Monday, April 6, 2009

QURAN

BERLAKU ADIL

Hai orang – orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang – orang yang kuat menegakkan keadilan,menjadi saksi kebenaran kerana Allah, biarpun terhadap diri kalian sendiri atau ibu bapa atau kaum kerabat, baik orang kaya atau miskin; kerana Allah dekat kepada keduanya.Sebab itu jangan kalian menurut kemahuan yang rendah (hawa nafsu) untuk tidak berlaku adil. Kalau kalian berpaling atau tidak mahu menurut, sesungguhnya Allah itu mengtahui benar akan apa yang kalian kerjakan (laksanakan).

HADIS

MUJAHID

Seorang mujahid (orang yang berjihad) di jalan Allah, dan Allah lebih mengetahui siapa yang mujahid di jalan – Nya, adalah seperti seseorang yang berpuasa dan solat malam. Jika Allah mengambil orang yang brjihad di jalan – Nya, Dia menjaminkannya masuk syurga, akan tetapi, jika Dia memulangkannya dengan selamat, maka Dia memberinya pahala atau ghanimah.

- Perawi: Imam Bukhari

PETUA

MANUSIA MULIA

Semulia - mulia manusia adalah yang menyedari dirinya lemah di hadapan Allah, tidak tamak, tidak bernafsu untuk berkuasa dan kalau dia berkuasa, dia lekas melepaskannya setelah dia berjaya melaksanakan amanahnya kepada mereka di bawah kuasanya.


















No comments: