Friday, February 27, 2009

ANAK BAPA

Oleh: Pak Long

Pada tahun 1960-an, raja lawak di Tanah Melayu, A. R. Tompel sering menyebut perkataan ‘anak bapa’. Maksud dari kata – kata anak bapa itu, ialah, anak mengikut perangai bapa, iaitu sesuai dengan pribahasa Melayu, bapa borek anak rintik (iaitu macam ayam). Borek, adalah corak – cerak brsar pada bulu bapa ayam dan rintik corak-corak kecil pada bulou bapa ayam tersebut. Ertinya, kalau bapa baik, anak tak sebaik bapak dan kalau bapak juahat, anat tidak sejahat bapa. Tetapi pada hakikatnya sama.

Pujanggan tersohor di Nusantara, Haji Abdul Karim Aamarullah – HAMKA -, dalam buku Falsafah Hidup (1964) menulis:

…orang memberi nama anak si Sutomo, Sukarno, Cokro dan Abdul Muis(pengarang Indonhesia), tetapi tidak diberinya didikan, sehingga nama itu terletak di perlimbahan. Ada juga yanhg mengubhah namanya supaya menjadi bagus: ‘ Umar bin abdul Aziz As Sumathrawy gelar sultan jurnalis.

Di sebuah kampung ada seorang perempuan menamai anaknya ‘Mustafa Kamal’kerana cita-citanya jika anak itu besar kelak akan menyerupai Mustafa Kamal (Mustafa Kamal atatruk, pemimpin Turki – pak long) pula. Tetapi setelah agak besar bukan diserahkan anak itu ke sekolah supaya agak setuju dengan namanya, bahkan diruhnya mengembala sapi. Pada suatu hari ketika sapi itu masuk ke dalam ladang orang lain, ibunya telah memanggil keras-keras: “Mustafa Kamal!!! Mustafa Kama!!!”. Orang yang lalu lintas tentu sahaja menaruh hormat mendengar nama besar itu. Setelah dipanggil berulang – ulang baqrulah anak itu menjawab: “Apa?!” sekeras – kerasnya. Ibunya menjawab pula: “Sapimu telah masuk ke dalam lading orang!”

Jadi walau diberi nama siapa, tidaklah nama itu yang mujarab membaiki diri, tetapi dirilah yang akan memperbaiki nama.

Pada ketika pak long membelek – belek buku karya HAMKA itu, pak long teringat akan kisah - kisah anak baru belajar di sekolah rendah tetapi lebih pandai daripada bapa mereka. Kisah ini telah mengatasi ‘kata - kata orang Melayu: “Aku makan garam dulu.”

TUGU NEGARA

Saidin dari sebuah kampung di Hulu Perak, telah membawa anaknya melawat ke Kuala Lumpur. Di sana dia telah membawa anaknya melawat Tugu Negara:

“ Patung apa tu ayah?” Anak bertanya.

“ …patung pahlawan Melayu …,”jawab bapa.

“Tak Nampak macam orang Melayu pun,” kata anak.

“Ha, ia, Melayu la tu,” sahut bapa.

“Tak faham,” sungut anak.

TANAH AIR

Seorang bapa mengajak anaknya melihat satu istiadat perbarisan di padang. Orang – orang yang berbaris itu melagukan ‘megaraku’. Bapa kanak-kanak itu turut menyanyi lagu itu.

“Abah nyanyi …,” kata anak.

“Ia, nyanyi lagu tanah airku …,”jawab bapa.

“Mana ada tanah bapa, kita duk rumah setinggan aje,”kata anak.

“Ia,ia, air adale …,”sahut bapa.

MAKAN GARAM DULU

Bapa dari kampung pendalaman telah membawa anaknya melawat Kuala Lumpur. Pada ketika berdiri di tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman, mereka bercakap.

“Bertuah oghang kita,” kata bapa.

“ … ngapa?” Tanya anak

“… tengok sana sini banyak bangunan tinggi …,” jawab bapa.

“Bertuahlah tu, bukan oghang kita punya …,” sahut anak.

“Heee, budak ni tak tau aku makan garam dulu,” sungut bapa.

MENENTANG YAHUDI

Bapa membawa anak ke Bandar. Bapa memakai baju yang diimport dari Amerika. Mengisap rokok dari sana juga. Mengajak anak masuk ke restoran makanan segera.

“Ayah tak suka Yahudi, ayam macam orang lain kutuk Yahudi,”kata bapa.

“Ngapa ?” anaknya bertanya.

“Fasal bunuh orang Arab,” jawab bapa.

“Ayah benci Yahudi, tapi …,” lata anak.

“Tapi apa?” Tanya bapa.

“ …ayah pakai baju orang yahudi buat, isap rokok Yahudi …, ni ayah ajak Man masuk makan segera Yahudi.

“ … la budak ni …, “sungut bapa.

Anaknya senyum.

“ …jum kita makan di kedai mamak, “sahut bapa.

Anaknya ketawa.;

ROKOK

Seorang bapa sedang menghisap rokok dalam dewan tamu. Tiga orang anaknya masih belajar di sekolah rendah sedang membaca surat khabar.

“Ayah isap rokok, ye …,”kata anak sulungnya.

Bapa diam.

“Dalam surat khabar ni ada tulis rokok bahaya, “kata anaknya yang tengah.

“Isap rokok dekat budak - budak bahaya,” kata anak yang bonus.

“ …budak ni, aku berhenti merokok lagi bagus,”sungut bapa sambil bangun dan menghisap rokok di luar rumah.

(Sekian adanya)

No comments: