Wednesday, April 8, 2009

TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Abdullah Ahmad Badawi
(Gambar Jabatan Perdana Menteri Malaysia)

Mantan Pertdana Menteri, Tun Dr. Abdullah Ahmad Badawi
bercakap dengan para wartawan di Kelab Tasik Putrajaya semalam.

Saya tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Tidak ada banyak bezanya antara kehidupan dulu dengan kehidupan sekarang, tetapi la (sekarang) ni lebih bebas menentukan jadual harian saya, tidak terikat dengan jemputan untuk menghadiri majlis.

Saya juga mempunyai lebih banyak masa untuk memandu. Saya boleh bawa (memandu) kereta sendiri …, saya suka memandu.

Malah, saya juga boleh membaca lebih banyak buku sebab sebelum ini tidak berkesempatan kerana terpaksa meneliti banyak dokument dan kertas kerja.”


PAK LAH

Dari jauh ku lihat dia;

Dia seorang pemimpin.

Kudekati dia;

dia pemimpin,

bapa,

handai setia.

- Mokhtar Petah


Datuk Abdullah Badawi terkejut dengan kata dua yang dibawa oleh orang-orang UMNO yang menemuinya itu, iaitu kira-kira begini kata mereka, “... kalau kali ni hang tolak, masa akan datang jangan harap kami nak pilih yang lagi” – menolak bererti dia terpaksa ber‘putus arang’ dan ber‘kerat rotan’ dengan orang-orang UMNO dalam semua cawangan dalam bahagian Kepala Batas. Kalau beliau menerima harapan mereka, bererti beliau terpaksa memikul beban dan tanggungjawab yang amat berat.” 1


Abdullah Badawi dilahirkan di Pulau Pinang, pada 26 November 1939.Bapanya, Haji Ahmad Badawi. Datuknya, ulama terkenal dan bekas mufti Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim. Ibu Abdullah Badawi, Datuk Hajah Kai Lan binti Haji Hassan. Pada masa bayinya, selain dari menyusu pada ibunya, Abdullah Badawi telah menyusu pada seorang ibu susuannya.

Semenjak dilahirkan ke dunia hinggalah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM), Abdullah dididik dalam rumah tangga orang alim. Bapa dan ibunya tinggal bersama datuknya, di sebuah rumah, di seberang jalan raya Kepala Batas - Bukit Mertajam, iaitu di hadapan sekolah agama Daeratul Ma’arif al Wataniah, Kepala Batas.

Setelah tamat dari sekolah Melayu, Permatang Bertam, Kepala Batas, beliau telah melanjutkan pelajaran ke sekolah Menengah Tinggi, Bukit Mertajam. Di samping itu beliau telah belajar di Sekolah Daeratul Maarif al Wataniah pada sebelah petang. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajarannya di Methodist Boys School, Pulau Pinang.

Universiti Malaya

Sesuai dengan kehendak bapa dan ibunya, di samping mempunyai pelajaran agama yang ada padanya, Abdullah Badawi melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM). Beliau telah menuntut dalam jurusan Pengajian Islam (Islamic study).Sebaik-baik sahaja tamat dari Universiti Malaya, beliau berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan, iaitu sebagai Penolong Setiausaha di Federal Establishment Office (FEO).

Apabila berlaku tragedi 13 Mei 1969, Abdullah Badawi telah diangkat ke jawatan Ketua Setiausaha Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein.

Pada tahun 1970, Abdullah Badawi menyandang jawatan Ketu Pengarah Belia, Kementerian Belia dan sukan. Kemudian memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang sama.

Pada masa menghadapi Pilihan Raya Umum 1978, Abdullah Badawi tercabar untuk memikul tanggungjawab perjuangan yang besar. Beberapa orang yang mewakili UMNO bahagian Kepala Batas telah datang menemui beliau di Kuala Lumpur untuk meminta beliau menjadi calon Barisan Nasional bagi kawasan Dewan Rakyat Kepala Batas.

Barisan Nasional

Mereka itu mahukan Abdullah Badawi menjadi calon bagi kawasan itu, adalah kerana faktor-faktor tertentu, iaitu:


* Abdullah Badawi anak tempatan yang mempunyai ilmu pengetahuan bersifat ‘hadhari’ – duniawi dan ukhrawi.

* Beliau seorang yang terkenal di tempatnya dan dihormati oleh orang ramai di sana.

* Beliau mempunyai bakat sebagai seorang politikus dan boleh diharap oleh penduduk-penduduk dalam kawasan Kepala Batas khasnya dan seluruh negara amnya.

* Beliau anak kepada seorang mualim dan ahli politik yang terkenal di Pulau Pinang.

* Beliau seorang ilmuwan yang berpangkat tinggi dalam kerajaan, tidak bersikap sombong atau takbur dan sebarang keburukan peribadi.

Abdullah Badawi telah menolak hajat para wakil UMNO Kepala Batas itu. Beliau meminta mereka memilih bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Murad Mohd. Nor menjadi calon Barisan Nasional bagi kawasan Dewan Rakyat Kepala Batas.

Saya berpendapat, kalau Abdullah Badawi tidak dicalonkan untuk jadi wakil rakyat di Kepala Batas ini, maka perjuangan datuknya Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya, Datuk Haji Ahmad Badawi hilang sahajalah kalau tak disambung oleh Abdullah,” kata Setiausaha UMNO bahagian Datuk Haji Ahmad Nor.

...jadi kami pi jumpa Datuk Lah, dia kata, nanti pilihan raya lagi sekalilah kot,” kata Haji Ahmad Nor lagi.

Dia tolak. Kami kata ada calon lain, iaitu Tan Sri Murad, Datuk Lah kata, eloklah,” tambah Haji Ahmad Nor.

Mereka telah pergi berjumpa Ahmad Murad lagi. Tetapi dalam pertemuan ini,, dia telah menolak juga. Setelah itu mereka berjupa dengan Abdullah Badawi lagi, tetapi beliau menolak juga

Kami pi jumpa Tan Sri Murad lagi. Kali ni Tan Sri Murad kata kepada saya, Nor, ni aku nak beritahu, aku ni pandai dalam hal kerja (bidang pelajaran) aku la ni, tapi aku bodoh dalam politik. Adakah hampa orang politik ni berfikir, tempat aku pandai hampa suruh aku berhenti, tempat aku bodoh hampa suruh aku kerja? Lingkup hampa habis ...,” jelas Haji Nor.

Saya fikir alasan Tan Sri Murad beri tu munasabah, jadi dia suruh kami pergi sekali lagi, pergi pujuk Datuk Lah. Dia kata Datuk Lah ni dia pandai tempat dia buat kerja, dalam politik dia ada asas. Pak dialah, tok wan (Sheikh Abdullah Fahim) telah melibatkan diri secara langsung dalam politik,” jelas Haji Ahmad Nor lagi.

Aku ni, pak aku bukan hang (Ahmad Nor), kalau pak aku hang tak apalah aku ada asas. Saya pergi jumpa Datuk Lah kali yang keempat. Saya kata, kalau kali ni hang tolak, masa akan datang jangan harap kami nak hang lagi..., dia kata, enta balik dulu, dalam dua minggu lagi ana beri jawapan, cukup dua minggu Datuk Lah pun terima,” tambah Haji Ahmad Nor.

Oleh sebab beliau menduduki tempat kedua dan pada satu waktu pernah menentang Datuk Seri Dr. Mahathir, maka beliau tidak pernah diramalkan untuk menggantikan tempat Datuk Seri Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Akan tetapi, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Di luar dugaan banyak pihak, pada 8 Januari 1999, empat bulan selepas pemecatan Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Abdullah tekah diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang keempat di bawah Dr. Mahathir selepas Tan Sri Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.’2

Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan, Dia yang mempunyai kunci langit dan bumi. Dilapangkan-Nya rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan dibatasi-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya; Sesungguhnya Dia maha mengetahui segala sesuatu.3 Maka Allah telah menentukan Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak menjadi dua pemimpin bangsa Melayu - umat Islam dan rakyat Malaysia.

1. Mokhtar Petah, DatukAbdullah Badawi Pejuan Kemanusiaan Sejagat – 1997.

2. Chamil Waria, Abdullah Ahmad Badawi Perjalanan Politik PM – 2004.

3. Quran, Asy Syura: 12.






































































No comments: