Biduwanita Sofi
"Sofi nak hidup dengan seni ..., tak nak hidup jadi korban cinta ...," kata biduwanita Sofi.
Dia berasal dari Kuala Kedah. Sepuluh tahun yang lalu dia telah mengembara ke dalam perut Bandaraya Kuala Lumpur untuk memungut razeki Tuhan dengan bekerja makan gaji. Di Kuala Lumpur ramai lelaki yang pandai menawarkan cinta. Sofi telah tertawan oleh cinta lelaki. Tetapi akhirnya dia menjadi mangsa cinta.
Namanya, Sofia binti Mansor, 30 tahun. Kini menjadi biduwanita tetap bersama pemusik solo, di Kafe Sri Emas, dalam sebuah hotel di Bandar Kelang.
Sofi boleh menyanyi lagu Melayu, asli dan moden - rok dan sebaginya. Dia juga boleh menyanyi lagu Inggeris dan Hindustan.
Setiap pengunjung kafe itu, bila mendengar Sofi menyanyi, mereka lantas teringat kepada biduawinita Singapura, Juli Sudiro dan biduawnita Indonesia tahun 1960 - an Titik Puspa, kerana suaranya seperti suara mereka.
Bila bertanya kepadanya tentang jika ada lelaki yang berhajat menjadikan teman hidup, jawabnya, "Sofi tak fikir nak berumah tangga,
cinta Sofi hanya kepada seni lagu,
biarlah Sofi hidup dengan seni ..."
"Sofi tak takut hidup membujang ..., "katanya.
" ...yang Sofi takut menjadi korban cinta ..., "Katanya lagi.
"Sofi tahu siapa saja jadi korban cinta, hidupnya merana ..., kalau Sofi merana,
macam mana nak cari makan,nak sambung hidup?" Tanyanya.
Seorang Dato yang turut bersama saya mendengar Sofi menyanyi lagu zaman P. Ramlee, sambil mengeluh, dia memuji akan keayuan Sofi.
Saya katakan kepadanya, biar dia dengan senyinya, Dato wiris selalu dengan kata - kata ini:
" Hendakku bawa perahuku sempit, nakku tinggal tak sampai hati."
Dato ketawa dan saya tahu, dia telah jatuh hati kepada Sofi.
No comments:
Post a Comment