Thursday, February 26, 2009

CHEONG LAN SONG TERKENANG 13 ME '69


Baca surat khabar Teliti berita Parliman "Orang Melayu baik"

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Oleh: Mokhtar Petah

Jika ada orang Cina dan orang keturunan lain menganggap orang Melayu anti mereka, anggapan itu karut dan lahir dari orang yang tidak faham akan sejarah perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan dan mereka orang Cina diterima sebagai anggota keluarga senegara.
Begitulah dialog peniaga lambak barang-barang buruk - antik, di tepi jalan sibuk, - Jalan Haji Hussein, Chaw Kit, Kuala Lumpur, EncikCheong Lan Song, 72, yang saya temui pagi tadi.
Dia bercerita, perniagaan kecil -kecilan yng dijalankan dan dengan pendapatan sekadar cukup makan, telah mengajarnya betapa perpaduan antara kaum, di Bandaraya Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya, amat berharga dari segala - galanya.
CENDEKIAWAN
Waloaupun Cheong tidak berpelajaran tinggi, tetapi saya menganggap dan menyanjungnya sebagai seorang cendekiawan yang telah menimba suka duka orang Melayu, Cina dan India dalam mengejar rezeki ibarat ayam; kain pagi makan pagi dan kais petang makan petan.
" ... saya orang Melaka, bapa datang dari Kwang Thong, saya datang ke sini pada tahun ' 67, ... dari masa itu saya berniaga di sini ..., cari makan ...,"katanya kepada saya.
"Berniaga di sini ..., saya beli satu dua barang- barang lama dari orang - orang susah ..., dari barang - barang yang saya beli ..., lepas tu jual, saya tahu orang susah macam saya susah , tapi sebab berani, percaya diri kami duduk di Kuala Lumpur ni," katanya sambil senyum dan menung saya.
TEMBAGA
Walaupun dia berniaga lambak dan barang tak sebera; jam tangan, pemetik api, kaca mata, logam, atekoh tembaga dan beberapa barang lama, tetapi dia dan isterinya memiliki rumah pangsa di Jalan Haji Hussein, iaitu dekat tempat di berniaga.
Menjawab pertanyaan saya, " ...13 Mei '69, saya di sini ..., orang gaduh di Chau Kit, Kampung Baru ..., tapi saya dengan orang Melayu di sini baik ..., dia orang tak buat apa-apa kepada saya ...,"katanya.
"Yang buat kacau orang yang tak tau sejarah negeri ini ..., orang Cina mula datang ke sini ..., orang Melayu menuntut kemerdekaan ...,orang Cina dan India bantu juga ...," tegasnya.
"Sekarang pun orang Melayu di sini baik dengan saya, baik dengan semua orang Cina ..., siapa kata orang Melayu benci orang Cina ... ?, "dia bertanya.
"Saya ingat, kita jadi macam ni sebab kerajaan kita jaga semua orang dengan baik, semua rakyat bersatu ..., tak kacau macam negeri luar, ...," katanya sambil menunjukkan surat khabar Cina yang di dalamnya ada berita seorang dari parti pembangkang memaki pemuda UMNO.
Cheong ada dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Masing telah lepas rumah dan hidup berkeluarga.
NASIB
Dia berasal dari bandar Melaka. Anak kepada seorang penjual ubat - sinsgeh. Dia lima beradik.Sambil senyum lebar, Cheong mangaku dia seorang kanak - kanak yang nakal dan tak suka belajar. akibatnya dia hanya belajar setakat darjah enam sekolah rendah ahaja.
"Kerana saya sedar, saya tak ada baca( pelajaran) saya bekerja kuat, macam - macam saya buatf kerja, meniaga kecil - kecil ..., tapi apa nak buat, nasib saya ...,"katanya sambil melayan seorang lelaki Melayu yang bertanyakan tekok antik dari tembaga kepadanya.
Dia bercerita tentang Tan Cheng Lock dan anaknya Tun Tan sew Sin. Dia tahu kisah perjuangan Tengku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.
RENUNGAN
Menjawab pertanyaan saya lagi, Cheong berkata, " ... sekarang sebab par1ti politik, orang ramai macam tak bersatu, jadi kelam kabut ..., tengok macam dalam pepar ni,"katanya sambil menunjukan muka surat khabar di tangannya.
Cheong mengalihkan renungan ke atas perut jalan yang sibuk. Saya mengagak, hatinya mengenangkan tragedi 13 Mei 1969. Di atas jalan itu telah berlaku pertumpahan darah.rTragedi tersebut menjadi pelajaran yang berguna kepada rakyat negara ini.
"...tengoklah, saya harap kita semua terus bersatu padu, hidup aman, 'kata Cheong pada ketika saya akan meninggalkannya.




No comments: