MAMPUKAH UMNO PERTAHANKAN MELAYU?
Oleh: Mokhtar Petah
(akhir)
Pada zaman Dr. Mahathir Mohamad memimpin UMNO telah berlaku beberapa pergolakan dalam UMNO,di antaranya:
* Retak dan belah 2M – Mahathir – Musa -, Datuk
Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia.
* Kumpulan 11 telah berjaya membawa kes UMNO
kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan
pada 4 Februari 1988 hakim, Datuk Harun Hashim
telah membuat keputusan, bahawa UMNO sebuah
pertubuhan yang tidak sah,mengikut Seksyen 12
(3) Akta Pertubuhan Pertubuhan 1966,UMNOtidak
sah di segi undang-undang.
Dr. Mahathir Mohamad telah berusaha menubuhkan (semula) UMNO, tetapi telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Februari. Setelah diubah suai, iaitu menggunakan nama UMNO Baru, maka pada 15 Februari 1988 UMNOBaru telah didaftarkan menjadi sebuah pertubuhan yang sah. Ertinya UMNOyang ditubuhkan pada tahun 1946 telah berkubur tanpa nisan menurut undang-undang negara.
Pada hari-hari sebelum UMNO baru ditubuhkan dan didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan, terdapat golongan politik China termasuk beberapa orang kalangan MCA telah bergerak untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan seperti melantik seorang China dari parti itu untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.
* Wujud team A dan Team B sehingga Dr.
Abdullah Badawi dijadikan melukut tepi gantang oleh pucuk pimpinan UMNO, kerana seperti orang bercinta; sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi.
Pada masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli politik naiktocang. Dialah ibarat gadis bertuah.
* Krisis antara Raja Melayu dengan UMNO sekitar tahun 1992. Hasilnya kerajaan pimpinan Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Ghafar Baba telah
berjaya memansuhkan kekebalan Raja Melayu. Sidang
Khas Dewan Rakyat pada 18-19 Disember 1992,
telah meminda perkara dalam Perlembagaan: Artikal
181(2) : ‘Tiada apa-apa perbicaraan boleh
dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi satui-satu negeri atas sifat dirinya sendiri.’ Artikal berikut menjadi penghalang kepada pindaan itu:Artikal 38(4): ‘Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran boleh diluluskan dengan tidak persetujuan Raja-Raja’.
Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ghafar Baba dalam ucapannya pada waktu membentangkan usul “Raja Berpelembagaan’ dalam Dewan Rakyat pada 10 Disember 1992,antara lain berkata:
“Saya rasa diri saya memikul tanggungjawab yang sangat berat bagi membawa satu usul yang penting di dalam Dewan yang mulia ini kerana ianya melibatgkan kedudukan Raja-Raja yang selama –lamanya saya anggap sebagai sahabat-sahabat saya yang sentiasa disanjung dan dihormati. Tetapi oleh kerana kepentingan negara mengatasi segala-galanya,maka saya terpaksa berdiri untuk membentangkan usul yang berbunyi:
….Kerajaan menegaskan pendiriannya mahukan Institusi Raja Berpelembagaan dikekalkan di negara ini, walau bagaiamana pun,kerajaan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya bagi menegur dan memperbetulkan apa-apa juga kesilapanm yang didapati telah dilakukan oleh mana-mana juga Raja-Raja Melayu.
Bahkan tindakan Kerajaan ini adalaah dibuat dengan ikhlas dan bertujuan untuk mengekal dan mempertahankan Institusi Beraja sebelum rakyat jelata sendiri bertindak liar terhadap Raja-Raja yang mungkin tidak boleh dikawal lagi akhirnya.
…rakyat jelata telah memberi persetujuan untuk beberapa keistimewaan kepada Raja-Raja sebagaimana yang tersebut dalam Artikal 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang disebut, ‘No Law directly affecting privileges, position, honours and dignities of the Rulers shall be passed without the consent of the Conference of Rulers’.
Cabutan dari titah Sultan Perak,Sultan Azlan Shah di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang: “Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzaum sejarah kerana rakyat Iran tidk lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada Takhta,kononnya Takta Merak Pahlavi telahmelebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya, pensihat-penasihat istana ini terdiri daripada mereka ayang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan itu berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta tergugat.
Walau seberapa banyak sekalipun askar,polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan,namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakibulkan Allah,maka berpindahlah takhat dari istana ke muzium seni dan budaya”. – mokhtar petah)
Riak-riak kecil pada hari-hari sebelum dan setelah Peristiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Mengeri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998.
Beliau disingkir dari UMNO dan ditangkap atas tuduhan-tuduhan tertentu.
Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan Presiden UMNO dan jawatan itu telah dipangku oleh Abdullah Ahmad Ahmad Badawi.UMNO mengalami Timbalan Perdana Menteri baru di sandang oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Mungkin boleh dijadikan ‘perhatian’ di kalangan ahli-ahli UMNO,iaitu sebuah buku sejarah UMNO hendaklah ditulis agar perjuangan parti itu dibaca dan diketahui oleh generasi hari ini dan akan datang.
Semenjak Dato’ Onn bin Jaafar hingga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, adanya pergolakan, krisis dalam UMNO dan segala macam tidak puas hati di kalangan ahli-ahlinya disebabkan beberapa faktor, di antaranya:
1 - Pemimpin lebih mementingkan dirinya sebagai
Orang nombor satu yang kadang kala ada sikap
kediktatoran kecil yang mereka lakukan.
2 - Pertukaran dari intelektual seorang pemimpin
kepada sikap veto dan autokrasi setelah
memegang kekuasaan tertinggi.
3 - Tindak tanduk orang-orang kanan atau rakan –
rakan rapat pemimpin menggunakan nama
pemimpin bagi mena dapatkan pengaruh
di kalangan orang ramai atau menakutkan
mereka.
4 - Sikap telunjuk lurus kelingking berkait di
kalangan orang-orangyang rapat dengan
pemimpin dan mereka mengejar kepentingan
diri sendiri.
5 - Ada di antar ahli-ahli UMNOyang
berkedukukan atau berkuasa menjadi tidak
jujur kepada parti dan orang ramai,melakukan
rasuah atau politik wang, menikan kawan
seperjuangan dari belakang dan menjadi alat
kepada syarikat-syarikat gergasi bukan
Bumiputera.
AKAR UMBI
Pada masa mendatang ini, UMNO akan berada pada keadaan normal dan memuaskan hati ahli-ahlinya sekiranya faktor-faktor di atas ini dapat dielakkan dan di musnahkan hingga ke akar umbi.
Kita bersyukur kepada Allah, denganhidayah dan taufiq-Nya, Perdana Menteri, Dr.Mahathir Mohamad telah mengistiharkan dalam Dewan Rakyat, bahawa Malaysia telah bertukar dari sebuah negara nasional – kapaitalis kepada Negara Islam. Apabila Abdullah Badawi mengambil alih kepimpinan negara,beliau telah mengemukakan sajaknya yang berfalsafahkan Islam – Al Quran dan As Sunnah. Sekali gus beliau telah mengitiharkan konsep Islam Hadharimenjadi asas negara. Asas itu juga telah menjadi tunjang, batang dan puncak pada cekap, amanah dan adil yang menjadi amalan negara.
Segala-galanya telah berlaku, maka apakahUMNO akan tetap menjadi sebuah parti nasionalis yang terus menjaga kepentingan nasional atau ia membiarkan negara ini diperintah oleh kalangan yang cenderung kepada mengenepikan bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam?
Seluruh ahli UMNO mestilah bersaspada, bahawa pada masa kini, umat manusia yang hendak menghapuskan satu-satu bangsa, agama Islam dan Raja Pemerintah dengan menggunakan senjata sosio-demokrasi. Iaitu sosialisme demokrasi dari falsafah Karl Mark. Adakah sosialis tersebut yang menurut sains politik, adalah mempunyai ideologi yang paling hampir atau sebadan dan senyawa dengan komunisme.
No comments:
Post a Comment