TRAGEDI POLITIK DI PERAK
DAP CENGKAM KUKU KEPADA MB
BN TIDAK DAPAT SELESAI MASALAH
Oleh: Mokhtar Petah
Mengapa dua wakil rakyat hilang dan seorang lagi keluar parti, speaker Dewan negeri hantar faks pada malam hari kepada akhbar, menjadi soalan yang sukar dijawab oleh sesiapa dan meragukan orang ramai.
Dua ahli Dewan Undangan Negeri, Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) telah ghaib sebelum hari raya Cina dan speakarr Dewan Undangan Negeri, V.Sicakumar mengeluarkan
Apakah seperti dibayangkan oleh Mohd.Osman dan Jamaluddin yang pihak Parti Keadilan Rakyat tidak memerlukan mereka lagi, maka berlakulah
Pada garis ini, saya melihat memang wujud ‘tekanan’ oleh pihak DAP dan PKR terhadap Menteri Besar, Nizar Jamaluddin sebelum ini, sehingga beliau menjadi pemimpin sukar meletakkan dirinya ke arah mana dan hilang harga leader shipnya.
Perkara ini takdir Tuhan juga; bertahun tahun yang lalu, semenjak PAS di bawah pimpin Dato’ Mohd. Asri bin Haji Muda hingga di bawah pimpinan Datuk Nik Aziz, parti Islam tidak ekstrim itu telah menentang cara UMNO berkongsi kuasa dengan parti-parti politik bukan Melayu atau disebut parti orang kafir.
Tetapi, setelah Dato’ Haji Abdul Hadi Wang memipin PAS dan kerana parti Islam itu memburu kuasa dan mahu mnjatuhkan UMNO yang dipimpin oleh orang Islam, maka parti Islam tersebut telash menghalalkan yangn haram ‘kongsi kuasa’ dengan orang kafir.
Pesurujaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang yang menjadi ‘ pengarah’ di belakang Nizar Jamaluddin kelihatan lemah. Beliau tidak terdaya memberi nasihat dan menguatkan jiwa Menteri Besar itu. Hal ini mungkin kerana beliau dan PAS takutkan ahli - ahli PKR dan DAP yang terdiri dari orang-orang bukan Melayu.
Jika diambil kira, tragedi politik yang berlaku di Negeri Perak, banyak ke salahan di pihak PAS, kerana lemah malksanakan tanggungjawabnya sebagai parti politik umat Islam.
Saya melihat kepimpinan PAS Negeri Perak telah menjadi lemah kerana ghairah dengan kuasa yang wujud di negeri tersebut dan khayal dengan kebendaan, seperti perempuan yang leka dengan barang kemas yang banyak pada lehir dan dua puntung lengannya.
NIZAR JAMALUDDIN BERMARUAH
Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak telah mendahului Sultan Azlah Shah mengumumkan pembubaran kerajaan pimpinannya, adalah membukatikan beliau seorang pemimpin yang bermaruah tinggi.
Walau ada pendapat peristiharan beliau itu menyalahi peraturan - perlembagaan dan undang - undang, tetapi mungkin Nizar Jamaluddin telah nilai ‘maruh mengatasi undang-undang ciptaan manusia’.
Mungkin beliau sedar, tetapi Sultan tidak mengetahui kerana tidak menjenguk ke luar jendela melihat rakyat jelata, bahawa pihak DAP dan PKR terlah lebih ‘camca dari bunur’ dalam kerajaan pimpinannya. Hal ini termasuklah beratus-ratus ekar tanah simpanan Melayu dalam kampng-kampung baru dikatakan diluluskan oleh kerajaan Perak kepada bukan Melayu kerana desakan orang Cina dalam DAP.
Nizar Jamaluddin juga melihat ‘tindakan’ speaker Dewann undangan, V. Sicakumar, walaupun diterima oleh PAS, tetapi sebilangan besar orang Melayu tidak menerimanya.
SULTAN MENELITI
Walaupun Nizar Jamaluddin telah mengadap Sultan Azlan sebelum beliau mengistiharkan pembubaran kerajaan negeri, seperti katanya Sultan menelti lebih dahulu.
Sultan yang tidak boleh mencampuri urusan politik tentulah memerlukan penelitian lebih dahulu sebelum bertindak membubarkan kerajaan atau sebaliknya.
Mungkin Sultan Azlan meneliti kejadian di negeri itu pada tahun 1970- an, bagaimana UMNO dan Barisan Nasional telah memperdaya Saultan Idris Shah dalam kes perlantikan ke atas Tan Sri Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar.
Walau bagaimanapun, setakat ini, Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Perak kerana Sultan belum membuat keputusan muktamad.
UNDI TIDAK PERCAYA
Perdana Menteri merangkap Presiden UMNI dan Barisan Nasioin, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berkata, bahawa Barisan Nasional mempunhyai piliahan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar), jika Barisan Nasional gagal menubuhkan nkerajaan negeri.
“Kita telah ada bilangan ahli Dewan Undangan Negeri uang mencukupi untuk menubuhkann kerajaan, tenatu sekali kita hendak mengambil langkah itu,”katanya.
“Dato’ Najib telah memaklumkan kepada Tuanku Sultan Azlan bahawa kini Barisan Nasional ada sokongan lebih besar daripada pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Perak,” tambah Abdullah Badawi.
NAJIB YAKIN PENUH
Najib Tun Razak dalam sidang akhbar yang dikelilingin oleh Nasaruddin Hashim (Bota) Mohd. Osman (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd. Razi (Behjrang) dan Hee Yit Fong (Soong) (Jelapang) telah menyatakan yakin penuh untuk menubuhkan kerajaan Negeri Perak.
Ketiga mereka telah menjadi wakil rakyat bebas, tetapi mereka sedia menyokong Barisan Nasional (Lihat artikel saya mengenai Negeri Perak semalam -mp).Sokongan ini memboleh Barisan Nasional Negeri Perak sedikit kekuatan.
Sementrara Nasaruddin Hashim yang bertalak tiga dengan UMNO baru-baru ini, belum berkahwinh lain (orang tua- tua kata Cina buta), telah rujuk kepada UMNO dan langkahnya menjadi ‘tempoyak’ dalam gulai lemak ikan baung bagi orang Perak.
Seorang wartawan telah bertanya kepada saya, “ …macam mana tiga bekas ahli PKR dan DAP ada dalam sidang akhbar Najib di Putrajaya?”
Saya tidak menjawab pertanyaannya.
DISPLIN PARTI
Bagaimana dengan etika dan pandangan Lembaga Disiplin UMNO terhadap Nasaruddin Hashim. Kalau mengikut kebiasaan dan beberapa orang telah dikenakan hukuman, seseorang yang melopat tidak boleh secara otomatik menjadi ahli UMNO. Mesti kerna gantung dan sebagainya. Macam mana dengan wakil rakyat Bota ini, adakah beliau ada immuniaty yang tidak boleh diambil tindakan oleh lembaga Disiplin parti?
Kini Barisan Nasional Perak ada tiga ahli Dewan Undangan Negeri yang akan menyokongnya, iaitu Mohd. Osman Jalu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd. Radzi (Beharang) dan Hee Yit Fong (Soong) (Jelapang)
SAIAPA BAKAL MENTERI BESAR?
Kerajaan Barisan Nasional yangn baru, tentulah tidak akan memilih bekas Menteri Besar dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Dato Seri Tajol Rosli Ghazali seabgai Menteri Besar.Beberapa ahli Dewan Undangan Negeri dari UMNO yang berpendidikan tinggi (universiti) adalah di antaramereka yang layak memegang jawatan Menteri Besar.
Saya melihat, ahli Dewan Negeri (Pangkor), Dato Dr.Zambri Abd.Kadir, adalah tokoh yang palingn layak memegang jawatan Mentri Besar Perak.
Beliau bekas pensyarah Univertsiti Islam Antarabangsa (UIA) dan bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dalam Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum lalu.
Tokoh kedua, bekas anggota Exco juga, iaitu Dato Ramly Zahari (Manong),bekas penolong pegawai daerah.
KETUA BADAN PERHUBUNGAN
Najib Tun Razak telah memegang tanggungjawab sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Perak dan Dato. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) timbalannya.Kedudukan mereka hingga Perhimpunan Agung UMNO Mac mendatang.
Sebilangan ahli UMNO berpendapat, Kerajaan Perak yang baru akan kuat, kerana Mac ini Najib menjadi Perdana Menteri dan sebilangan besar ahli Dewan Undangan Negeri tersebut penyokong kuatnya.
BAGAIMANA DENGAN PENGUNJDI
Dalam setiap pilihan raya, jumlah pengundi yang memilih seseorang calon, pada umumnya memilih parti politik dan bukan memilih individu yang menjadia calon. Ini adalah trend selepas Tun Abdul Razak.
Maka, Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering - PKR: 9,4311 undi), Jamaluddin Mohd. Radzi (Beharang - PKR: 6771 undi) dan Hee Yit Fong (Soong) (Jelapang - DAP: 12,219 undi) dipilih oleh para pengundi kerana parti politik dan buka individu calon.
Keadaan rakyat negeri itu dengan kerajaan Barisan Nasional yangn baru seperti “rela dalam paksaan’ Cuma!
Sokongan orang ramai penting. Kemungkinan akan wujud, pada pilihan raya umum akan datang kerajaan negeri itu akan sekali lagi bertukar tangan kepada pembangkang.
Kesimpulan, saya teringat akan kata-kata seorang tua di kampung Beng, di seberang sungai Perak - dalam daerah kecil Lenggong, “ …sapa pun peghintah negeghi ni, kami di sini macam ni juga …, dengor cakap ade, tapi tengok tak ade ..”
Sesungguhnya, pada masa lalu Barisan Nasional Negeri Perak lebih kuat dari negeri lain, begitu juga UMNO, tetapai kerana pemimpin kerjaan dan beberapa wakil rakyatnya tidak memikul tanggungjawab dengan sepenuhnya, maka orang ramai memilih parti lain. Barisan Nasional gagal membentuk kerajaan.
Manakala kebanyakan rakyat di engeri Perak, terutama orang Melayu, sering bernasih seperti ‘ dengan cakap enggan makan buah belolok, dengar cakapo orang terjun masuk lubuk’.
Pendeknya pembentukan kerajaan Negeri Perak oleh Barisan Nasiaonal kali ini, bukanlah dengan kerelaan sebilangan besar pengundi - hanya oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional serta penyokong mereka - , hanya sebagai sebuah kerajaan yang berjaya ‘ merampas’ kekuasaan dari tangan orang lain.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment