Monday, April 6, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS

[Nik+Aziz+sidebar.jpg]

Nik Aziz

Sesungguhnya janji Allah SWT dalam Al Quran, bahawa orang - orang yang beriman dan beramal solek akan mendapat keampunan Allah SWT dan keredaan- Nya, dengan diberi pahala yang berlipat ganda. Di akhirat kelak akan ditempatkan di dalam syurga yang mengalir sungai – sungai di bawahnya.

Adapun orang - orang yang ingkar kepada Allah serta melanggar undang – undang dan peraturan -Nya, maka kematiannya akan berbekal dosa yang banyak. Mereka akan menerrima kutukan dan kemurkaan Allah Subhanahu wa Taala.

Janji Allah SWT kepada golongan tersedbut, bahawa mereka akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam,menerima balasan dari Allah SWT setimpal dengan kejahatan dan keingkaran yang dilakukan.

Jangka waktu yang singkat berada di dunia, adalah masa yang mesti digunakan sepenuhnya untuk persiapan menghadapi hari akhirat yang tiada hujungnya. Mengabaikan umur atau masa yang terbatas itu akan membawa akibat buruk.

Kematian bererti berakhirnya amalan dan permulaan masa menuai hasil usaha, jika benih baik yang diusahakan serta dengan penjagaan rapi, sehingga bebas dari serangan makhluk perosak, iaitu iblis laknatul Lah alaih (Allah melaknat atasnya), maka insya Allah mereka akan menuai hasil yang baik, bermula di alam barzah hingga tiba ke akhirat kelak.”








































































No comments: