Tuesday, April 7, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS

[Nik+Aziz+sidebar.jpg]

Nik Aziz

Islam menjelaskan, bahawa kebaikan itu berada di tangan yang di sebelah atas, iaitu tangan yang dermawan, berbanding dengan tangan yang di sebalah bawah dengan erti tangan yang menadah sebagai peminta.

Meskipun begitu, tidak seorang pun yang ingin menjdikan identiti peminta itu sebagai cara hidup, kecuali lantaran kesempitan hidup yang terlalu membelenggu, hingga pada jangka waktu singkat penyelesaiannya hanyalah dengan pertolongan orang lain.

Seseorang yang dalam keadaan demikian terpaksa melupakan tentang hinanya hidup yang terpaksa meminta - minta, jika berhutang pun tidak siapa yang akan percaya, pasti orang merasa sangsi tentang keupayaannya untuk membayar kembali hutang tersebut. Oleh itu cara yang sesuai ketika itu lain dari meminta pertolongan dari sesiapa jua yang bersimpati.

Atas nama persaudaraan Islam dan juga kemanusiaan, maka tidak wajar dipersoalkan peribadi peminta sedekat yang muncul di pintu rumah kita, walaupun pada pandangan kasar, si peminta masih sihat dan boleh berusaha.

Seorang dermawan perlu memikirkan, bahawa jangan dibiarkan si peminta itu beredar meninggalkan pintu rumah kita dengan tangan kosong, tanpa mendapat sebarang simpati.”












No comments: