Wednesday, May 2, 2012


TAHUKAH?

                          KEKHUATIRAN YANG ADA

Islam teah menyelamatkan orang Melayu di Nusantara dan di Tanah Semenanjung ini dari menjadi manusia - manusia kafir - mungkin beragama Kristian, Hindu dan lain atau tidak beragama dan tidak mengakui wujud Allah.
Penjajah Inggeris telah mencuba untuk mengkafirkan orang Melayu, seperti Amerika mengkafirkan orang Filipina dan mereka menjadi penganu agama Kristian, Belanda mempengarhui Melayu di Indonesaia untuk memelum agama Kristian dan sebahagian dari mereka beragasma Kristian.
Inggeris gagal. Tetapi mereka mnempengaruhi orang Melayu dengan memuja dan mentaati ketuanan dengan membuatg tuli. Mengagungkan Nasionalisme dan kapitalisme. Maka, sebiklangan besar terpengaruh, lalu mereka mengabaikan hukum - hukum dalam Islam.
PAS muncul untuk membela orang Melayu agar berpegang kuas pada agama Islam dan menegakkan negara Islam, tetapi PAS, lebih terpengaruh dengan cara hidup orang Islam di Sepanyol dan di beberapa wilayah Arab pada zaman silam, maka, mereka agak kurang diminati oleh para belia yang tidak mempunyai didikan Islam yang kuat.
Untuk meneruskan perjuangannya, PAS telah memaksa dirinya menyertai parti -m parti politik yang berpegang kepada sosio demokrasi, iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Jika UMNO - BN yang menentang perjuangan Negara Islam, tetapi masih mempertahankan agama Allah itu, jika mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke 13 dan parti - parti pembangkang mnng dan berjaya menubuhkan kerajaan, maka, negara kita akan berubah menjadi sebuah negara sosio- demokrasi, seperti Republik Singapura.
Dalam negara yang mengamalkan sosialismne dan demokrasi, akan terhapus bangsa asal dalam sesabuah negara, agama termasuk agama Islam diabaikan dan hak melayu dan tanah simpanan Melayu akan hilang taraf.
Pada masa itu nanti UMNO akan dikutuk oleh umat Islam. Dan umat Islam akan nending jari kepada PAS kerana berkerajasama dalam politik dan kenegaraan dengan parti - parti yang berdasarkan sosio- demokrasi.

No comments: