Nik Aziz
“Islam mengatur cara mudah untuk mengubur (mengekebumi)kan jenazah, oleh kerana kejadian manusia dari tanah, setelah mati dipulangkan ke tanah juga.
Masa untuk berbangga dengan kemegahan dan keagungan sudah berakhir apabila jasa sudah ditanam dan ditelan bumi. Segala kemegahan di atas pusara tiada kaitan langsung dengan penghuni kubur itu, kedua keduanya berada di alam yang berbaza. Tidak guna mini istana yang terukir indah di atas pusara, kerana mayat di dalam kubur mungkin sedang diazabkan oleh malaikat.
Sesetengah orang masih cuba hendak menunjukkan kemegahannya terhdap orang – orang miskin dan fakir walaupun dia sudah mati, pada hal jika kubur orang – orang jika kubur orang – orang ternama atau orang hartawan dan jutawan itu dibongkar semula dan dilihat keadaan mayat di dalamnya, nescaya tidak siapa pun yang dapat membezakan antara mayat orang kaya dan mayat oerang miskin.
Mereka samasaja dibalut dengan kain putih, walaupun kain kapan orang kaya dari jenis yang mahal dan orang miskin hanya kain belacu yang murah, namun kain – kain itu sama saja berlumur dengan nanah dan air danur dari daging mayat yang reput. Justru itu di dalam kapan itu tiada bezanya antara mayat orang jahil dengan mayat tok alim, sama saja antara mayat orang kaya dengan mayat orang miskin, kesemuanya dedang reput di mamah bumi.
… jika pahala mengatasi dosa maka mereka akan dimasukan oleh Allah SWT ke dalam syurga. Sebaliknya jika dosa amengatasi pahalanya akan menyebabkan mereka dihumban oleh Allah Taala ke dalam neraka,”
No comments:
Post a Comment