Monday, February 16, 2009

YANG DIPERTUAN AGONG

HORMATI PERLELBAGAAN NEGARA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menasihatkan rakyat agar menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada golongan yang mencoba untuk menggantikan Perlembagaan lain yang memusnahkan keluhuran Perlembagaan yang ada sekrang.

“Sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan mustahak diterangkan kepada generasi muda rakyat Malaysia supaya mereka dapat memahami asas pembentukan Negara ini,”titah baginda.

“Generasi muda adalah pelapis dan harapan bangsa dan negara Malaysia pada masa depan, maka Prinsip-prinsip Rukun Negara perlulah difahami dan diamalkan oleh segenap lapisan rakyat,” titah baginda lagi.

Baginda bertiatah demikian pada ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 , di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurut Seri Paduka, walaupun Negara telah 51 tahun merdeka, tetapi baginda dukacita kerana masalah perkauman dilahirkan oleh fikiran sempit dibangkitkan oleh pihak – pihak tertentu dan menjadi perdebatan di kalangana orang ramai.

Baginda menegaskan, bahawa Baginjda tidka akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan pecahbelah di kalangan rakyat demi mengawal keharmonian kaum dan keamanan negara terus kekal.

Dalam titah rasmi itu, baginda secara terus terang secara terus terang mnegaskan rasa dukacita baginda terhadap sikap dan perilaku tidak baik sesetengah ahli ahli Dewan Rakyat pada sesi persidangan yang lalu.

Baginda bertitah perilaku tidak baik oleh sesetengah anggota Dewsan Rakyat pada masa sesi persidangan mengakibatkan imej negatif kepada diri mereka sebagai wakil rakyat dan turut memberi impak kepada Negara kita.

Baginda mengingatkan semua ahli Dewan Rakyat sama sda dari pihak kerajaan mahupoun pihak pembangkang agar menghormati dan mematuhi peraturan Dewan Rakyat.

Yang Dipertuang agong juga telah menyeru semua golongan rakyat dengan tidak mengira fahaman politik dan kaum supaya bekerjasama untuk memajukan negara ini.

Baginda menasihatkan semua pihak dan parti-parti politik supaya mengamalkan kebijaksanaan dan tidak melakukan sebarang tindakan yang akan menjejaskan keharmonian dan pembangunan Negara – Noor Iskandar.

No comments: