Wednesday, February 25, 2009

MAJLIS PERUNDING ANTARA AGAMA

ISLAM AKAN JADI POKOK PADI DALAM LALANG

(Oleh: Mokhtar Petah)

Setiap individu rakyat Negara ini yang menganut agama Islam mestilah ‘berwaspada dan menentang’ sebarang usaha untuk mengadakan Majlis Perunding Antara Agama seperti yang dirancangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, Pulau Pinang, kerana majlis itu akan mengakibatkan agama Islam seperti ‘ pokok padi dalam lalang’ dan amat bahaya kepada umat Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berkata memberi amaran akan bahaya majlis tersebut dan berkata, “Itulah kehendak saya.” Beliau telah memberitahu para wartawan seperti berita di bawah ini:

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan mana-mana pihak yang bercadang menubuhkan majlis perundingan antara agama supaya memastikan kedudukan dan status Islam dijaga sebagai agama rasmi negara.


Perdana Menteri berkata, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan perlu diiktiraf dan dijaga statusnya.
"Itulah yang hendak saya tegaskan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di Bangunan Parlimen di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

Abdullah mengulas laporan sebuah akhbar semalam berhubung penubuhan majlis perundingan antara agama oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dilapor meletakkan Islam sama taraf dengan agama lain.

Akhbar itu memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain menghina Islam dan mesti dihentikan (Berita Harian 25 Februari 2009).

Pada tahun 1960-an, Presiden MCA, Tun Tan Sew Sin telah menyuarakan rancangannya untuk menubuhkan ‘Barisan Antara Agama di negaera ini dan barisan tersebut sama dengan yang dirancang oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang itu, tetapi rancangan beliau telah ditentang oleh sebilangan besar umat Islam.

Saya sendiri telah menyuarakan yang majlis perunhding antara agama oleh Tan Sew sin itu amat membahayakan kepada agama Islam, dalam ucapan saya dalam majlis menyambut maulidur rasul , di masjid Bagan Tiang, Parit Buntar dua hari selepas Tan mengumumkan rancangannya itu.

Dalam ucapan saya itu, saya telah menekan, jika barisan itu ditubuhkan, agama Islam akan menjadi nasib seperti pokok padi dalam lalang – lalang yang subur pokok padi pupus dan mati.

Saya telah menegaskan, jika barisan itu wujud, paling tidak, jika krajaan memberi peruntukan wang kepada setiap agama nesbah RM1 juta, maka Islam akan mendapat habuan yang paling kecil berbandingkan dengan agama-agama lain, jika dicampur peruntukann yang mereka dapati itu.

Sebagai catatan sejarah hidup saya, kerana saya diundang khas untuk memberi ucapan berhubungan dengan maulidur rasul dalam majlis itu, maka saya telah berucap kira-kira satu jam dan pada ketika saya bercakap tentang menentangan saya tehadap rancangan badan antara agama tersebut, tiba-tiba wayar pembesar putus, dipotong orang.

Dalam keadaan saya terpingga-pinga di hadapan lebih 1,000 orang yang hadir itu, tiba-riba sekumpulan pemuda yang mengaku diri mereka ‘pemuda umno’ telah memaksa saya berhenti berucap.

Dalam majlis itu turut serta kadi Kerian, ketua PAS di sana, Uztaz Zulkurnain dan beberapa orang kenamaan di daerah tersebut.

Pada masa itu, Ahli Dewan Rakyat (Parit Buntar), Allahyarham Sulaiman Taib.

Apa jua majlis, badan, barisan atau organisi yang menyatukan semua agama, tidak boleh diwujudkan di negara ini mestilah tentang dan ditegah oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Allah telah mengadakan garisan antara orang Islam dengan orang bukan Islam seperti firman-Nya berikut ini:

Katakan (Muhammad): Hai orang-orang kafir!

Aku tidak akan menyebah apa yang kalian

sembah.

Dan kalian tidak menyembah Dia yang aku

Sembah.

Dan aku tidak akan menyembah apa yang

Kalian telah sembah.

Dan kalian tidak akan menyembah Dia yang

Aku sembah.

Untuk kalian agama kalian, dan untu aku

agama aku. (Al Kafirun: 1 - 6)

Sesungguhnya, tidak perlu( tidak boleh) diwujudkan organisasi antara agama dengan agama Islam menyertainya, kerana agama Islam berkedudukan tinggi di Negara ini berbanding dengan agama Kristian, Hindu (Buda), Majusi dan seumpamanya. Dalam perlembagaan termaktub tentang kedudukan agama Islam, iaitu:

Bahagian 1 , perkara 3 (1) Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana – mana bahagian Persekutuan. (3) Dalam tiap-tiap negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Perlembagaan negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan negeri itu, segala hak, keistimewaan, hakj kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketgua Agama Islam tidaklah terfsentuh dantercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja – Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang Dipertuan Agung mewakilinya.

Memahami ajaran dari Perlembagaan di atas, maka agama Islam yang tinggi kedudukannya tidak boleh menyertai mana-mana organisassai agama, dilibatkan Islam ke dalamnya atau melibatkan agama Islam ke dalam organisasi itu selagi tidak mendapat kebenaran Yang Di Pertuan Agong (Pulau Pinang, Melaka, Walayah Persekutuan,sabah dan sarawah). Di negeri-negeri lain oleh Raja Melayu.

Larangan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shahbuddin Yahaya adalah betul dan tidak sesiapa, walaupun Ketua Menteri, tidak boleh menentang atau mengenepikannya.

Kalau menubuhkan Majlis Perujnding agama itu kerana hendak mencapai perpaduan dan harmoni, dapat diertikan tidak menasabah, kerana kita rakyat Negara ini telah ada berbagai-bagai orgfanisasi, sama ada bersifat politik mahupun bersifat kebajikan dan NGO.

Saya kira, usaha mengadakan majlis peruding agama, sama dengan catatan dalam sejarah Islam di Madinah pada zaman Nabi Muhammad. Ketua golongan munafik, pendita Abu Umar yang telah lari ka Syria, telah bekerjasama dengan ketua golongan munafik di Madinah, Abdullah ibnu Ubai telah membina ‘Masjid Dhirar’, dalam minggu Nabi Muhammad bersama para Ansar dan Muhajdiri mendirikan “Masjid Quba’.

Allah tidak mengakui bahkan menolak masjid itu, seperti firman-Nya dalam Quran:

Dan mereka yang menddirikan masjid kerana hendak menerbitkan bahaya, kerana kekafiran, kerana hendak memjecah belahkan antara orang-orang yang beriman dan kerana hendak menyambut mereka yang dari dulu lagi telah memerangi Allah dan Rasul-Nya. Dan sesaungguhnya mereka telah bersumpah (mengatakan): Kami hanya menghendaki kebaikan. Dan Allah menjdi saksi, bahawa sesuangguhnya mereka itu (golongan) pendusta.

Jangan kamu (Muhammad) berdiri (sembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. ( At Taubah: 107, 108)

Allah telah membenarkan dan bahkan menyuruh Umat Islam mengdakan hubungan persahabatan dengan semuan manusia atas dasar kemanusia dengan orang - orang yang menganut agama lain dana tidak beragama, tetapi tidak menyuruh agama Islam bekerjsama dengan agama- agama lain.

Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. (Ali Imran: 112) .

PAS sebagai sebuah parti berideologikan Islam dan UMNO yang tidak berideologi, tetapi mempertahankian bangsa Melayu dan menganut serta mempertahankaan Islam, boleh bekerjasama dengan parti - parti politik orang – orang beragama lain. Tetapi mereka tidak boleh bekerjasama dengan semua organisasi agama lain dari Islam.

Saya kita para ulama dalam UMNO, PAS dan yang tidak berparti politik dapat menerima pandangan saya ini.

(Tamat)

No comments: