Thursday, February 12, 2009

KEKEBALAN RAJA MELAYU

DERHAKAKAN RAJA SAMA DENGAN HINA MELAYU

Oleh: Mokhtar Petah

Dalam Perlembagaan Malaysia dan negeri - negeri di dalamnya termaktub tujuan yang berkuat kausa, ‘agama Islam dan Adat Istiaat Melayu’ yang mentafsirkan semua rakyat negara ini wajib mematuhi titah - perintah Raja memerintah dan sesiapa sahaja rakyat Negara ini – beragama Islam atau tidak - yang mengingkari mereka boleh dianggap menderhaka.

Sesiapa juga yang menderhaka kepada Raja Melayu bererti menghinanya dan penghinaan itu pula bererti dia menghina semua orang Melayu, kerana Raja Melayu dengan orang Melayu saling taut menaut, ibarat aur dengan tebing.

Oleh yang demikian, setiap rakyat Malaysia, sama ada dia orang Melayu, Cina, India dari mana keturunannya sekalipun, jika dia mengheret Raja Melayu ke mahkamah mengikut ruang yang dbolehkahkan perlembagaan dan undang-undang, maka di segi agama Islam dan Adat istiadat Melayu, dia adalah seorang penderhaka dan penghina Raja Melayu.

DI ANGGAP DERHAKA

Tindakan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak mematuhi perintah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar beliau meletakkan jawatan Menteri Besar yang disandangnya dan begitu juga anggota-anggota Exco di bawanya, maka di segi agama Islam boleh dianggap beliau dan orang - orangnya belum atau tidak menderhaka, tetapi, di segi adat istiadat Melayu, maka mereka boleh dianggap menderhaka, seperti dalam cerita semparuh dongeng, derhakanya Hang Jebat kepada Raja Melaka.

Sultan Azlan dipertikaikan oleh kebanyakan orang, bahawa Baginda telah menerima mengadap lebih awal bekas Menteri Besar dan Ketua Perhubungan UMNO Perak di istana sebelum istiadat memperkenalkan barisan wakil-wakil rakyat dari UMNO dan empat wakil rakyat di luar UMNO.

Kerana itu, ada suara yang dengar menyebut seperti peribahasa Melayu. Kalau tidak ada berada masakan tempua bersarang rendah. Bagi saya, walaupun bapa Tajol Rosli, Tan Sri Ghazali telah menentang perintah Sultan Perak, Sultan Idris, tetapi Tajol Rosli adalah seorang rakyat Negeri Perak yang amat mentaati Saultannya.

PEMERINTAH TERTINGGI

Begitu juga Mufti Dato’ Seri Harussani Zakariah yang telah mengeluarkan fatwa; mengatakan Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan Perak, masih belum tempat dan boleh dipertikaikan oleh para ulama di mana – mana.

Harussani Zakaria, seoramg ulama bertaraf pegawai dan makan gaji,maka mahu tidak mahu, beliau mesti mengeluarkan fatwa yang menyebelahi Sultan Perak dengan mengeluarkan alasan berdalilkan ayat Quran, surah An Nisa , 59: Hai orang-orang yang beriman, kalian taatkan Allah, taatkan rasul dan orang yang di antrara kalian memerintah kalian. Tetapi beliau tidak menyambung ayat itu dengan: dan jika kalian berlaianan penmdapat tentang sesuatu, kembalilah kepada Allah dan Rasul.

Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi Negara Islam Madinah telah mengekuarkan arah – perintah: Kita umat (generasi) yang terakhirf di dunia dan akhirat, siapa yang mentaati perintanh amir (pemerintah seperti gobarnor dan seumpamanaya),bererti mentaati Allah,siapa menderhaka perintah saya bererti menderhakakan kepada Allah. (r. Abu Hurairah –Sahih Bukhari).

KRISIS POLITIK

Kita mesti sedar, bahawa firman Allah dan Hadis Nabi Muhammad itu adalah bagi umat Islam pada zaman Nabi Muhammad dan dalam sebuah Negara Islam, iaitu yang berpelembagaan berdasarkan Quran dan Sunnah.

Pada masa berlaku krisis politik di Negeri Perak sekarang, negeri itu dan Malaysia bukan sebuah negara seperti negara zaman Nabi Muhammad, iaitu Negara Islam. Negeri dan Malaysia mengguna-pakai Perlemabagaan dan perundangan yang tidak berdasarkan Quran dan Sunnah, sebaliknya menggunakan perlembagaan dan perundangan ciptaan manusia dan perlembagaan itu mengatasi agama Islam.

