(sambungan semalam)
Menyingkap sejarah Negeri Perak, terdapat ada tiga penghalang yang terbesar terhadap perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, iaitu:
Istana dan Orang Besar - Besar Melayu.
Sekitar tahun – tahun 1930 – an dan 40-an, Istana, iaitu Sultan Perak dan Orang Besar -Besar terlalu sayangkan penjajah Inggeris dan mereka menganggap dan yakin, kalau negeri – negeri Melayu telah merdeka dan penjajah Inggeris tidak ada lagi, mereka akan mati kebukuran. Mereka takut kedudukan mereka terancam atau terpaksa meninggalkan istana dan menjadi rakyat biasa.
Mereka Berpendidikan Inggeris
Orang -orang Melayu Perak yang perpendidikan Inggeris, terutama lepasan Malay
College Kuala Kangsar dan beberapa buah sekolah Inggeris yang tidak diasaskan oleh
pihak gereja. Kebanyakan guru – guru dari bangsa Barat yang mengajar di sekolah –
sekolah diasaskan oleh pihak gereja, mereka menanam semangat kepada para penuntut
mereka yang terdiri dari orang Melayu agar menuntut kemerdekaan.
Golongan penentang kemerdekaan, sayangkan penjajah Inggeris dan tidak yakin orang
Melayu boleh memerintah Semenanjung Tanah Melayu, keran arang Melayu tidak
pandai membuat jarum dan tidak pandai memakai tali lehir.
Kebanyakan orang Melayu anak Negeri Perak lepasan Malay College dihantar menuntut di intitusi pelajaran tinggi di England dan mereka kembali ke tanah air memegang jawatan tinggi dalam kerajaan Negeri Perak. Mereka mempunyai pengaruh dalam masyarakat atau masyarakat yang tidak ada ulama atau pejuang Melayu di dalamnya.
Walaupun begitu, ada beberapa penuntut Malay College putera luar Negeri Perak yang mempunyai semangat juang kemerdekaan, di antaranya putera Negeri Pahang, Ishak Haji Muhammad.
Para ulama Kerajaan
Para ulama kerajaan atau digelar oleh orang Melayu Negeri Perak sebagai 'ulama tembolok'. Mereka makan gaji dalam kerajaan negeri dan sentiasa mendampingi Orang – Orang Besar. Mereka mengeluarkan fatwa, iaitu sesiapa menuntut kemerdekaan dari Inggeris, adalah berdosa, kerana menentang Inggeris bererti menentang Raja atau Sultan dan sesiapa yang menentang Sultan bererti menentang Allah; kononnya Raja dan Sultan wakil Allah.
Para ulama tersebut menentang ulama golongan pejuang kemerdekaan dan menganggap mereka itu sebagai 'kaum muda' . Di antara ulama yang dianggap 'kaum muda', ialah:
1 - Sheikh Tahir Jalaluddin
2 - Sheikh Junid Tala, Haji Nawawi bin Muhammad (Sheikh janggut
merah)
3 - Sheikh Abdullah Fahim
4 - Ustaz Abu Bakar Al Baqir
Selain dari mereka itu, adalah hampir semua guru agam di sekolah agama (rakyat) di seluruh Negeri Perak.
Apabila lahir Parti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta dua sayap kirinya, AWAS dan API pada Mei dan Oktober 1945, maka lahir pula pejuang – pejuang kanan kemerdekaan di Negeri Perak. Mereka itu seperti Sultan Perak juga; sayangkan Inggeris, dan kalau Tanah Melayu merdeka, hendaknya akan terus duduk di bawh Raja Inggeris.
Di antara pejuang kanan kemerdekaan Negeri Perak:
1 - Panglima Bukit Gantang, Dato Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz
2 - Raja Kamaruzzaman bin Raja Mansor
3 - Dr. Haji Megat Khas bin Megat Omar
4 - Megat Yunus bin Megat Isa
5 - Putih Mariah binti Ibrahim Rashid
6 - Raja Azam bin Raja Kamaruzzaman
7 - Haji Ismail bin Hamzah (Mufti)
8 - Raja Haji Shahar Shah bin Raja Harun
9 - Dato Poanglima Kinta, Wan Mohd. Yusof atau C.M. Yusof
10 -Sheikh Hamzah bin Mu'ti.
11 -Tok Muda Orang Kaya Menteri, Wan Mohd. Nor bin Wan Mohd. Nasir.
12 - Raja Hanif Shah
Merka itu telah menubuhkan sebuah parti politik khus untuk Negeri Perak, iaitu National Association of Perap (NAP). Parti tersebut terbuka kepada orng Cina dan India serta lain keturunan yang menjadi rakyat Negeri Perak.
(bersambung esok)
No comments:
Post a Comment