Sunday, April 19, 2009

[Nik+Aziz+sidebar.jpg]


Nik Aziz

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermksud: Apabila mati anak adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapa.”

Jika seserorang tidak pernah sedekah jariah seperti membina masjid dan sebagainya, atau tiada ilmu yang manfaat yang pernah diajarkan, maka harapanya hanyalah bergantung kepada anak yang soleh.

Semestinya seseorang itu berharap untuk memiliki anak yang soleh, sedangkn dia tidak pernah memberikan pelajaran agama (Islam) yang secukupnya. Semasa hayatnya dia tidak ada sedikit pun kecenderungan untuk menghantar anak – anaknya ke sekolah khusus yang memberikan pelajaran Islam secara menyeluruh, sebaliknya mereka pernah menganggap bahawa sekolah agama atau sekolah Arab tidak ada jaminan ekonomi.

Mereka beranggapan tidak perlu hantar anak - anak ke sekolah aliran agama, kerana sekolah agama hanya layak untu jadi pak lebai, jadi bilal atau jadi imam jurunikah (saja). Pendek kata sekolah sliran agama tidak pernah diberi wajah yang baik, melainkan setiap yang nagatif dan jumud diletakkan kepada sekolah atau pusat pengajian Islam.

Dia terlalu perihatin kepada masa depan anak hanya setakat kehidupan mewah selepas tamat sekolah, berpangkat tinggi dan gaji besar, rumah besar, kereta besar. Kerana sebagai ayah dia akan turut berbangga apabila anak-anaknya mncapai semua hasrat yang bersifat kebendaan itu.

Keperihatinan yang dituntut oleh Islam terhadap masa depan anak - anak, bukan sahaja satu jangka masa yang pendek, serta kesenangan yang sementara. Sebaliknya sampai kepada suatu matlamat yang luhur, iitu menjadi genarasi mukmin yang berakhlak mulia, mampu memimpin diri, rumahtangga dan masyarakat, menjadi orang penting dalam arena jihad menegakkan kebenaran. Mempunyai keperibadian mukmin bertakwa yang mencapai martabat solihin.”

“ … Anak yang sedikit bukan jaminan untuk menjadikan mereka anak - anak yang soleh, yang boleh diharap akan menjadi pembela kepada agamanya, serta tahu menolong kedua orang tuanya terutama setelah ibu bapa mereka tua.

Telah banyak kisah menyayat hati, di mana ibu bapa ditinggalkan oleh anak- anak yang setengahnya bekedudukan tinggi tidak sudi menjaga ibu bapa yang sudah uzur dan tua, mereka lebih rela menyerah ibu bapa mereka kerujmah orang – orang tua.”











No comments: