuan berkenaan, Abdullah turut ditanya adakah beliau akan terima jawatan sebagai Menteri Kanan selepas bersara Mac depan seperti yang disuarakan oleh beberapa pemimpin UMNO.

“Biaq pi kat depalah,” ujarnya sambil gambarkan tidak pernah terlintas di fikirannya mengenai perkara itu.

Mengenai adakah beliau akan memantau kerajaan selepas bersara nanti, beliau menegaskan, “saya tidak akan jadi macam itu”.

Malah pada pertemuan berkenaan beliau turut menegaskan, tidak akan mengganggu kerajaan pimpinan baru selepas Mac depan. - 16/12/2008

(Artikel ini diambil dari Mingguan Watan, 1 Februari 2009)

Posted by Mokhtar Petah at 10:41 AM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Mokhtar Petah

NAMA

:Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah

NAMA PENA

:Mokhtar Petah, Akhdiat, M. Fathy, Noor Iskandar. Saiful M.

LAHIR

:03 Julai 1934 di Kampung Ngor, Sauk, Kuala Kangsar, Perak.









BIODATA

MOKHTAR PETAH dalam dunia kesusasteraan dan kewartawanan Melayu telah mula dikenal sejak tahun 1950-an lagi. Beliau menceburkan diri dalam dunia penulisan sewaktu menuntut di Sekolah Agama Teluk Intan, Perak. Tulisan beliau pada peringkat awal banyak tersiar dalam majalah bertulisan Jawi seperti Hiboran, Juita, Mutiara, dan Mustika yang diterbitkan di Singapura dan kemudian dalam majalah Belia, Gelanggang Filem, dan Majalah Guru, yang bertulisan Rumi. Selepas itu tulisan beliau banyak mendapat tempat dalam akhbar penting di Malaysia seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman, Berita Harian, Berita Minggu, dan Warta Negara.

Mokhtar Petah ialah anak sulung daripada dua orang adik-beradik. Ayahnya berasal dari Indonesia, sementara ibunya dari Patani, Siam. Ayahnya menetap di Perak dan hidup sebagai petani. Semasa kecil beliau belajar di beberapa buah sekolah agama. Antaranya Sekolah Agama Teluk Intan, Perak dan Sekolah Daeratul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Prai. Beliau pernah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Indonesia tetapi beliau tidak dapat memenuhi cita-citanya itu kerana kemiskinan keluarganya. Walau bagaimanapun, beliau berpeluang mengikuti Kursus Sains Politik untuk penulis dan wartawan politik Asia yang dianjurkan oleh Presiden Soekarno, Indonesia.

Selepas tamat persekolahan, Mokhtar Petah terus menjadikan bidang penulisan sebagai kegiatannya yang utama. Beliau pernah bekerja sebagai pemberita bagi akhbar Warta Negara dan Warta Mingguan yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Apabila Utusan Melayu diterbitkan di Singapura beliau menjadi pemberita akhbar tersebut bagi kawasan negeri Perak. Pada akhir tahun 1950-an beliau meninggalkan bidang kewartawanan dan menjadi guru di sekolah agama rakyat bersama Ustaz Abu Bakar Hamzah, seorang ahli politik yang terkenal pada masa itu, di Kampung Berala, Kuala Kangsar, Perak. Kerana pengetahuan agamanya, beliau pernah dilantik menjadi Kadi Kerajaan negeri Perak, tetapi kerana minatnya yang mendalam dalam dunia kewartawanan, beliau berhenti dari jawatan tersebut setelah sehari menjawat jawatan itu. Beliau menumpukan minatnya semula dalam bidang kewartawanan dengan menjadi wartawan kepada akhbar Harian Patriot, Medan, Indonesia.

Apabila Berita Harian diterbitkan di Singapura di bawah pimpinan A. Samad Ismail, Mokhtar Petah menjadi wartawannya di Perak, di samping terus menulis untuk akhbar dan beberapa buah majalah lain di Malaysia dengan menggunakan beberapa nama samaran seperti M. Fathy, Noor Iskandar dan lain-lain. Sebagai seorang wartawan yang ingin melihat kemajuan dalam bidang kewartawanan di kalangan masyarakat, khususnya di kalangan para penulis muda, maka dalam tahun 50an dan 60an, Mokhtar Petah telah menganjurkan beberapa Kursus Kewartawanan di Kuala Kangsar dan di Ipoh, Perak. Ada di antara para pesertanya telah berjaya menjadi wartawan dan editor yang terkenal hasil daripada kursus yang dianjurkannya itu.

Selain daripada itu, semasa menjadi wartawan di Perak, Mokhtar Petah mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan Idris Shah dan bergaul rapat dengan anggota orkestra yang dipimpin oleh baginda. Sebab itu, apabila Allahyarham P. Ramlee datang ke Perak dan berbincang mengenai kegiatan muzik dengan anggota orkestra tersebut, Mokhtar Petah berpeluang berkenalan dengan P. Ramlee. Perkenalan tersebut menjadi bertambah erat dan dengan itu beliau sering mendapat peluang berbincang dengan P. Ramlee terutamanya mengenai skrip filem dan tentang seni kata lagu.

Mokhtar Petah mula berminat dalam dunia penulisan setelah banyak membaca karya-karya Arab dan Indonesia. Antaranya yang ditulis oleh Syed Qutub, Mustafa Al-Ghalayeen, Hassan Al-Bana, Hamka, Sutan Takdir Ali Shahbana, Chairil Anwar, Tan Melaka dan beberapa orang ulama termasuk Haji Agus Salim. Mokhtar Petah pernah mendampingi Hamka sewaktu beliau sering datang melawat Malaysia dalam tahun 1950an. Mokhtar Petah juga pernah bersua muka dan menemuramah Presiden Soekarno semasa Presiden tersebut memegang kuasa di Indonesia.

Di samping menjadi seorang wartawan, Mokhtar Petah menggunakan masa lapangnya menulis novel, cerpen dan rencana umum. Namun sebagai seorang penulis, Mokhtar Petah mempunyai pendirian tertentu tentang peraduan menulis novel dan cerpen. Beliau tidak pernah menyertai sebarang peraduan. Beliau berpendapat: Penulis yang muncul daripada kemasyhuran kerana menang peraduan tidak semestinya akan kukuh sebagai seorang penulis yang idealis. Beliau mendapat bimbingan dan dorongan menulis daripada tokoh seperti A. Samad Ismail, Dahari Ali, Mazlan Nordin, Abdullah Zawawi, Aziz Ishak, Dr. Burhanuddin, dan beberapa orang sahabatnya dari Indonesia.

Pada tahun 1973 telah menerbit dan bertanggungjawab sebagai editor akhbar rasmi Kerajaan Negeri Perak, iaitu Berita Perak. Pada masa itu Negeri Perak diketuai oleh Menteri Besar Dato’ Sri Haji Kamaruddin Mat Isa.

Sebagai seorang penulis yang juga menaruh minat terhadap isu-isu kemasyarakatan dan politik, Mokhtar Petah berpendapat: bahawa politik yang berlandaskan AI-Quran dan al Hadis sahaja yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada manusia, terutama orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Dalam tahun 1978 Mokhtar Petah berhenti daripada menjadi wartawan Berita Harian lalu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kemudian pada awal tahun 1984 beliau berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau pernah menulis untuk majalah Era, Berita Kesatuan Pekerja-pekerja Bandaraya dan menjadi wartawan dan editor perunding bagi beberapa penerbitan di ibu kota. Kemudian menjadi Editor Perunding untuk Mingguan Famili dan majalah bulanan HAWA sebelum menerbitkan Majalah IMAN pada 1989. Di samping menjadi Ketua Editor surat khabar mingguan ERA BARU. Kini menjadi Ketua Editor Mata Publication.

KARYA:

Novel

Nama Pena

Tempat

Penerbit

Tahun

m/s

Dinoda

M. Fathy

Singapura

Geliga Limited

1957

40

Janda Lawan Dara

M. Fathy

Singapura

Geliga Limited

1957

40

Terpaut


Ipoh

Pustaka Andalas


91

Kelopak yang Kuncup


Kuala Lumpur

Pustaka Melayu Baru

1965

90

Tandus


Pulau Pinang

Saudara Sinaran Berhad

1967

149

Mereka Hanya Mangsa


Kuala Lumpur

Penerbit Titiwangsa

1977

170

Nekad Anak Watan


Kuala Lumpur

Penerbit Titiwangsa

1977

307

Bunga Mekar yang Ternoda


Subang Jaya

Tra-Tra Publishing & Trading Co.

1980

128

Cinta Tinggal di Rantau


Subang Jaya

Tra-Tra Publishing & Trading Co.

1980

181

Detik-detik Perpisahan


Subang Jaya

Penerbitan Tra-Tra Sdn. Bhd.

1981

253

Hadiah Dari Batin


Subang Jaya

Penerbitan Tra-Tra

1981


Cinta di Langit Zaman


Subang Jaya

Tra-Tra Publishing & Trading Co.

1983

228

Akibat Dosa


Kuala Lumpur

Pustaka Minda

1992


Kasih Ibuku


Kuala Lumpur

Mata Publication

2005








Cerpen

Nama Pena

Tempat

Penerbit

Tahun

m/s

Serpihan Hidup(antologi bersama Nora dan Rokiah Abu Bakar)


Kuala Lumpur

Penerbitan Pustaka Antara

1964

140







Agama

Nama Pena

Tempat

Penerbit

Tahun

m/s

Salman Rushdie Pengarang ‘The Satanic Verses’ (Surah-surah Syaitan) Dihukum Bunuh oleh Mahkamah Islam


Kuala Lumpur

Wadah Pelita

1989


Falsafah Ibadat Umrah dan Haji


Kuala Lumpur

Mata Publication

1990


Akibat Dosa




1993


Rahsia dari Al-Quran: Manusia, Haiwan dan Serangga


Kuala Lumpur


1994


Rahsia dari Al-Quran: Sains dan Seksologi


Ampang

Selangor Citakhidmat

1995


Soal Jawab Masalah Wanita


Ampang

Selangor Citakhidmat

1997


Jerebu


Kuala Lumpur

Pustaka Antara

1997








Umum

Genre

Tempat

Penerbit

Tahun

m/s

Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan

Biografi

Kota Bharu

Pustaka Aman Press

1965


Bangsa Melayu Menggugat Dunia


Kota Bharu

Pustaka Aman Press

1966


Siapa Bakal Menteri Besar Perak?


Ipoh

Yayasan Massa

1977


Dr Mahathir dan Masa Depan Negara


Subang Jaya

Penerbitan Tra-Tra

1982


Zulkifli Muhammad: Pelopor Angkatan Islam di Malaysia

Biografi

Subang Jaya

Tra-Tra Publishing & Trading Co.

1983

108

Perak dibawah Pimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ramli Ngah Talib


Kuala Lumpur

Karya Bestari

1987


MB Selangor Tergugat kerana Kahwin dengan Puteri Istana


Kuala Lumpur

Mata Publication

1989


Krisis antara Raja-Raja Melayu dengan UMNO


Kuala Lumpur

Mata Publication

1991


Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu


Kuala Lumpur

Art Media

1993


Reformasi Fikiran dan Pembangunan


Kuala Lumpur

Mata Publication

1994


Semarak: Menteri Besar Negeri Sembilan


Kuala Lumpur

Mata Publication

1994


Kejayaan Bersama


Kuala Lumpur

Mata Publication

1995


Datuk Abdullah Badawi: Pejuang Kemanusiaan Sejagat

Biografi

Kuala Lumpur

Pustaka Antara

1997


Sheikh Abdullah Fahim: Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57

Biografi

Kuala Lumpur

Pustaka Antara

1997


Abdul Kadir: Peguam Rakyat

Biografi

Kuala Lumpur

Tabung Kebajikan Ronald McDonald untuk Kanak-Kanak Malaysia

1998


Meniti Derita ke Puncak

Biografi

Kuala Lumpur

Darulfikir

1998


Perjuangan yang belum Selesai: Dr. Mahathir Menangis Demi Bangsanya


Kuala Lumpur

Simfoni Gemilang

1999


Terima Kasih Dr. Mahathir


Kuala Lumpur


1999


Amanah Cekap dan Adil: Falsafah Kepimpinan Dr. Abdullah Badawi


Kuala Lumpur

Yayasan Amal Maaruf Malaysia

2004


Abdullah Badawi Penjana Modal Insan



Raspintar Sdn.Bhd

2006








Akan Terbit

Genre

Tempat

Penerbit

Tahun

m/s

Patah Sayap Bertongkatkan Paruh

Memoir/

Biografi Penulis

Kuala Lumpur




Cinta dan Jihad

Novel





Bunga Padma Di Lembah Nil

Novel





Kelip-kelip di Kota London

Novel





Madu dan Air Mata Kering Di pipi

Novel





Basmi Rasuah






Perjuangan Suci Lima Perdana Menteri

Politik





Kedaulatan Raja-Raja Melayu







Berminat mengarang?


*POLITIK*AGAMA ISLAM*BIOGRAFI*NOVEL*

Kami memikul amanah untuk melatih individu yang bercita-cita untuk menjadi pengarang buku-buku tersebut.