Oleh yang demikian, fatwa Mufti Harussani itu tidak boleh diterima dan orang ramai boleh kembali kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu Quran dan Sunnah. Tetapi kes titah - perintah ke atras Ir.Mohammed Nizar Jamaluddin dan anggota-anggotra Exco tidak boleh kembali kepada Quran dan Sunnah. Yang layak hanya kepada perlembagaan negeri dan undang-undang, iaitu menerusi mahkamah.

ISTANA RAJA

Harussani Zakaria berhak mengeluarkan fatwa,kerana beliau seorang pegawai kerajaan negeri. Imam Ghazazli berpendapat, maksudnya, ulama yang sering di istana raja, adalah ulama yang fasik.

Pakatan Rakyat telah memfailkan samannya kepada Pendaftaram Mahkamah Tinggi Ipoh untuk pertikai kesahihan Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin masih Menteri besar dan kerajaan Pakatan Rakyat masih sah dan Mentei Besar, Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir dan kerajaan Barisan nasional, sebuah kerajaan yang sah atau tidak.

Jalan dan cara yang molek sebagai rakyat yang setia kepada Raja dan berada dalam sebuah parti politik Melayu – Islam, walaupun beliau tidak mahu meletakkan jawatan, beliau tidak patut dan tidak elok terus tinggal di kediaman Manteri Besar dan menjalankan mesyuarat dan kegiatan yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri.

MENGHADAPI MASALAH

Jika Ir Mohamed Nizar Jamaluddin tidak mahu keluar dari kediaman Menteri Besar itu, beliau akan mengadapi masalah atau akibat yang besar pada masa medatang.Di antara akibatnya:

* Bekaklan eliktrik dan air akan dihentikan oleh pihak yang

berwajib.

* Boleh didakwa menduduki kediaman dan menggunakan

dan harta kerajaan serta segala kemudahan secara haram.

* Kerana tindakan beliau dan para ahli Exconya telah

menimbulkan keadaan yang tidak baik di Negeri Perak dan

menjuruskan kepada mengancam keamanan dan perpduan,

maka mereka boleh ditahan di bawan Akta Keselamatan

Dalam Negeri (ISA).

Saya mengingatkan Ir.Mohammed Nizar Jamaluddin akan catatan dalam sejarah negara ini mengenai peristiwa Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris. Pada peringkat awal beliau di disokong oleh beribu-ribu orang Melayu, tetapi bila beliau dihukum, seorang pun tidak mendekatinya dan beliua mengalami kerugian wangnya dan beliau mengalam banyak masa hidupnya dalam keadaan kera sumbang. Ketawa ramai dan menangis seorang telah dialami oleh Harun Idris hingga ke akhir hayatnya.

SAMAN SULTAN

Tindakan sebilangan ahli UMNO dan NGO mengadakan tunjuk perasaan menentang peguam Karpal Singh dan cuba menghalang beliau dari menfailkan kesan saman Sultan Perak di Mahkamah tinggi Ipoh dan menuduh beliau derhaka kepada Sultan, adalah satu keberanian yang mengikut perasaan dan tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan.

Saya kira para ahli UMNO dan penyokong parti politik itu yang terdiri dari golongan muda, tidak mengetahui atau tidak membaca catatan sejarah kalangan ahli UMNO menentang (derhaka) kepada Raja Melayu sejak orang Melayu menuntut kemerdekaan hingga peritiwa di Negeri Perak sekarang.

Berikut ini saya kemudakan retetan dalam sejarah kalangan ahli UMNO menderhaka kepada Raja Melayu, iaitu:

1 - Pada tahun 1950 – 1951, Dato’ Onn Jaafat sebagai

Ketua UMNO Malaya telah menentang Sultan

Johor dan Sultan Kedah setelah mereka menolak

memorandumnya memohon Majsli Raja Melayu

melantik seorang Timbalan Pesuruhjaya Tinggi

dari anak Melayu.

2 - Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd. Ghazali Jawi

dan UMNO negeri itu telah menderhaka kepada

Sultan Perak, Sultan Idris Shah kerana beliau

enggan meletakkan jawatannya.Dan

Sultan Idris telah bernazar menyimpan jambang,

janggut dan misai panjang selagi Ghazali Jawi tidak

meletak jawatan Menteri bvesar atau di berhentikan

oleh Presiden UMNO, Tun Abdul Razak dan

kemudian Tun Hussein Onn.

3 - Menteri Besar Selangor, Tan Seri Muhammad

Mohd. Taib dan UMNO Selangor telah

menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan

Salahuddin Abdul Aziz dalam masalah baik

puleh istana Sultan Selangor di Klang dan

isus kapitan Cina dengan Baginda.

4 - Menteri Besar Selngor menimbulkan kemurkaaan

Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz

kerana berkahwin dengan puteri Baginda (janda)

Engku Zaharian (Ku Yah) di luar pengetahuan

Baginda.

4- Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim

dan para ahli UMNO menderhaka kepada Sultan

Johor kerana Baginda dengan Gomez, dengan

Sultan Kelantan kerana isu kereta mewah Baginda

dan berakhir dengan perkara itu di bawah ke dalam

Dewan Rakyat, lalu immunity (kekebalan) Raja

Melayudimansuhkan.

MENGECAM RAJA

Pada masa kejadian itu, hanya Datuk Seri Abdullah ahmad Badawi tidak mengekluarkan kata-kata mengecam (mengeluarkan kata-kata derhaka) kepada Raja Melayu. Mereka yang lain, di antara mereka, Dr Mahathir Mohamad,Anwar Ibrahim dan Ghafar Baba.

Karpal Singh membuat tindakan itu kerana pucuk pimpinan UMNO – Dr. Mahatghir Mohamad dan Dato Seri Anwar Ibrahim, Tun Ghafar Baba dan sebilang tokoh UMNO telah Berjaya memansuhkan kekebalan Raja Melayu pada tahun 1090-an.[1] Kerana kekebalan dimasuhkan,iaitu boleh menghadapkan Raja Melayu ke Mahkamah Khas,maka Karpal Singh telah menggunakan alur tersebut.

Tetapi Karpal Sing sebagai peguam tidak melihat,bahawa Mahkamah Khas sahaja boleh membicarakan seseorang Raja Melayu dan Raja Melayu ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.

BUMI DIPIJAK

Walapun Karpal Singh ada hak mngikut saluran Perlembagaan dan perundangan untuk mengheret Sultan Perak ke Mahkamah Tinggi, tetapi beliau sebagai rakyat Malaysia hendaklah sedar dan insaf, bahawa

Raja-Raja Melayu menjadi berkedudukan tertinggi, selain dari Perlebagaan dan perundangan, mereka mengetuai Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah tidak terlepas dari pengaruh dan kuasa agama Islam yang terletak di bawah Yang Di Pertuang Agong - Majlis Raja - Raja Melayu. Kes yang dikemukakan oleh Karpal Singh akan merangkumi Perlembagaan, agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Saya kira elok saya kemukakan pendapat sambil mengvingatkan Karpal Singh dan peguam-peguam bukan Melayu, bahawa walaupun mereka bukan keturunan Melayu – dari India,Cina dan lain bangsa dan negara - , tetapi mereka patut sedar yang mereka itu rakayat Malaysia yang mesti menyedari hakikat ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’.

POLITIK ISLAM

Tindakan menyeret Raja Melayu ke mana-mana mahkamah, bererti melanggar adapt adapt Melayu dan menghina Raja Melayu sekali gus menghina bangsa Melayu.

Jika melihat pada politik Islam dan pemerintahan Islam seperti terkandung dalam Quran, perbuatan Karpal Singh menghina Raja Melayu (semua Melayu beragama Islam) dan ketua agama Islam, adalah telah oleh dianggap menghina agama Islam menentang umat Islam.

Mereka bukan Islam yang menderhaka, memusuhi dan memerangi umat Islam (kerana langkah itu akan mengakibatkan tidak baik kepada agama Islam, maka ada hokum atau perintah Allah dalam Quan, sura h, At Taubah, ayat, 73: Hai Nabi (Muhammad), perangilah orang-orng kaafir dan orang-orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka.Dan tempat mereka itu ialah dalam neraka Jahanam dan buruklah kesudahan mereka.

Negara kita mementingan perpduan dan harmoni antara kaum, maka Karpal Singh dan mereka yang sekongkol dengannya eloklah berfikir denganpenuh tanggungjawab; jika umatg Islam di negara ini menggunakan ayat Quran di atras sebagai mempertahankan Raja Melaymu dan orang Melayu (Islam),di khuatir sesuatu yang buruk akan berlaku.

Karpal Singh telah tua dan bergerak ke sana ke mari dengan kereta surung, hendaknya beliau tidak meninggalkan anak cucunya dan orang-orang lain hidup dalam keadaan tidak aman akibat tindakan beliau mngheret Sultan Perak ke mahkamah.

Kalangan ahli PAS dan Parti keadilan Rakyat juga mestilah menginsapi hal d emikian.Hendaknya kepentingan umum diutamakan melebihi kuasa dan kehendak politik semasa.

(Tamat)



[1] Mokhtar Petah, Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, Kuala Lumpur, ArtrMedia.

No comments: