Thursday, May 17, 2012


  KETUANAN MELAYU

                  MALAYSIA BUKAN KERAJAAN MELAYU? 
                              (Ulangan)

                            Oleh: Mokhtar Petah

  KETUANAN MELAYU

                  MALAYSIA BUKAN KERAJAAN MELAYU?
                              (Ulangan)

              Oleh: Mokhtar Petah

“ … lebih baik kita jangan guna perkataan ‘ketuanan Melayu’ kerana dikhuatiri ia mampu mencetuskan pertikaian . Tak perlulah kita gaduh – gaduh,” demikian dialog keramat Presiden GERAKAN dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam sidang akhbar Ahad lalu.
Dr.KohTsu Koon di antara beberapa orang tokoh politik bukan Melayu yang menimbulkan isu ‘ketuanan Melayu’ yang menimbulkan perhatian umum hari ini.
Beliau mengeluarkan dialog keramat itu kerana mengulas kenyataan Timbalan Preden MCA, Datuk Sri Chua Soi Lek dan Ketua Wanita MCA, Datik Paduka Chew Mei Faun mengenai ‘ketuanan Melayu’.
TANGGUNGJAWAB
“Kita perlu merujuk kepada Perlembagaan di bawah Artikel 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak,”kata Dr. Koh Tsu Koon.
Artikel 153 (1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang Diertuan Agong memeliharan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana – mana Negeri Borneo dan kepentingan – kepentingan sah kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, “ Adalah salah dan tidak tepat bagi sesiapapun, sama ada di dalam atau di oluar parti untuk mengatakan kerajaan (Malaysia) adalah sebuah kerajaan Melayu.”
BANGSA MELAYU
‘Ketuanan Melayu’ masih wujud, boleh dihormati dan akan terus kekal selagi bangsa Melayu wujud di Semenanjung ini dan walaupun ditakdirkan Raja – Raja Melayu telah tidak ada lagi.
‘Ketuanan Melayu’ tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun kerana ia adalah rakaman dalam sejarah bangsa Melayu. Sejarah menunjukkan ‘ketuanan Melayu’ adalah salah satu dari dua perkara berikut ini:
                        1 -  Raja Melayu yang memerintah Negeri –
                              Negeri – selepas meredeka Yang Dipertuan
                              Agong sebagai ketua kepada Raja - Raja
                              Melayu memerintah Negara ini -. Maka    
                              mereka adalah tonggak ‘ketuanan Melayu’.
                              Atau,
2 -  Bangsa Melayu bangsa asal dan pemilik
        Semenanjung Tanah Melayu termasuk
        Temasik (Singapura) dan pulau – pulau di
        bawah takluknya.
KERAJAAN MALAYSIA
Di segi sejarah dan konvensyen bangsa, Kerajaan Malaysia adalah Kerajaan Melayu, kerana ia duduk di bawah kuasa Yang Dipertuan Agung dan negeri - negeri dalam Malaysia, di bawah Raja-Raja Melayu.
Tetapi di segi Perlembagaan memanglah bersifat Kerajaan Malaysia, Iaitu kerajaan berkongsi kuasa dengan orang – orng keturunan lain, iaitu Cina dan India.
Singapura sebagai contoh; walapun ia diprintah oleh orang – orang Cina keturunan orang Cina dari Tanah besar Cina, tetapi pada hakikatnya pulau itu milik Melayu.
Tamat.


No comments: