Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.
Thursday, May 3, 2012
Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.
PENDAPAT ULAMA
Sebarang usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan akan memberi kesan negatif kepada negara.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya dipertahankan perlu dijadikan sebagai satu dasar, tujuan dan cabaran oleh masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.
"Saya melihat menjadikan Islam sebagai cara hidup itu satu pendapat yang sangat baik tetapi masalah akan timbul apabila ada usaha untuk meminda Perlembagaan.
--------------------
Pendapat mualim muda ini, mungkin diterima dan diikut oleh para belia dan orang dewa yang tidak faham falsafah politik dalam al Quran, atau mereka yang dikatakan 'Islam moderet' , ataupun orang Islam yang terpengaruh dengan perjuangan Sheikh Abdul Wahab, pada perjuangan awal menegakkan mashab Wahabi dan kerjasamanya dengan As sa'ud dan British,Yahudi dan lain.
Dalam Quran tidak ada tegah umat Islam meminda sesuatu organisasi yang tidak berdasarkan Quran. Nabi MUhammas s.a.w. diperintakan Allah supaya menghapuskan organisasi dan perlembagaan asobiyah atau nasional Arab Qurisy dan membangun organisasi Islam antarabangsa dan perlembagaan islam.
Kalau percakapan Fathul Bari tidak ada apa - apa royalti, saya kira beliau setuju dengan pandangan saya di atas ini.
Perlembagaan Malaysia, bukanlah al Quran. Dalam negara demokrasi ini, Ia boleh dipinda melalui sidang Dewan Rakyat (Parlimen). Tetapi tidak boleh dipinda secara paksaan dan sebagainya.
Dalam perlembagaan, Bahagian (1), 3 - Agama Islam ialah bagi Persekutuan; tetapi agama - agama lain boleh diamalkan dengan aman an damai di mana - mana bahagian Persekutuan.
'Islam adalah agama Persekutuan', jika kita meneliti (lari fikiran kita dari zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta para pemimpin Cina dan India dengan British untuk mewujudkan Perlembagaan negara kita), bahawa, ada kelonggaran.
Sayakira lebih baik, jika difikir secara orang Islam yang 'hakiki', iaitu 'Agama Islam adalah dasar negara'. Dan kalimat - kalimat berikutnya diterima.
Apabila dipinda kepada ' Agama Islam dasar negara', maka semua undang - undang berkuat kuasa mengikut dasar al Quran, al Hadis dan Ijma' ulama dan ahlus sunnah.
Mari melihat 'Sahifah Madinah' atau Piagam Madinah' yang ditandatangani oleh Rasul Allah, Muhamma s.a.w. dengan pihak kaum - kaum Yahudi di Madinah, sebanyak 47 fasal.
Dalam perjanjian itu, pemerintah Islam pimpinan Muhammad. s.a.w.memberi perlindungan dan kerjasama dengan kaum - kaum Yahudi dalam hal ehwal pergaulan, kemsayarakatan dan kemansuiaan.Tetapi pada fasal 47, termaktub dlam bahasa Arab dan maknanya begini:
Bahawa Piagam ini tidak boleh dipakai bagfi melindungi orang - orang dan yang bersalah; dan bahawa - mulai saat ini - sesiapa berpegian dari Kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuai orang - orang yang zalim atau yang bersalah. Dan, bahawa Allah merastui setiap orang yang membuat kebajikan (ertinya hubungan baik sesama manusia) dan bertakwa dan bahawasanya, Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment