Tuesday, May 22, 2012






                           MANSUH BANGSA KUASA MELAYU
                                           Oleh: Mokhtar Petah

          (Akhir)

Orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu ini telah mendirikan persekutuan, persatuan, kesatuan, parti dan pergerakan, kesemuanya dengan satu tujuan,iaitu hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan kehidupan bangsanya. Maka hanya iaitu telah didirikan persekutuan dan  lain-lain itu telah membantukan tujuan kesemuanya dan tiap-tiap sebuah daripadanya itu. Maka daripada bersatu hati telah te0rsemai pula benih yang kelak membawa kepada berpecah belah.
Dari segala cerok di Semenanjung Tanah Melayu ini telah kedengaran kepada kita seruan supaya bersatu dan pada hari ini kesungguh seruan itu akan teruji dan tatkala di dalam ujian itu maka tuan-tuan yang mewakili mereka itu hendaklah bersatu suara supaya seruan itu akan dapat sahutan.
Pada hari ini lebih daripada lain-lain masa di dalam tawarikh bangsa kita adalah dikehendaki kita berkuat hati supaya dapat kita hadapkan apa juga yang akan datang dengan kepercayaan di atas diri kita sendiri.
Marilah kita tunjukkan kepada dunia,iaitu ruh dan semangat datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita. Marilah kita tunjukkan,iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya membuat.Marilah kita tunjukkan sekuat mana paluan boleh kita pertahankan dengan tersenyum dan berhidup dengan lebih segara daripada dahulu.
Marilah kita tunjukkan,iaitu dengan persatuan di antara kita berkehendakkan menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan subur boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.Marilah kita mengaku akan diri kita tidaka kurang sedikit pun dari lain-lain bangsa.
Marilkah kita bersatu dan berusaha bagi faedah baangsa kita dan marilah kita bekerjasama dan menyamakan perusahaan-perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang benar.
Saya telah mendengar,iaitu persatuan di antara orang-orang Melayu akan menjadi merbahaya kepada lain-lain bangsa di dalam Semanjung Tanah Melayu ini. Akan tetapi saya tidak mengerti apa sebabnya. Sebaliknya pula persatuan umat Melayu itu akan menjadi lebih-lebih membawa kepada ketetapan dan keadilan di dalam negeri kita yang di dalamnya kita sentiasa telah memberi akan tetapi tiada  mendapat balasan[1] yang berpadanan.
Tuan-tuan adalah dikehendaki memberi satu keputusan sahaja,iaitu adakaah atau tidak hendak dijadikan  United Malay OrganizationUMO[2] itu. Butir-butir perdirian dan perjalanan UMO itu ialah perkara yang tuan-tuan juga mesti menetapkan.”
                                                                            
 (Sedutan dari ucapan Tunku Abdul Rahman Putra setelah mengambil alih jawatan Yang Dipertua Agung UMNO dari Dato’ Onn Jaafar – menarik diri - dalam Mesyuarat Agung UMNO yang ke enam di sebuah hotel, di Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Ogos 1951- mokhtar petah)
UMNO ini adalah sebuah Pertubuhan Kebangsaan Melayu yang sebenar-benarnya bertujauan dan berdasrkan pada memelihara bangsa dan tanahair Medlayuu supaya kita menjadi setaraf dengan lain-lain umat yang bebas merdeka di seluruh dunia ini.
Selama ini paa pendapat saya,kerja yang besar yang telah dijalankan oleh UMNO ialah meruntuhkan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang ada pada hari ini.
Tetapi apakah yang didapati oleh rakyat jelata? Pada pandangan saya kehidupan dan kedudukan umat Melayu serta tarafnya adalah terlebih pada sepuluh tahun dahulu daripada keadaan sekarang ini,apatah lagi jika dibandingkan dengan masa-masa yang jauh ke belakang nescaya didapati kdaan kita adalah bergnda lebih baiknya daripada keadaan sekarang.
Sekiranya kita hendak timbang menimbang atas perasaan hawa nafsu bangsa asing (Orang China, India dan bangsa-bangsa lain),apakah yang akan jadi kepda bangsa Melayu kita dan apakah maknanya yang terkandung di dalam perjanjian Persekeutuan Tanah Melayu? Ini negeri hak Melayu dan berilah kelebihan kepda Melayu.
Masanya telah sampai bagi orang-orang Melayu mesti sedar di atas kedudukand an  kehidupan meeka dan kita mestilah menuntut dan sepenuh-penuh dan segenap hati supaya pihak bekuasa menjalankan apa-apa yang telaah dijanjikan kepada kita.
Seperkara lagi yang penting bagi kita pada masa ini, ialah perkara kemerdekaan. Ada pun cita-cita itu berpatutan dengan keadaan masa sekarang semua jiraa-jiran yang ada dai sekeliling perenggan negeri kita telah merdeka. Lihat Siam,Selon,Indonesia dan Filipina. Mereka adalah bangsa yangmerdeka. Maka mengapa dan  apakah sebabnya kita tidak mendapat kemerdekaan?
Keinginan kita hendak mengambil tempat supaya kita duduk sebelah-menyebelah dengan merteka itu adalah menasabah dengan akan fikiran. Keinginan itu bertambah kuat daripada sehari ke sahari dn hingga akhirnya haruslah perasaan ini tidak dapat di saba-sabarkan lagi.
Pada masa ini cogan yang kita pakai, ialah ‘Merdeka’. Kerana dan untuk merebut kemerdekaan bermacam-macam perkara telah berbangkit di dalam dunia ini. Berjuta-juta nyawa hilang dan beberapa negeriserta pecan menjadi hancur binasa.
Orang-orang Melayu kita menaruh cita-cita untuk mendapat kemerdekaan itu dengan jalan Perlemabagaan seperti yang didapati oleh Selon dari Britain dan Filipina dari Amerika,iaitu tidak dengan jalan menumpahkan darah dan binasa rakyat jelata.
Berkenaan dengan adanya cadangan-cadangan orang-orang kita,iaitu patut kemerdekaann diserahkan kepada ‘Malayan[3],maka siapakah ‘Malayan’ itu belum ada lagi ditentukan siapa mereka itu. Oleh itu biarlah Melayu sendiri menentukan siapa ‘Malayan’ itu.
Janganalah kita gemar kemerdekaan itu hingga dengan kemeredekaann itu kehormatan kita terjual. Ambillah tahu aapa yang akan terjadi kelak atas bangsa kita.Oleh sebab itu saya katakana,mahulah kita berpegang teguh akan semangat Melayu terlebih dahulu supaya dapatlah kita dengan semangat itu menuntut akan kemerdekaan serta terpaksa mereka serahkan kedaulatan negeri ini kepada kita.
Berkenaan dengan bangsa asing yang ada di dalam negeri ini kita tidak akan melupakan bahagian mreka. Bangsa asing itu bolehlah ketahui bahawa bangsa Melayu ini bukanlah bangsa yang tamak.
Lebih daripada dua ratus tahun sudah kita duduk bersama –sama  dan berjirandengan bangsa-bangsa asing  dana apa yang aa pada kita,kita beri kepda merteka dengan kita tidak menunjukkan cemburu ataudengki. Selama dua ratus tahun kita bersama-sama dengan mereka dengan tidak berlaku sesuatu pergaduhan pun. Jika pun ada pergaduahan-pergaduhan antara satu dengan lain-lain ialah kerana hasutan-hasutandari luar.
Pada masa kita bangkit mruntuhkan ‘Malayan Union’  bangsa asiang itu Cuma melihat dan memandang sahaja. Mereka tidak masuk campur atau ambnil tahu apa-apa kerana mereka itu sedar bahawa yang kita tunhtut itu adalah hak kita sendiri dan bangsa asing itu tidak mengambil bahagian kerana pada fikiran mereka mereka itu yang mereka tidak kena-mengena dengan pemerirntahan negeri ini.
Tujuan mereka hendak duduk di dalam Tanah Melayu ini ialah kerna mencari nafkah dan kekayaan dan kita tahu baik-baik yang mereka itu berkehendak merebut hak-hak sisasah (politik) di dalam negeri ini ialah kerana hendak mempertahankan  hak-hak mereka yang ada sekarang. Kita menghormati akan hak-hak merteka dan kita akan timbang dan tilik pula atas segala tuntutan-tuntutan mereka.
Orang China dan India yang saya ketahui tidak berkehendak menjadia ‘Malayan’. Mereka lebih sayang kepada bahasa dan bangsa mereka sendiri.
Kemerdekaan negeri Melayu ini mestilah diserahkan dengan seberapa segeranya kepada kita dengan tidak dihadkan masanya dan ditinggalkan perkara-perkara keamanan negeri dan peraturan-peraturan di dalama masa peralihan dan perubahan milik kepada Melayu untuk mengurus dan mengatgurnya. Sekiranya ditangguhkan tentulah akan berbangkit pertengkaran yang panjang lebar antara penduduk-penduduk di sini.
Tiap-tiap pegawai UMNO  mstilah berjalan ke merata-rata tempat dan menerangkan dasar-dasar perjuangan UMNO dan caita-caita UMNO kepda semua orang supaya janganlah orang menyangka setelah menerima wang yuran tidak ada apa yang UMNO buat kerana mereka.
Jangan orang Melayu berfikir semua pekerjaan itu akan berjaya jika orang Melayu sendiri tidak mengambil berat di dalam hal itu. UMNO sedia akan memberi bantuan dan menguruskan jika di dapati kesulitan di dalam menjalankan pekerjaan-pekerjaan dan kehendak-kehendak itu.
Kita  mestilah ada keberanian bertanggungjawab dan berusaha. Hendaklah ingat bahawa dasar-dasar itu mengutamakan faedah Melayu dan anak cucu kita pada masa hadapan.”

 (Tamat)


[1]  Hayati falsafah: ‘Dagang lalu ditanakkan, anak dalam buayan mati kelaparan. Atau ‘Kera di hutan di
    susui, anak dalam buaian mati kelaparan’, ‘Ayam mati kelaparan alam kepuk padi’, ‘Itik mati kehausan
    dalam kolam’. Pada masa itu orang Melayu mengalami: ‘Susu diberi tuba dibalas’.
[2]  Pada hari itu belum di tetapkan dengan nama United Malay Organization UMNO.
[3] Rancangan ini dijalankan oleh Dato’ Onn bin Jaafar.

No comments: