Wednesday, February 18, 2009

QURAN

MELAKUKAN KEZALIMAN

Dan Tuhan anda tidak memusnahkan negeri-negeri sebelum Dia mengutuskan papada ibu neger-negeri itu seorang Rasul yang memebaca (menerangkan) ayat-ayat (keterangan) Kami kepada mereka. Dan tidak pula pernah Kami membinasakan negeri-negeri kecuali warganya berkeadaan melakukan kezaliman. – Al Qasas:59

HADIS

TIDAK BERTEGUR SAPA

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Tidak halal bagi seseorang yang beragama Islam meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana kemarahan aauebencian) lebih dari tiga hari.

- Perawi: Imam Bukhari

PETUA

JANGAN LUPA

Jika anda telah bertanjak jangan lupa terompah di kaki tangga, jika anda makan kiju jangan lupa petai didapur, jika anda menghirup kuah jangan Lupa lesung batu di rumah, jika anda berkuasa jangan lupa rakyat jelata. Hanya yang berkurap tahu akan kurap di badannya dan yang jatuh tahu akan sakitnya.

No comments: