Friday, April 3, 2009

KHUTBAH JUMAAT WILAYAH PERSEKUTUAN

JABATAN KIEMAJUAN ISLAM MALAYSIAا
KEPIMPINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BUKAN SATU KEISTIMEWAAN

03 April 2009 – 07 Rabiul akhir 1430

ساي برفسن كفد ديري ساي دان مثرو كفد سيدغ جمعة يغ دكاسيهي سكالين, ماريله سام2 كيت برتقوى كفد الله سبحانه وتعالى دغن سبنر2 تقوى سرتا ملقسناكن سضالا فرينتهث دان منجاءوهي سضالا لارغنث. موده-مودهن كهيدوفن كيت دبركتي ددنيا دان دأخيرة. فد هاري اين منبر اكن ممبينخغكن خطبه برتاجوك: "كفيمفينن اداله تغضوغجواب بوكن ساتو كأيستيميواءن".

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jemaat yang dikasihi sekalian. Marilah sama – sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar – benar takwa serta melaksanakan segala perintah – Nya dan menjauhi segala larangan – Nya.Mudah – mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Pada hari ini kuthbat mimbar membincangkan tajuk, ' 'Kepimpinan Adalah Tanggungjawab Bukan Satu Keistimewaan'.

كيت سريغ مندغر بريتا فرتومفاهن داره دان فرضولقن فوليتيك دنضارا لوار دمي اونتوق مميليه فميمفين يغ سسواي. منوروت فمرهاتين منبر, انتارا فكتور اوتام ككاخاوان فوليتيك اين اداله برفونخا درفد فربالهن دكالغن فميمفين يغ تروس بردضيل ممفرتاهنكن حق كفيمفينن ماسيغ.

Kita sering mendengar berita pertumpahan darah dan pergolakan politik di negara luar demi untuk memilih pemimpin yang sesuai. Menurut pemerhatian mimbar,antara faktor utama kekacauan politik ini adalah berpunca daripada perbalahan di kalangan pemimpin yang terus berdegil mempertahankan hak kepimpinan masing.

برداسركن فرغ ساودارا دان فرتومفاهن داره يغ برلاكو دالم فنخارين فميمفين اين, جلس منونجوقكن فروسيس فميليهن فميمفين اداله سوات كرجا يغ سوكر والاوفون كادغكالا اي دفوتوسكن سخارا ديموكراسي. كسن بوروق درفد ككاخاوان فوليتيك مثببكن نضارا بركناءن مغالمي كموسنهن هرتا بندا, كروسقن اينفراستروكتور دان فرموسوهن انتارا فواق يغ برفنجغن.

Berdasrkan perang saudara dan pertumpahan darah yang berlaku dalam pencarian pemimpin ini, jelas menunjukkan proses pemilihan pemimpin adalah suatu kerja yang sukar walaupun kadangkala ia diputuskan secara demokrasi. Kesan buruk daripada kekacauan politik menyebabkan negara berkenaan mengalami kemnusnahan harta benda, kerosakan ifrastruktor.Permusuhan antara puak yang berpanjangan.

اوسها مموليهكن سمولا كستابيلن دان كمعمورن نضارا بوكن فركارا موده كران اي ممرلوكن فراونتوقكن كأواغن يغ بسر دان مماكن ماس يغ فنجغ اونتوق فوليه سفرتي كأداءن امان سبلومث. اف يغ لبيه مالغ, دالم مثلسايكن فرتيكاين دالمن, مريك ممبوك فينتو كفد كواس اسيغ اونتوق خمفورتاغن, لالو هيلغله كدولتن نضارا بركناءن.

Usaha memulihkan semula kesetabilan dan kemakmuran negara bukan perkara mudah kerana ia memerlukan peruntukan kewangan yang besar dan memakan masa yang panjang untuk pulih seperti keadaan aman sebelumnya. Apa yang lebih malang,dalam menyelesaikan pertikaian dalaman, mereka membuka pintu kepada kuasa asing untuk campur tangan, lalu hilanglah kedaulatan negara berkenaan.

باضايمان فون كيت امت براونتوغ كران فرأليهن كواس كفيمفينن إسلام يغ منجادي فقسي كقواتن اومت دنضارا اين برلاكو سخارا امان دان ليخين. برداسركن سجاره فوليتيك نضارا اين, ترثات فرأليهن كواس سخارا امان اين بوكنله فركارا بارو تتافي سبنرث تله منجادي بودايا دنضارا اين. باثق نضارا كاضوم دغن تراديسي فرأليهن كواس دمليسيا تنفا اد ككيخوهن بسر والاوفون رعيت ترديري بربيلغ قوم دان برلاءينن اضام. فرسوءالن بسر تيمبول اياله افاكه فكتور اوتام بودايا فرأليهن كواس دكالغن فميمفين إسلام برلاكو سخارا امان دنضارا اين؟.

Bagaimanapun kita amat beruntung kerana peralihan kuasa kepimpinan Islam yang menjadi paksi kekuatan umat di negara kagum dengan tradisi peralihan kuasa secara aman ini bukanlah perkara baru tetapi sebenarnya telah menjadi budaya di negara ini. Banyak negara kagum dengan tradisi peralihan kuasa di Malaysia tanpa ada kekecohan besar awalupun rakyat terdiri berbilang kaum dan berlainan agama, persoalan besar timbul ialah apakah faltor utama budaya peralihan kuasa di kalangan pemimpin Islam berlaku secara aman di negara ini?

منبر اين امت يقين فرأليهن كواس سخارا امان دأغضف سباضاي لغكه بيجق دمي منجاض مصلحة نضارا دان ماس دفن اومت إسلام. حقيقتث بودايا فرأليهن كواس سخارا امان اين دأغضف سباضاي هديه يغ امت برهرض درفد سأورغ فميمفين يغ برجيوا بسر كفد رعية نضارا اين كران كستابيلن نضارا تروس كوكوه دان رعية بوليه منروسكن كضياتن ايكونومي دان برعبادة سخارا امان. رعيت مليسيا برتغضوغجواب اونتوق مغوخفكن ستيغضي فغهرضاءن كفد منتن فردان منتري يغ امت بربهاضيا تون عبدالله احمد بدوي يغ تله باثق برجاس دان برقربان دمي اضام, بغسا دان نضارا. اضق سوكر كيت ممبالس جاساث, كخوالي دغن ايريغن دعاء اضر كهيدوفنث سنتياس دبركتي الله.

Mimbar ini ama yakin peralihan kuasa secara aman dianggtap sebagai langkah bijak sebagai menjaga muslihat negara dan masa depan umat Islam. Hakikatnya budaaya pralihan kuasa secara aman ini dianggap sebagai hadiah yang amat berharga daripada seorang pemimpin yang berjiwa besar kepada rakyat negara ini kerana kesetabilan negara terus kukuh dan rakyat boleh menneruskan kegiatan ekonomi dan beribadat secara aman. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada mantan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagian Tun Abdullah ahmad badawi yang telah banyak berjsa dan berkorban demi agama, bangsa dan negara. Agar sukar kita membalas jasanya, kecuali dengan iringan doa agar kehidupannya sentiasa diberkati Allah.

سبنرث كستابيلن فوليتيك اومت إسلام دنضارا اين توروت ممبري منفعة كفد قوم2 لاءين دنضارا اين. اوليه ايت, منبر مغيغتكن فيهق بوكن إسلام دنضارا اين سوفايا مغحرمتي اضام دان بودايا اومت إسلام يغ منجادي تراس كستابيلن فوليتيك دنضارا اين.

Sebenarnya kesetabilan politik umat Islam di negara ini turut memberi manfaat kepada kaum – kaum lain di negara ini. Oleh itu, mimbar mengingatkan pihak bukan Islam di negara ini supaya menghormati agama dan budaya umat Islam yang menjadi tera kesetabilan politik di negara ini.

منوروت فغكاجي ساءين س فوليتيك, ضاي كفيمفينن يغ دأغضف فاليغ بركسن اداله ضاي كفيمفينن ترنسفورماسي ياءيت ضاي كفيمفينن يغ ممفو ممبوات فروبهن دان فمبهاروان كفد رعيت. دالم كيس اين, نبى محمد اداله خونتوه سأورغ فميمفين ضاي ترنسفورماسي يغ فاليغ برجاي ددنيا. بضيندا براوفاي منوكر ضاي هيدوف مشاركت جاهيلية درفد كفور كفد برايمان, فرموسوهن كفد فرساوداران, ككجمن كفد كاسيه سايغ, فمالس كفد بغسا يغ راجين دان سباضايث.

Menurut pengajian sains politik, gaya kepimpinan deng dianggap paling berkesan adalah gaya kepimpinan tranformasi iaitgu gaya kepimpinan yang mampu membuat perubahan dan pembaharuan kepada rakyat.

دغن دمكين, سبهاضين بسر درفد تغضوغجواب فميمفين ايت اداله اونتوق ممباوا فروبهن دان فمبهاروان فوسيتيف كفد رعيت. تراوتاماث رعيت دلوار باندر يغ سبهاضين بسرث ترديري درفد فارا فتاني, نلاين, فناريق بيخا, فنوريه ضته دان ضولوغن فندافتن رنده يغ لاءين امت مغهارفكن بريتا باءيق, بريتا ضمبيرا يغ ممفو مغوبه نصيب مريك. جك كيت مغغضف جاوتن كفيمفينن سباضاي ساتو كأيستيميواءن, مك منبر امت بيمبغ اي بوليه منججسكن تومفوان دالم ممبري فرخدمتن يغ بركسن كفد رعيت.

Denban demikian sebahagian besar daru tangungjawab pemimpin itu adalah untuk membawa perubahan dan pembaharuan positif kepada rakyat. Terutama rakyat luar bandar yang sebahagian besarnya yang terdiri dari para petani, nelayan, penarik beca,penoreh getah dan golongan berpendapatan rendah dan lain amat mengharapkan berita baik,berita gembira yang mampu mengubah nasib mereka. Jika kita menganggap jawatan kepimpinan sebagai satu keistimewaan,, maka mimbar amat bimbang ia boleh menjejaskan tumpuan dalam memberi perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.

سلاري دغن فرأليهن كواس سخارا امان اين, مك منبر ايغين مناريق فرهاتين جماعه دان اومت إسلام سكالين برهوبوغ فسنن رسول الله مغناءي كفيمفينن يغ دروايتكن اوليه إمام بخاري درفد عبدالله بن عمر بهاوا رسول الله برسبدا:

مفهومث: ايغتله بهاوا ستياف درفد كامو اداله فنجاض دان ستياف فنجاض برتغضوغجواب ترهادف اف يغ دجاضث. دان سأورغ فميمفين ايت برتغضوغجواب ترهادف اورغ يغ دفيمفيننث .

Selari dengan peralihan kuasa secara aman ini, maka mimbar ingin menarik perhaitan jemaah dan umat Islam sekalian berhubung pesanan Rasulullah mengenai kepimpinan yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda,mafhumnya: “ Ingalah, bahawa setiap daripada kalian adalah penjaga dan penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang - orng yang dipimpinnya.”

برداسركن حديث اين, إسلام مليهت سأورغ فميمفين ايت عبارة واكيل اتاو فمبري خدمت (خادِم) كفد رعيت اونتوق منتدبير اوروسن اومت. فرسوءالن بسر تيمبول دسيني اياله افاكه حق2 اومت ترهادف فميمفينث؟

Berdasarkan hadis ini, Islam melihat seorang pemimpin itu ibarat wakil atau pemberi khidmat (khadam) kepada rakyat untuki mentadbir urusan umat. Persoalan besar timbul di sini, ialah apakah hak – hak umat terhadap pemimpinnya?

سيدنا ابو بكر الصديق كتيك مثمفايكن اوخفن فردان مغضنتيكن رسول الله سباضاي خليفة مثرو اومت إسلام كتيك ايت يغ مقصودث:

واهي ماءنسي مسكيفون ساي تله دلانتيق اونتوق مميمفين كامو, تيدق برارتي بهاوا اكو يغ ترباءيق دكالغن كامو سموا. جك كامو مليهت اكو براد دالم كبنرن, مك تولوغله اكو. ستروسث بلياو بركات جك كامو مليهت اكو براد دالم كباطيلن مك لوروسكنله اكو, طاعتيله اكو سلاما اكو طاعة مماتوهي فرينته الله. جك اكو مندرهاك كفد فرينته الله, كامو سموا تيدق فرلو لاضي مماتوهي فرينته اكو.

Sayidina Abu Bakar As Siddik pada ketika menyampaikan ucapan sebagai khalifah (Perdana Menteri) menggantikan Rasulullah telah menyru umat Islam pada ketika itu yang maksudnya: “Wahai manusia, miskipun saya telah dilantik untuk memimpin kalian, tidak bererti saya yang terbaik di kalangan kalian semua. Jika kalian seterusnya melihat saya berada dalam kebenaran, malka tolonglah saya. Seterusnya beliau berkata, “Jika kalian melihat saya berada dalam kebatilan, maka luruskanlah saya. Taatilah saya selama saya taatkan perintah Allah, jika kalian menderhaka kepada pemerintah Allah, kalian semua tidak perlu lagi mematuhi perintah saya.

أوخفن فنوه إخلاص سيدنا ابو بكر اين ممبري ميسيج جلس بهاوا منصيحتي سسأورغ فميمفين اداله سبهاضين درفد حق دان كواجيفن ستياف مسلم دالم نضارا إسلام. ماله ستياف اينديؤيدو جوض بركواجيفن اونتوق ملوروسكن فرضرقنث, مثوروهث اونتوق مغرجاكن كباجيقن اتاو منخضهث دري ملاكوكن سبارغ كموغكرن.

Ucapan penuh ikhlas Sayidina Abu Bakar itu memberi mesej jelasz, bahawa menasihati seseorang pemimpin adalah sebahagian dari hak dann kewajipan setiap muslim dalam negara Islam. Malah setiap individu juga berkawjipan untuknmelurukan pergerakannya. Menyuruhnya untuk mengerjakan kebajikan atau mencegahnya dari melakukan sebarang kemungkaran.

رعيت برحق منضور فميمفين كران سسأورغ فميمفين دالم إسلام اداله ماءنسي بياسا. دي بوكن سأورغ يغ ترلالو اضوغ اتاو ايستيميوا سهيغض تيدق بوليه دتضور. والاو باضايمانافون, إسلام جوض ملتقكن اساس ايتيكا يغ فرلو دفاتوهي, ياءيت دالم منضور فميمفين, واجب دلاكوكن سخارا برادب دان تيدق سخارا تربوك يغ بوليه مغعيبكنث.


Rakyat berhak menegur pemimpin kerana seseorang pemimpin dalam Islam adalah manusia biasa. Dia bukan seorang yang terlalu agung atau istimewa sehingga tidak boleh ditegur. walau bagaimanapun, Islam juga meletakkan asas etika yang perlu dipatuhi,iaitu dalam menegur pemimpin, wajib dilakukan secara beradab dan tidak secara terbuka yang boleh mengaibkannya.

منبر ايغين مغيغتكن سيدغ جماعه سكالين, بهاوا كقواتن فغاروه كفيمفينن بركاءيت رافت كفد سجاءوه مان نَوَيتُ دان كأخلاصن كفيمفينن دالم منضقكن كدولتن إسلام دنضارا اين. سلاري دغن فركمبغن باءيق فرأليهن كواس دنضارا اين, مك منبر مثرو كفيمفينن بارو ممفرهيبتكن فروضرم أمر معروف, نهي منكر دان ملقسناكن فروبهن فوسيتيف. سلاءين ايت مرتبة دان كدودوقن إسلام سباضاي اضام نضارا فرلو دفرتاهنكن سرتا دفركاساكن. سموض دغن ايت, إن شاء الله اي اكن منيغكتكن كيقينن رعيت; خصوصث مشاركت إسلام.

Mimbar ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian, bahawa kekuatan pengaruh kepimpinan berkait rapat kepada sejauh mana nawaitu dan keikhlasan kepimpinan dalam menegakkan kedaulatan Islam di negara ini. Selari dengan prkembangan baik peralihan kuasa di negara ini. Maka mimbar mdenyeru kepimpinan baru memperhebatkan program amar ma'aruf nahi munkar dan melaksanakan perubahan positif.

فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة الشعراء ايات 215-217:

مقصودث: دان هندقله اغكاو مرنده ديري كفد فغيكوت-فغيكوتمو دري اورغ يغ برايمان. كمدين جك مريك برلاكو ايغكر كفدامو, مك كتاكنله: سسوغضوهث اكو برلفس ديري دري اف يغ كامو لاكوكن! دان برسرهله كفد الله يغ مها كواس, لاضي مها مغاسيهني.

Firman Allah SWT dalam surah Asy syu'ra, ayat 215 – 217, maksudnya: Dan henhdaklah enkau merendah diri kepada pengikut -pengiikutmu dari orang yang beriman. Kemudian, jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu semua lakukan! Dan brserahlah kepada Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

( Disediakan oleh:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM).















No comments: