POLITIK
“Perjuangan asal UMNO mesti terus dikekalkan. Kita mahu pemimpin yang ikhlas, jujur, beramanah serta memahami perjuangan UMNO. Perjalanan kita masih jauh.
UMNO dan orang Melayu mesti menguruskan kejayaan yangtelah dibina selama ini untuk terus menjadi bangsa yang bermaruah dan dihormati.”
Begitulah pandangan Abdullah Badawi tentang UMNO dan kepentingan bangsa Melayu pada hari ini dan pada masa akan datang. Pandangan yang berharga itu perlulah dikaji dan diamalkan oleh genarasi muda Melayu untuk menjamin masa depan mereka, iaitu tidak menjadi ‘orang merempat di bumi sendiri’.
KITA PEWARIS UMNO
(Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 55, atas nama Pemimpin Utama UMNO Malaysia, Abdullah Badawi telah membuat ucapan dalam perasmian Perhimpunan Agung itu dengan kalimat-kalimat yang bercampur ‘gula dengan garam’, ‘nasihat dan kecaman’, ‘sanggahan dan bimbingan’ dan pendeknya beliau seperti seorang doktor bedah yang melakukan pembedahan atas tubuh manusia.
Dalam menjalankan pembedahan itu, beliau telah menyuntikkan ubat keruhanian kepada manusia di hujung pisau tajamnya itu. Ubat tidak diadukan dengan dadah itu mengandungi:
1 . Ilmu Pengetahuan
2 Keimanan, ketakwaan dan akhlak mulia – AL Quran
dan As Sunnah Nabi.
3 . Akhlak yang mulia.
4 . Ikhlas dan amanah.
5 . Adil dan ihsan.
6 . Bertanggungjawab kepada diri sendiri sebagai seorang
mukmin atau mukminat.
7 . Menunaikan janji-janji kepada rakyat jelata.
8 . Insaf diri sebagai individu dari bangsa Melayu dan
sekali gus mengenali Melayu itu orang Islam.
9 . Kerjasama dari atas hingga ke akar umbi seperti
Nabi Muhammad s.a.w. bekarjasama dengan para
anggota Kabinet atau Majlis Syuranya.
Dari pengertian di atas,maka UMNO haruslah terus menerus menggunakan falsafah orang Melayu, “tak kenal maka tak cinta’. Orang ramai telah kenal UMNO dan semua pendukung UMNO dari peringkat atas hingga ke peringkat bawahan, di kampung-kampung pendalaman,maka ia tidak lagi khuatir untuk mendapat sokongan dan undi dari orang ramai.
“Perhimpunan hari ini dilangsungkan dalam suasana negara baru merayakan hari ulang tahun kemerdekaan kali ke-47. Perhimpunan ini dilangsungkan ketika UMNO telah mencapai usia 58 tahun. Perhimpunan kali ini juga meletakkan satu tanggungjawab baru kepada saya, untuk pertama kalinya mengisi agenda, menyampaikan ucapan dasar Presiden parti.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali dengan nama UMNO merupakan parti politik terbesar di tanah air kita dengan keahlian sejumlah 3.2 juta orang. Parti yang mula diasaskan di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Onn Jaafar telah bersilih ganti pimpinannya dari Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebelum tanggungjawab pimpinan parti diserahkan kepada saya. Alhamdulillah, dalam perjalanan menempuh usia 58 tahun, UMNO bertambah kukuh – bertambah matang.
Kita terhutang budi kepada setiap seorang dari mereka yang telah mewariskan kepada kita UMNO yang kukuh lagi matang. Kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, kita doakan semoga roh mereka berada di kalangan para solehin. Sempena perhimpunan ini sama-samalah secara ikhlas kita bacakan Surah Al-Fatihah. Semoga bacaan tersebut diterima sebagai amal soleh oleh Allah s . w . t . Semoga ganjaran dari amal ini disampaikan kepada roh-roh para pejuang UMNO yang telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah.”
(Sedutan ucapan Dato’ Onn bin Jaafar sebaik-baik sahaja beliau dipilih menjadi pengerusi Kongres orang Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 1,2,3,4 Mac1946, iaitu sebelum penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO.)
“Sebelum saya ucapkan berkenaan dengan tujuan atas fasal yang pertama dalam kongres ini,saya mengucap terima kasih dengan setulus-tulus hati kerana kehormatan yang tinggi yang telah tuan-tuan kurniakan kepada saya dengan melantik saya sebagai pengerusi bagi persidangan yang sangat bermakna ini dari wakil-wakil umat Melayu dari segenap negeri dan jajahan Tanah Melayu ini.
Kepercayaan tuan-tuan ialah satu benda yang tidak dapat saya lafazkan dengan lidah. Perbuatan tuan-tuan atas saya ialah satu lafaz kepercayaan tuan-tuan atas mustahaknya kongres sebagaimana yang berkumpul di sini atas kemahuan dan keazaman tuan-tuan dari runddingan-rundingan dan keputusan hari ini hendak membina tapak bangunan yang akan menghasilkan dan mengesahkan cita-cita bangsa kita yang telah lama diada-adakan iaitu persatuan (parti politik) di antara kita sendiri.
Adapun maksud dan tujuan itu ialah keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita itu hanyalah dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat diperliharakan dengan perpegang kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sekalian.
Sebagai mana kita ini akan menaruh fikiran yang lain-lain dan apa jua taraf dan kedudukan kita itu bahawa adalah satu sahaja hakikat dan kehendak kita itu iaitu, kita berkehendak meninggikan dan memeliharakan maruah serta kesopanan bangsa kita. Kita berkehendakkan tanah air kita dan bangsa kita ini terselamat dan kuat.
Kedua-dua itu hanya boleh terselmat jika kuat dan hanyalah boleh kuat jika (kita) bersatu padu. Dan lagi kita berkehndak mengambil bahagian dan pikulan (tanggungjawab) kita pada menolakkan selagi da masa. Akan keaiban yang disebabkan oleh kebinasaan dan kehapusan bangsa kita itu. Kita berkehendak melihat supaya berhasil persatuan (parti politik) di antara bangsa kita ini disokong dan dibantu dengan sepenuh-penuh secukup kekuatan menurut kehendak zaman yang ada ini.
Pada waktu dan zaman kehidupan kita ini setelah ditimpa suatu peperangan yang tiada bandingnya di dalam tawarikh dunia ini mana sekalian manusia di dalam segala negeri adalah berharap akan dapat merasai suatu keadaan berhidup yang lebih baik dan lebih selamat daripada yang sudah.
Adakah kita berkehendak memandang sahaja akan hal-hal itu atau adakah kita berkehendak juga menyaingi mereka itu. Belumlah pernah lagi terhadap kepada kita suatu peluang bagaimana yang ada ini pada memilih yang mana kita berkehendak itu.
Adakah kebahagiaannya atau kecelakaannya. Maka pilihana itu adalah terbuka kepada tuan-tuan sekalian pada memilihnya. Timbangan neraca nasib bangsa kita itu adalah di dalam genggaman tuan-tuan pada hari ini.
Keputusan dan pilihan tuan-tuan itu akan menentukan sama ada sekiranya kita akan mengambil bahagian yang terpuji pada memberatkan timbangan neraca itu kepada mendatangkan kepercayaan daripada kebimbangan dan kebahagiaan daripada kesengsaraan.
Adapun kemudian daripada kemalangan yang terbit daripada peperangan dunia yang baharu lepas ini maka bangsa dunia telah bersatu padu mengadakan suatu ikhtiar bagi menyelamatkan darinya daripada dibinasakan oleh bangsa yang lain serta mengadakan suatu ikhtiar bagi membetulkan perkara-perkara yang mendatangkan kesusahan kepadanya dengan tidak payah lagi bermusuh-musuhan.
Maka daripada ikhtiar itu zahirnya United Nations Organization - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - itu.
Catatan:
United Nations Organization telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945. Di antara tujuan penuhan itu,ialah untuk menghubungkan kerjasama antara negara - negara di seluruh dunia. Memupuk dan menjaga keamanan dan kebajikan bagi umat manusia.
Anggota-anggota tetap: China, Perancis, Rusia, Britain dan Amerika Syarikat. Ibu pejabat PBB di New York. Di ibu pejabat itulah tempat perhimpunan anggota-anggotanya.
Di antara badan - badan di bawahnya, ialah: *Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) *Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) *Persatuan Pembangunan Industri PBB(INODO)*Persatuan Pengetahuan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO).
Kerana adanya Anggota- Anggota Tetap mempunyai kuasa veto dan negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Britain yang sering keras kepala,maka kadang kala PBB separti mengalah. Di antaranya pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan kezaliman Yahudi ke atas Palestin.
(Bersambung kepada esok)
No comments:
Post a Comment