Tuesday, April 21, 2009

SEJARAH NEGERI PERAK

(sambungan semalam)


Pada masa Tan Sri Ramli Ngah Talib memegang jawatan Menteri Besar Perak, terdapat sebilangan besar orang Melayu di kampung - kampung yang telah cenderung menyertai PAS atau menyokong parti tersebut, terutama golongan muda yang berpelajaran agama Islam.

Apabila Dato Seri Tajol Rosli (anak kepada Tan Sri Ghazali Jawi )memegang jawatan Menteri Besar dan orang ramai nampak akan kelemahan beliau mengetuai kerajaan Negeri. Rancangan pembangunan lemah dan keadaan politik tidak seimbang serta masyarakat tidak mencapai keharmonian yang penuh, maka ramai orang meramalkan Negeri Perak akan jatuh ke tangan parti pembangkang.

Ramalan itu tepat. Setelah berlangsung pillihan raya 2008, Negeri Perak telah diperintah oleh parti - parti pembangkang, Pakatan Rakayat - Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.

Apabila Sultanh Perak, Sultan Azlan Shah menggunakan kuasa mutlak Diraja dengan membelakangi rintihan rakyat di pihak parti - parti pembangkan, maka Negeri tersebut diperintah semula oleh UMNO - Barisan Nasional.

Pada masa ini dan masa akan datang, Negeri Perak tidak terkenal sebagai negeri yang kaya dengan hasil bijih tuimjah dan kayu balak lagi kerana

hasil tersebut telah kekeringan.

Elok dijelaskan, iaitu pada masa berlaku tragedi 13 Mei 1969, Negeri Perak tifdak diancam oleh pergolakan, kerana tiga kaum di negeri itu, Melayu,Cina dan India hidup sebagai sebuah keluarga.

Sesiapa yang berkunjung ke Negeri Perak, akan mendapati tempat - tempat berehat sebagai pelancong atau melakukan penyelidikan seperti ahoi akandemik atau penyeelidik dapat berkunjung ke Pulau Pangkor, Hutan - tasik Temenggor, resot Bukit Merah dan Bukit Larut.

(bersambung esok)

No comments: