Saturday, February 21, 2009

WARTAWAN

PERTANYA WARTAWAN UNTUK MASSA

Oleh: Mokhtar Petah

Wartawan dan penulis yang bijak dan berani, dia akan mengmabil kesempatan bertanya perkara baru berhubung dengan topik sidang akhbar itu kepada orang-orang tertenut dalam sidang akhbar tersebut kerana peranyaan itu adalah untuk massa.

Orang-orang yang jahil, tidak berakhlak dan mungkin panas baran sahaja yang menjawab pertanyaan dengan cara kasar, ugutan, maki hamun atau amaran akan tumbuk atau bunuh.

Kita sering melihat, ramai wartawan ataupenulis terutama mereka yang muda dan baru kerja,tidak menggunakan kesempatan bertanya dalam sidang akhbar. Mereka kelihatan kaku atau seperti takut-takut kepada tokoh di hadapan mereka.

TUKANG CEDUK

Sering berlaku, dalam sidang akhbar Perdana Menteri dan sebagainya, wartawan dan penulis luar negeri banyak bertanya danmereka berani bertanya, tetapi wartawan dan penulis negara ini menjadiu tukang ceduk dari pertanya wartawan atau penulis asing dan jawapan tokoh berkenaan.

wartawan Agenda Daily boleh dipuji, kerana dia telah berani bertanya sebagai tanggungjawabnya untuk memberi imformasi kepada massa, iaitu diatelah bertanya kepada Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan ahli Dewan Rakyat (Batu), Tian Chua di lobi Parlimen, pada 19 Februari lalu.

Beriku ini adalah tek berita Agenda Daily yang ditulis oleh wartawannya, Lukman Abdullah.




























|



BETULAKAH BEKAS TEMAN LELAKI ELISZABETH?

IF YOU ASK ME AGAIN, I SMASH YOUR HEAD

Oleh: Lukman Abdullah

Isu penyebaran gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong makin hangat apabila beberapa blog mula menyiarkan pelbagai berita mengenai kehidupan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Ini termasuklah dakwaan yang menyebut Elizabeth memang suka bertukar-tukar teman lelaki.

Tidak terlepas, ada blog mendakwa Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua adalah bekas teman lelaki Elizabeth.

Bagi mendapatkan penjelasan beliau, Agendadaily telah menemui Tian Chua di lobi Parlimen hari Khamis.

Apa yang mengejutkan apabila soalan tersebut diajukan kepadanya, Tian Chua yang biasanya 'mesra media' terus mengancam "If you ask me again, I smash your head".

Lebih lanjut lagi, beliau turut mengugut akan menyaman Agendadaily sekiranya menyiarkan laporan yang menyebut beliau bekas teman lelaki Elizabeth.

Serentak dengan itu beliau meminta wartawan Agendadaily beredar daripada sisinya.

Dalam perkembangan berkaitan, Elizabeth hari Khamis berlepas ke luar negara bagi mencari ketenangan.

Beliau juga mengeluarkan satu kenyataan menegaskan tetap akan meletak jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.

Katanya beliau telah beritahu pimpinan PKR mengenai keputusan berkenaan. - Agenda Daily - 19/2/2009

Dari kejadian itu dapat kita fahami, bahawa ahli Parlimen,Tian Chua tidak sopan sebagai seorang polikus, ahli Dewan Rakyat dan pemimpin berhdapan dengan wartawan.

Beliau sempatgurnya mencontohi Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Timbalan Perdana Menteri dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan para wartrawan dan menjawab pertanyaan mereka.

Wartawan dan penulis mesti bertanggungjawab

membongkar akan sesuatu kejadian yang ada hubungan dengan

massa. Pertanyaan dan tulisan wartawan adalah untuk massa.

Langkah berani brtanya dan berani penulis adalah

tanggungjawab wartawan yang baik dan jujur.

Biasanya telah berlaku di seluruh dunia, seorang pemimpin

yang berkasar dan memusuhi wartawan, maka dia akan rapuh di

tempatnya dan lambat laun akan jatuhke bawah.

(Tamat)

No comments: