Saturday, April 25, 2009

QURAN



MENUDUH ORANG



Siapa yang melakukan dosa, sesungguhnya dia melakukan untuk dirinya (sahaja), dan Allah itu tahu dan Maha Bijhaksana.

Siapa yang melakukan kesalahan atau kesalahan, kemudian dituduhnya orang lain yang tidak bersalah melakukan kesalahan, sesungguhnya dia (sendiri) memikul - dosa - atas kebohongannya dan dosa yang terang. - An Nisa: 111, 112.



HADIS



WANITA KAHWINKAN WANITA


Nabi Muhammad s.a.w. telah mengeluarkan hukum: Wanita tidak boleh mengahwinkan wanita dan tidak boleh mengahwinkian dirinya (dengan lelaki). (hasil perbuatan itu adalah zina).

- Perawi: Ad Darqattni.

PETUA



ORANG TUA


Apabila seorang tua (melebih 80 tahun usianya), dia berCakap sesuai dengan agama Islam, maka percakapannya boleh diterima sebagai amalan yang baik, tetapi kalau dia bercakap berlawanan dengan agama Islam, seperti menghina orang, menyalahkan orang lain dan dirinya sahaja yang betul atau mengambil tahu atau campur tangan dengan urusan orang lain, maka perkataannya tidak boleh dipakai, kerana dia telah nyanyuk.

Orang yang begini, kalau dia kembali sedar dan mengikut landasan agama Islam, maka matinya dalam iman, tetapi kalau dia masih meneruskan perbuatannya itu, maka matinya sebagai mati orang munafik.



*** ***



[Nik+Aziz+sidebar.jpg]

Nik Aziz


" Menipu adalah perbuatan keji yang sangat dibenci oleh manusia dan Islam, kerana perbuatan menipu (dalam polotik - misalnya kempen dalam pilihan raya -, kerajaan, ekonomi, sosial dan semua bidan kehidupan insan) itu akan mengguris hati seseorang yang telah memberi kepercayaan kepadanya (orang yasng menipu). Akhibatnya dari perbuatannya itu boleh menyebabkan orang lain yangn jujur akan teraniaya, kerana orang yang jujur itu munghkin akan dipercayai oleh orang yang menjadi mangsa penipuan itu.

Akibat dari perbuatan menipu itu menyebabkan ajaran Islam yang menggalakkan supaya saling bentu membantu dengan jalan memberi hutang itu telah dilaksanakan, ini kerana kesan buruk dari sifat penipu itu. Sukarlah orang hendak memberi hutang kerana dia takut kena tipu, akibatnya ramai orang yang berharta akan menjadi bakhil.

Sebab itu Islam menganjurkan supaya setiap urusan hutang piutang atau pinjaman mestilah diadakan perjanjian bertulis dengan dua orang saksi, atau dengan mengambil cagaran bagi memastikan bahawa kepentingan orang yang memberi hutang itu terjamin dan terhindar dari penipuan."


*** ***





BUKU BAARU! BUKU BARU!!



MOKHTAR PETAH


DATO SERI NAJIB TUN RAZAK


PERDANA MENTERI


MALAYSIA



DI BAWAH


SANGSAKA BANGSA




*** ***



SAJAK

MIMPI SEORANG LEBAI


Mimpin seorang lebai,

janda manis berlesung pipit,

sinar matanya hiasi budinya,

lembut jejarinya meraut janggut lebai,

“ ...tak usah marahkan saya,

... sekadar menagih dakwah dan mesra.”



Mimpi seorang lebai,

janda biduwanita di geleri hiburan,

jujur hatinya kepada insan,

dirinya terdera, mangsa cinta,

laksana perigi usang hatinya,

padang tandus sawah gersang.



Mimpi seorang lebai,

zuhud lebai rapuh; terkulai patah,

saban malam ke geleri janda,

peribadinya tokoh ‘ketuanan Melayu’,

lehernya terjerut sentiasa tali sutera,

hulunya lapang tanpa ketayap.



Mimpi seorang lebai,

“ Hendakku bawa perahuku sempit,

hendaku tinggalkan tak sampai hati,”

suara janda mengalun irama,

cinta mendera dato Melayu,

istana angan - angan dihatinya.



Mimpi seorang lebai,

Madah janda “ ... apa diharapkan saya,

beza ada antara kita,

saya hanya biduwanita murba,

Dato di puncak ketuanan Melayu,

nama gah lagi berdaulat.”



Mimpi seorang lebai,

“ ... cinta saya hanya kehidupan,

terus menjanda sepanjang zaman,

cinta lelaki laksana kail berumpan,

seriklah saya dikorban jantan, ”

terkulai hati dik gadis idamannya.




Mimpi seorang lebai,

cintakan Allah cinta mulia,

wujudnya damai kekalnya nikmat,

lebai berpatah kedenai lembai,

sejadah lusuh dihidu semula,

kembali zuhud Tuhan dekat.



Mimpi seorang lebai,

“ Tuhanku, selamatkan kekasihku,

biduwanita janda ayu wajah,

kukuhkan hatinya dalam iman,

takwakan - Mu laksana bidadari,

wanita solehah hidup mulia.



Mimpai seorang lebai,

“Hendakku bawa perahu sempit,

hendakku tinggalkan tak sampai hati,”

suara gadis mengejutkan lebai,

bedi subuh badan berpeluh,

lebai bersyukur zuhudnya kukuh.


Pulau Ketam .........................Mokhtar Petah








No comments: